Enaknya Bubur Kacang Hijau ni. Manisan ini adalah salah satu manisan kegemaran ramai terutamanya masyarakat Melayu. Pemanisnya tentulah menggunakan gula melaka kerana ia mencantikkan lagi warna bubur. Jarang sekali kita menggunakan gula putih. Tapi macam mana kalau tiba-tiba kehabisan gula melaka? Nah… Boleh cuba resipi perkongsian saudari Harum Wangi ni. Beliau menggunakan gula hangus. Hasilnya hampir sama seperti menggunakan gula melaka malah lebih wangi dan tidak terlalu manis. Bestnya. Jom cuba!

CARA MEMASAK BUBUR KACANG HIJAU SEDAP MENGGUNAKAN GULA HANGUS

Resipi Bubur Kacang Guna Gula Hangus. Sangat Sedap & Lebih Wangi
BAHAN-BAHAN:
Kacang hijau (RASA: 500gm) – beli online disini
Air secukupnya
Gula (RASA: 1 cawan) – beli online disini
1 cawan air panas
Sedikit garam
Santan (RASA: ½ kotak @ 100ml) – beli online disini
Sagu (RASA: 2 sudu makan) – beli online disini
1-2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat gula hangus, masukkan gula dalam kuali dan cairkan hingga keperangan.
2. Masukkan 1 cawan air panas. Larutkan. Kemudian masukkan daun pandan. Bila mendidih, padamkan api.
Resipi Bubur Kacang Guna Gula Hangus. Sangat Sedap & Lebih Wangi3. Sangai kacang hijau seketika. Bila sudah berbau wangi, masukkan air dengan secukupnya. Masak hingga lembut dan kembang anggaran masa 15 minit (empunya resipi mask guna pressure cooker)
Resipi Bubur Kacang Guna Gula Hangus. Sangat Sedap & Lebih Wangi Resipi Bubur Kacang Guna Gula Hangus. Sangat Sedap & Lebih Wangi4. Bila kacang sudah kembang, tuang separuh air gula hangus, garam, santan dan juga sagu.
5. Kacau hingga santan dan sagu betul-betul masak.
6. Rasa bubur, jika nak lebih manis, tambah lagi gula hangus atau gula putih hingga dapat kemanisan yang anda suka.
Resipi Bubur Kacang Guna Gula Hangus. Sangat Sedap & Lebih Wangi 7. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Bubur Kacang Guna Gula Hangus. Sangat Sedap & Lebih Wangi
Kredit resipi & foto: Harum Wangi

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Koleksi Resipi Rendang Sedap & Mudah Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Koleksi Resipi Rendang Sedap & Mudah Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya

Ads

Resipi Tat Nanas Homemade Sedap & Cair Di Mulut

Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.

Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

Ads

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI