Penggemar Bubur Pulut Hitam Kacang Merah boleh cuba resipi ni. Bukan setakat Bubur Pulut Hitam biasa. I juga dicampur dengan kacang merah dan dinikmati bersama kepala santan. Lemak manis, memang enak. Sesuai dinikmati bersama keluarga pada bila-bila masa. Saudari Mizah Ngatiman ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI BUBUR PULUT HITAM KACANG MERAH & KEPALA SANTAN
BAHAN-BAHAN BUBUR:
1 cawan pulut hitam – beli online disini
5 cawan air
1 cawan kacang merah dalam tin – beli online disini
1 keping nise kerek (boleh guna gula melaka) – beli online disini
1/2 senduk gula pasir
Santan cair secukupnya
Daun pandan
BAHAN-BAHAN KEPALA SANTAN:
Santan pekat secukupnya
2 sudu besar tepung beras – beli online disini
1 sudu teh garam halus
Daun pandan
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan beras hitam dan rendam selama 3 jam.
2. Terus rebus pulut hitam dengan air biasa. Bila agak empuk dan kembang boleh letak nise @ gula melaka.
Ads
3.Masukkan juga gula, daun pandan dan santan cair.
4. Bila kuah sudah agak pekat elok, letak kacang merah. Rebus asing dulu kacang merah ni supaya lebih lembut.
5.Padamkan api dan ketepikan.
6. Untuk kepala santan, masak santan pekat seketika kemudian letak daun pandan. Masak guna api kecil.
7. Masukkan garam. Kacau.
8. Bancuh tepung beras dengan sedikit santan.
9. Tuang campuran tepung beras ke dalam santan. Sentiasa kacau sampai pekat dan likat. Bila dah meletup-letup, tutup api.
10. Masukkan Bubur Pulut Hitam ke dalam mangkuk dan sudukan kepala santan. Sedia untuk dinikmati.
Bosan makan wrap dengan inti di dalamnya. Jadi kita olah cara lain yang lebih enak dan berselera . Tukarkan wrap menjadi tortilla chips. Nampak sedapkan. Boleh buat untuk makan malam nanti.
Kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan amat dinanti dan bermula esok, umat Islam diseluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Bila datangnya waktu ini, pelbagai nostalgia Ramadan akan diimbau. Ada suka, ada yang kurang gembira. Bermacam-macam kisahnya.
Hari ini dalam episod pertama Rasa Nostalgia Ramadan musim terbaru menyajikan aksi pasangan selebriti adik beradik yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan di Malaysia iaitu Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah.
Ditayangkan di Astro Prima sebentar tadi, mereka berdua telah berkongsi resipi sahur istimewa keluarga iaitu Daging Masak Kicap. Bukan sekadar hidangan biasa, resipi yang dikongsi ini adalah warisan keluarga yang diturunkan oleh arwah nenek.
Menurut Sharifah Shahirah, resipi nenek beliau ini sedikit berlainan dari resipi yang lain. Biasanya, Daging Masak Kicap tidak menggunakan cuka tetapi resipi keluarga beliau ni ada penambahan cuka dalam masakan. Wow…Resipi orang-orang lama ni pasti sangat sedap. Bukan itu sahaja, mereka juga berkongsi resipi Agar-Agar Kastard Koko yang sangat mudah untuk dicuba.
Lihatlah aksi mereka menyediakan juadah untuk bersahur. Lucu dan ada sahaja aksi sakat menyakat. Jadi jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Sesuai sangat dijadikan sajian untuk sahur nanti.
1. DAGING MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
300-400gm daging batang pinang (tiada lemak)
3-4 ulas bawang putih – hiris
2-3 biji bawang merah – tumbuk
2 biji bawang besar holland
2 inci halia – hiris
1-2 biji cili besar merah dan hijau
1-2 biji tomato – belah 4
1-2 sudu makan cuka
Sedikit air asam jawa
Kicap manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dalam kuali dengan secukupnya.
