Jika anda suka makan Bubur Jagung, kena cuba tambahkan Anchor Cheddar Cheese Slices di dalam hidangan ini. Memang lemak berkrim. Anda pasti suka dengan rasanya, kombinasi rasa manis dan masin yang seimbang. Selamat mencuba.
BUBUR JAGUNG BERKEJU
Bahan-bahan:
2 tongkol jagung | isi sahaja
2 ketul gula melaka | dipotong kecil
Garam secukupnya
2 cawan Fernleaf Susu UHT
4 sudu besar Anchor Salted Butter
1 cawan santan
2 helai daun pandan
2 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
Cara Memasak:
Panaskan santan dan Fernleaf Susu UHT. Masukkan daun pandan, jagung, Anchor Salted Butter dan gula Melaka. Biarkan hingga mendidih.
Resipi Cheesy Dendeng yang berempah dan penuh dengan rasa, dibakar bersama keju yang mencair sempurna. Memang umphhh! Ada kombinasi rasa pedas, manis dan lemak-lemak dari keju. Setiap gigitan pasti memikat selera. Jom cuba! Nak lagi enak, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak coklat keperangan yang sempurna.
CHEESY DENDENG
Bahan-bahan:
2 keping dada ayam | potong kiub
1 cawan cili kisar
½ cawan kicap manis
3 helai daun limau | dikoyak
2 biji bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
2 batang serai | kisar
50gm Perfect Italiano Perfect Bakes
70gm Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu besar serbuk perasa
Cara Memasak:
Goreng ayam hingga separuh masak. Asingkan.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan kicap lalu gaul sebati. Masukkan ayam bersama daun limau dan gaul hingga sebati. perasakan.
Masukkan Perfect Italiano Mozzarella dan gaul rata.
Kemudian, letakkan di dalam bekas dan taburkan keju Perfect Italiano Perfect Bakes.
Bakar di dalam air fryer sehingga keju mencair selama 10-15 minit dan suhu 170°C.
Teringin nak makan Jagung Rebus Manis, jom buat sendiri di rumah. Lagi-lagi bila dah nak bulan puasa ni, bolehlah buat sebagai hidangan berbuka puasa nanti. Lebih jimat dan boleh makan puas-puas. Gabungan rasa manis dan lemak-lemak yang cukup menyelerakan. Tambahkan Keju Chesdale di dalam hidangan. Keju ini diperbuat dengan susu dari New Zealand yang tinggi dengan kalsium dan protein. Ia juga buat makanan jadi lebih enak. Jom cuba.
JAGUNG REBUS MANIS
BAHAN-BAHAN:
4-6 tongkol jagung manis – potong dua
6 keping keju Chesdale
250ml Fernleaf Susu UHT
100gram Anchor Butter Unsalted
180gram susu pekat manis
½ sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus jagung dalam air yang banyak selama 10-15 minit. Setelah itu buang lebihan air rebusan.
Tuang Fernleaf Susu UHT, susu pekat manis lalu kacau rata.
Masukkan Anchor Unsalted Butter dan garam lalu kacau lagi.
Sambal Udang antara menu yang paling popular ketika bulan Ramadan. Memang ramai yang gemar menu ini. Kali ini, kita tambahkan Anchor Cheddar Cheese Slices untuk menambah rasa di dalam hidangan. Boleh juga gunakan Anchor Unsalted Butter untuk menambah aroma dalam hidangan. Jom cuba, anda pasti puas hati dengan resipi Sambal Udang Berkeju ni.
SAMBAL UDANG BERKEJU
Bahan-bahan:
15 ekor udang
2 cawan cili kisar
1 batang serai | dititik
4 sudu besar air asam jawa
3 sudu besar gula perang
2 biji bawang merah | dihiris
4 ulas bawang putih | kisar kasar
3 sudu besar Anchor Unsalted Butter
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
Cara Memasak:
Panaskan kuali bersama minyak dan Anchor Unsalted Butter. Masukkan bawang merah, bawang putih dan serai. masak hingga naik bau.
Kemudian, masukkan cili kisar dan tunggu hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, gula perang dan udang. Gaul rata.
Masukkan Anchor Cheddar Cheese Slices dan tunggu hingga keju mencair. Perasakan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!