Petang-petang begini, memang sedap kalau dapat menikmati manisan tradisional. Tidak sukar dihasilkan malah tidak menggunakan banyak bahan. Saudari Ani Zam berkongsi cara-cara menghasilkan Bubur Merah Putih yang dimasak sempena ulangtahun kelahiran ibundanya. Nampak sangat sedap kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK BUBUR MERAH PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras biasa
1 cawan beras pulut (beli online disini)
1 kotak santan (beli online disini)
10 cawan air
2 cawan gula merah (beli online disini)
1 cawan gula putih (beli online disini)
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1.Beras biasa dan beras pulut dicampur, dibasuh bersih kemudian dimasak hingga menjadi bubur.
2. Masukkan santan ke dalam bubur yang telah dimasak tadi. Masak lagi hingga mendidih.
3. Asingkan satu mangkuk untuk bubur putih dan letakkan satu sudu teh garam. Sebatikan.
4. Masak gula merah dan gula putih dalam periuk berlainan. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam baki bubur tadi. Kacau hingga bubur berwarna sekata.
5. Cara untuk menghidangkannya, ambil bubur merah dan letakkan ke dalam pinggan. Kemudian sendukkan bubur putih di atas bubur merah tadi.
6. Bubur enak ini sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ani Zam
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official