2. Masukkan hirisan bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi.
3. Kemudian masukkan daging yang telah dihiris.
4. Tambahkan kicap. Teruskan mengacau daging hingga keluar airnya.
5. Seterusnya masukkan cuka, kacau seketika.
6. Masukkan juga air asam jawa dengan secukup rasa. Teruskan memasak hingga air daging kering.
7. Tambahkan sedikit air panas jika perlu.
8. Akhir sekali, masukkan hirisan tomato, bawang holland dan cili.
10. Gaul sebati hingga semua bahan sekata dan sempurna.
11. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
2. AGAR-AGAR CUSTARD KOKO
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar
1 tin susu cair
1-2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
3-4 sudu makan gula – lebihkan jika suka manis
1-2 sudu makan tepung kastard
1 biji telur
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Masukkan air dan agar-agar ke dalam kuali. Panaskan hingga agar-agar larut.
2. Bila gula sudah larut sepenuhnya, masukkan gula. Jumlahnya boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing.
3. Dalam bekas berlainan, pukul telur hingga sebati kemudian satukan bersama susu cair dan esen vanilla. Kacau hingga sekata.
4. Tuang campuran telur dan susu ke dalam periuk berisi campuran agar-agar tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan tepung kastard. Kacau hingga tepung sebati dan tidak berketul.
6. Bila adunan mula mendidih. Padamkan api dan tapis 1/2 adunan ke dalam bekas.
7. Baki 1/2 adunan lagi dicampur dengan serbuk koko. Sebatikan dan pastikan tidak berketul. Tapis jika perlu.
8. Ambil loyang bersesuaian dan sendukkan adunan puding secara berselang-seli mengikut kreativiti masing-masing.
9. Bekukan puding dan sejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
LG PuriCare™ Buat Tugas Memasak Menjadi Lebih Mudah Dan Cepat
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) memudahkan kita membuat pilihan mengikut menu dan resipi yang ingin disediakan apa lagi dalam bulan Ramadan ini.
Esok dah mula puasa, memasak untuk sahur memang perlu laju, dan masa yang terhad, kita perlu untuk memasak air jika mahu menyediakan minuman panas untuk bersahur. Memang jimat masa betul. Kalau nak buat air sirap atau air berperisa yang dingin waktu berbuka nanti tinggal tekan sahaja pilihan air sejuk. Mudah sangat. Kalau tak mahu air panas atau sejuk kerana tidak sesuai dengan selera kita, pilihan air segar mengikut suhu bilik boleh terus masukkan dalam gelas. Air jernih dan bersih sedia untuk nikmati.
Sensor yang terletak di belakang saluran keluar air mengesan ukuran cawan atau botol pengguna dan menggerakkan paip ke atas dan ke bawah untuk menyesuaikan ketinggian secara automatik untuk tuangan tanpa percikan yang sempurna setiap masa. Mudah kan?
Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Teringin nak makan dumpling daging tapi kurang yakin tentang halal jika nak makan di restoran? Usah khuatir kerana anda boleh hasilkannya secara homemade. Resipi perkongsian saudari Cik Lin Lyna ni antara yang terbaik boleh dicuba. Mudah je. Untuk kulitdumpling, boleh beli kulit gyoza pastri readymade dan anda hanya perlu buat inti sahaja. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI DUMPLING DAGING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang holland – dicincang
5 ulas bawang putih – dicincang
1 inci halia – dicincang
Daging kisar secukupnya
Lobak merah – dicincang. Boleh gandi dengan kubis cincang
Cendawan King Oyster – potong dadu
Daun bawang secukupnya
Sos tiram
Garam secukup rasa
1 sudu teh tepung jagung
2 batang sosej – cincang
Kulit dumpling ( boleh guna Japanese Gyoza Pastry. Ada jual di tesco.)
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan (kecuali Gyoza Pastry) di dalam bekas. Adun hingga sebati.
2. Ambil sekeping Japanese Gyoza Pastry dan letakkan inti ditengahnya. Kelim dengan kemaskan mengikut kreativiti anda.
3. Lakukan sehingga habis adunan inti.
4. Susun dumpling diatas bekas yang ditabur sedikit tepung supaya ia tidak melekat. Untuk memasak, anda boleh pilih sama ada nak rebus, stim atau goreng. Semuanya sedap!