Sedapnya Bubur Kacang Durian ni. Maklumlah sekarang dah sampai musim raja buah ni. Pastinya ada banyak menu yang boleh dihasilkan. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau kongsikan satu resipi Bubur Kacang Durian yang sangat sedap dan boleh anda cuba. Letak pula durian kampung, hmmmm….sedapnya. Jom cuba. Makan sejuk-sejuk memang best ni.
CARA MASAK BUBUR KACANG DURIAN KAMPUNG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 cawan kacang hijau
4-5 cawan air
2 cawan santan pekat
1 hiris (nipis) halia
2 helai daun pandan
3 sudu maka gula melaka
Beberapa ulas isi durian kampung
Sedikit gula putih
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Basuh kacang hijau hingga bersih dan rendam selama 1 jam. 2. Buang air rendaman dan masukkan air baru sebanyak 4-5 cawan. Rebus guna api perlahan hingga empuk. Kacang hijau yang empuk akan kembang dan lembik bila dipicit. Jika kacang masih keras, tambah air panas.
3. Setelah kacang empuk, masukkan santan. Jika suka bubur yang berkuah banyak, tambah air dan santan.
4. Untuk menaikkan aroma, masukkan halia dan daun pandan. Masak selama 2 minit kemudian keluarkan hirisan halia supaya baunya tidak kuat.
5. Masukkan gula melaka. Kacau sebati.
IKLAN
6. Masukkan juga beberapa ulas isi durian kampung. Kacau sebati.
7. Tambahkan lagi gula dan garam untuk menaikkan rasa lemak santan. Biarkan kuah mendidih beberapa kali.
8. Bila semua rasa sudah cukup, padamkan api dan sedia untuk dinikmati. Boleh juga dijadikan aiskrim Malaysia.
Anda suka shopping online? Ni RASA nak kongsi baucar FREE SHIPPING yang anda boleh guna hingga hujung bulan Jun ni. Memang boleh jimat banyak. Boleh share dengan kawan-kawan juga.
Nak kacang cepat empuk? Rebuslah guna PRESSURE COOKER? Memang cepat dan jimat masa.Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
IKLAN
Nak lebih banyak resipi best guna PRESSURE COOKER? Boleh cuba resipi di bawah ni:
‘Kulit ayam crispy’ memang sedap tapi kurang sihat jika dimakan selalu. Tetapi resipi yang dikongsikan oleh @iamazwann di dalam twitternya terus menjadi viral ini kerana kulit ayam yang dimaksudkan adalah telur dadar yang disalut tepung dan digoreng ranggup. Malah rasanya seakan-akan seperti mengunyah kulit ayam yang ranggup. Nak tahu sedap ke tak jom cuba.
RESIPI TELUR GORENG CRISPY
BAHAN-BAHAN:
Telur dadar
Tepung berperisa (tepung goreng ayam kentucky tu)
CARA MEMASAK:
Mula-mula dadarkan telur seperti biasa, pecahkan telur dalam 2 biji dan goreng sikit-sedikit supaya nipis telur dadarnya. Siap, ketepikan telur tu.
Kemudian ambil tepung kentucky masukkan dalam dua bekas. Satu bekas letakkan air kosong dan satu bekas lagi hanya tepung sahaja. (tiada air)
Campurkan 1 bekas tepung tadi bersama dengan serbuk cili dan tepung biasa sedikit. Tambah garam sedikit dan perasakan.
Telor dadar yang siap digoreng tadi perlu dipotong segitiga seperti potongan pizza.
Kemudian celopkan telur tadi dalam mangkuk yang telah dicampurkan air dahulu dan kemudian dicelupkan pada mangkuk berisi tepung kering sahaja.
Sebelum itu pastikan minyak banyak supaya senang digoreng dan dipanaskan, goreng telur tadi dengan api yang sederhana supaya kulitnya kelihatan crispy, seperti kulit ayam.
Kredit resipi asal: nutterbutter diolah oleh: iamazwann
Enam jenis resepi bakeri dan pasteri istimewa menemui pembaca kali ini memang gebu dan enak. Muffin, quiche, kek, mousse dan apple crumble sesuai dinikmati sebagai hidangan petang atau moreh yang menyelerakan.
Jom cuba resepi istimewa dari barisan tenaga Chef hebat diketuai oleh Eksekutif Chef Sakya Hamid dari Summit Hotel Subang USJ dan Summit Hotel KL City Centre ini.
