Sebut sahaja bubur nasi berlauk, dah terbayang keenakannya yang lazimnya digandingkan dengan sambal ketuk dan kangkung goreng belacan. Di samping lobak masin, kacang dan ikan bilis goreng, serta telur masin.
Kadang-kadang ada nasi lebihan di rumah, boleh saja transform jadi bubur nasi. Biarkan sahaja dalam periuk nasi elektrik, tambahkan air dan biarkan masak hingga menjadi bubur. Mudah, kan?
Nampak sahaja menu ini simple, namun tak terhitung kelazatannya saat menikmatinya. Menu ini sangat digemari tanpa mengira peringkat umur. Selain lauk-pauk di atas, boleh saja buat atau tambah lauk lain seperti sambal paru, sambal sotong ataupun sambal daging. Memang layan habis.
Kali ini, Idawati Ibrahim berkongsi resipi Bubur Berlauk yang sangat sedap. Selamat mencuba.
(BUBUR NASI)
BAHAN-BAHAN:
Beras – Boleh beli online di sini
Air
CARA MEMASAK:
Masak beras dengan paras air yang lebih sedikit daripada masak nasi biasa. Tak perlu tambah garam kerana akan dimakan dengan lauk yang telah ada rasa masin.
Jika memasak menggunakan periuk tekanan, boleh setkan masa antara 25 hingga 30 minit.
(SAMBAL KETUK)
BAHAN-BAHAN:
Bawang goreng
Ikan bilis – Boleh beli online di sini
Cili padi
CARA MEMASAK:
Kesemua bahan di atas digoreng terlebih dahulu. Tak perlu garing.
Setelah sejuk, kisarkan dan letakkan serbuk perasa. Kisarkan menggunakan pengisar kering ataupun boleh ditumbuk menggunakan lesung batu.
(KANGKUNG GORENG BELACAN)
BAHAN-BAHAN:
Kangkung
Bawang besar – Boleh beli online di sini
Bawang putih
Cili merah
Ikan bilis atau udang kering – Boleh beli online di sini
Belacan
CARA MEMASAK:
Kisarkan kesemua bahan di atas dan tumis di dalam minyak yang panas.
Kemudian, letakkan sos tiram. Setelah itu, bolehlah masukkan kangkung yang telah dipotong serta serbuk perasa.
Rasakan dulu, tambahkan garam jika perlu kerana sos tiram telah sedia masin.
(LOBAK MASIN)
BAHAN-BAHAN:
Lobak masin
Bawang kecil
Bawang besar
Cili padi – Boleh beli online di sini
Serbuk perasa
Perahan air limau – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Gunakan lobak masin seperti di dalam gambar. Cuci bersih dan toskan.
Kemudian, potong kecil bawang kecil, bawang besar dan cili padi.
Campurkan sekali ke dalam lobak masin yang telah ditoskan tadi.
Letakkan serbuk perasa dan campurkan perahan air limau nipis.
Gaulkan sebati. Siap.
(KACANG & IKAN BILIS GORENG)
BAHAN-BAHAN:
Kacang tanah – Boleh beli online di sini
Ikan bilis
Minyak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK:
Panaskan mnyak dan gorengkan kacang tanah. Kemudian, gorengkan ikan bilis menggunakan minyak yang sama.
(TELUR MASIN)
BAHAN-BAHAN:
Telur masin – Boleh beli online di sini
Air
CARA MEMASAK:
Cuci bersih telur masin dan rebuskan sehingga masak. Kemudian, belah dua.
Dah siap, bolehlah dihidangkan begini.
Selamat mencuba.
Kredit: Idawati Ibrahim
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official