1. WHITE CHOCOLATE PANDAN MUFFIN
BAHAN -BAHAN :
4 biji telur
300gm gula kaster
200ml susu UHT
250gm mentega yang telah dicairkan
30gm serbuk penaik | diayak
450gm tepung gandum | diayak
Cip coklat putih | secukupnya
1 sudu makan esen vanilla
Beberapa titik perisa @ esen pandan
Beberapa titik pewarna hijau
CARA MEMASAK :
1. Pukul gula kaster dan telur hingga sebati dan kembang. 2. Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati. 3. Masukkan mentega yang telah dicairkan. 4. Kemudian masukkan bahan-bahan kering dan gaul. 5. Susunkan acuan kertas cup cake di dalam dulang pembakar dan tuangkan adunan ke dalamnya. Hiaskan dengan coklat cip putih di atasnya. 6. Panaskan oven pada suhu 190 darjah Celcius selama 10 minit. 7. Masukkan dulang pembakar dan bakar lebih kurang 20 minit.
2. SUMMIT APPLE CRUMBLE
BAHAN-BAHAN : Bahan untuk kulit pastri :
240gm tepung gandum | diayak
170gm mentega sejuk | dipotong kecil
2 sudu makan gula aising
4 sudu makan air ais
Bahan Inti:
5 biji epal hijau (Granny Smith)
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu makan mentega
100gm gula perang
Secubit serbuk kulit kayu manis
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Crumble :
75gm tepung gandum
35gm mentega tanpa garam
35gm gula
35gm cip coklat
CARA MEMASAK : Cara membuat pastri : 1. Mula -mula gaulkan tepung dengan gula aising. 2. Masukkan mentega dan gaul semula menggunakan spatula sehingga tekstur seperti serbuk roti 3. Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan spatula sehingga ia menjadi doh. 4. Masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit. Cara membuat inti : 1. Epal dibuang kulit dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis 2. Ketepikan. Panaskan gula dan mentega di atas api sederhana,, kacau rata. 3. Masukkan hirisan epal. Gaul rata 4. Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung. 5. Kacau hingga epal lembut dan kuahnya pekat. 6. Padamkan api, angkat dan biarkan sejuk. Cara membuat crumble : Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan chip cokelat dan gaul rata Cara membuat : 1. Panaskan ketuhar pada suhu 220 Celcius 2. Sediakan acuan. 3. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk 4. Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm 5. Alihkan kedalam acuan. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan pastri di tepi.. 6. Masukkann inti ke dalam hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan epal sebagai hiasan 7. Tutupkan di atasnya dengan crumble. 8. Hiaskan dengan baki hirisan apple 9. Bakar pai selama 15 minit pada suhu 220 darjah Celcius. 10.Kemudian turunkan suhu kepada 190 Celcius dan bakar selama 45 minit hingga berwarna perang.
3. SUMMIT DELIGHT CHOC MOIST CAKE
BAHAN- BAHAN :
150ml susu UHT
20gm mentega
250ml susu segar
250ml susu pekat manis
310gm tepung kek | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
1 sudu teh soda bicarbonat | diayak
200 gm serbuk koko | diayak
300gm serbuk coklat gelap | diayak
4 biji telur
CARA MEMASAK : 1. Campurkan terlebih dahulu susu segar, susu pekat manis, susu UHT dan mentega ke dalam periuk. Masak kesemua bahan-bahan hingga cair larut, menggunakan haba yang rendah dan perlahan dalam suhu terkawal.Ketepikan 2. Kemudian campurkan bahan yang diayak iaitu tepung, serbuk koko, serbuk coklat gelap, serbuk penaik dan soda bicarbonat dengan sekata, dan gaulkan. Masukkan campuran ini sedikit demi sedikit dalam adunan larutan susu tadi. 3. Pukul empat biji telur hingga kembang di bekas yang lain, dan kemudian dicampurkan dalam adunan ini sediki demi sedikit. Gaul hingga sekata 4. Tuangkan ke dalam tin pembakar kek. 5. Sediakan pengukus, pastikan air sudah mendidih baru masukkan tin pembakar kek . 6. Kukus kek coklat lembab selama sejam.
4. CHOCOLATE GETO MOUSSE
BAHAN-BAHAN :
1 cawan whipped cream
2 biji telur | diasingkan kuning dengan putih telur
5 sudu makan gula kaster
250gm coklat masakan
1 sudu makan mentega
1/2 sudu teh serbuk Nescafe | bancuh dgn sedikit air
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK : 1. Pukul whipped cream menggunakan whisker/mixer sampai bertanduk. 2. Dalam bekas yang lain yang lain, masukkan kuning telur dan gula. 3. Kacau sampai telur bertukar jadi cerah sikit. Dalam 3-4 minit. 4. Dalam bekas yang lain lagi, cairkan coklat masakan bersama mentega dengan menggunakan teknik double boiler. 5. Lepas coklat sudah cair, masukkan serbuk nescafe yang sudah dibancuh dengan air. 6. Masukkan adunan kuning telur tadi ke dalam adunan coklat dan masukkan esen vanilla. Kacau sampai sebati dan panaskan kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler. 7. Kejap sahaja, angkat dan ketepikan. 8. Pukul putih telur dalam bekas lain sehingga bertanduk/kembang. 9. Akhir sekali, gabungkan kesemua adunan (whipped cream,coklat dan putih telur). 10. Kacau adunan sehingga sebati, jangan terlebih kacau supaya tekstur mousse tidak hilang. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. 11. Sejukkan mousse dalam peti sejuk selama 4-5 jam atau semalaman. Sedia dimakan.
5. LAWAWA SEAFOO QUICHE (prawn Quiche)
BAHAN BAHAN
5 keping kulit popia | dipotong 12
200gm udang
50gm tepung
20gm mentega
20gm bawang merah
200gm ‘heavy cream’
10gm lada hitam
10gm cendawan butang | dimayang
20 gm keju
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : Cara masak inti quiche : 1. Cairkan mentega dalam kuali. 2. Masukkan bawang yang dimayang dan cendawan butang, 3. Kemudian masukkan tepung dan udang dan biarkan seketika. 4. Masukkan pula heavy cream, garam dan juga lada hitam. 5. Biarkan sehingga sebati dan agak pekat. Padamkan api. Cara membuat acuan quice : 1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian. 2. Lalu disusun dalam acuan muffin 3. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah Celcius, dan bakar selama 10 minit 4. Apabila acuan sudah masak, masukkan inti yang sudah sejuk tadi. 5. Letakkan keju dan udang diatasnya, dan bakar semula kira-kira 5 minit dalam oven. 6. Sajian siap dihidang
6. FRAGRANT COCONUT COOKIES
BAHAN-BAHAN :
300gm mentega
300gm tepung gandum | diayak
100gm gula pasir
100gm kepala parut | telah digoreng kering
CARA MEMASAK : 1. Masukkan mentega dan gula di dalam mangkuk adunan. 2. Kacau hingga sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya semua bahan sebati. Sambil ulikan. 3. Akhir sekali masukkan kelapa yang sudah dikering dan diuli lagi hingga sebati. 4. Cubit dan bulatkan (kira-kira 20gm) , dan susun di atas dulang pembakar . 5. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan, dalam suhu 180 darjah celcius, lebih kurang 20 minit. 6. Sejukkan atas redai, dan biskut sedia dinikmati.
RESEPI : EKSEKUTIF CHEF SAKYA HAMID, CHEF AZAHAR JEMANGIN, CHEF JEFRY KHALID, CHEF ZURAIME MOHD ROSLI, CHEF HASNARISA WIDAHAYU MOHD NASIR, CHEF SHAMILA NABILLA ATIQAH SHAMSOLBAHRI, CHEF SITI NURZIANA MOHD SALLEHEN DAN CHEF SOFEANESAH MUHAMAD SUPIYAN.
PENGHARGAAN : SUMMIT HOTEL SUBANG USJ, Persiaran kewajipan, USJ1 UEP Subang Jaya & SUMMIT HOTEL KL CITY CENTRE.
Jika teringin nak makan rempeyek yang rangup, buat sahaja sendiri di rumah menggunakan kulit popia. Mudah sahaja sebenarnya cara membuatnya, tidaklah sesukar yang disangka. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Shal Anne Ahemed ini.
RESIPI REMPEYEK MODEN
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia (tidak kisah jenama apa pun)
Kacang tanah (disangai dahulu)
Ikan bilis
Sedikit tepung gandum dan air (bancuh)
Jintan manis dan jintan putih (dikisar bersama)
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong kulit popia kepada 4 bahagian.
2. Letakkan sedikit bancuhan tepung dan air pada kulit popia yang sudah dipotong tadi.
3. Kemudian, taburkan kacang, ikan bilis dan juga jintan yang telah dikisar.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.
5. Siap!
Jika anda sedang mencari BLENDER baru yang berkualiti dan murah, boleh cari DISINI.