Bubur pulut hitam ini antara hidangan pencuci mulut yang biasa disediakan dimajlis mahupun acara makan keluarga. Enak juga disediakan untuk makan petang.
Keenakan bubur pulut hitam ini terletak kepada lembut dan kepekatan santannya. Dalam masa yang sama rasa lemak dan manisnya kenalah seimbang. Barulah terasa menikmatnya.
Untuk dapat bubur pulut hitam begini, ada caranya. Boleh gunakan perkongsian Mizah Ngatiman
ini. Bubur ini turut dimasukkan kacang merah dan kepala santannya dimasak asing dan diletak sekali tepung beras.Bahan-bahan untuk bubur
1 cawan pulut hitam
5 cawan air
1 cawan acang merah
1 keping nise kerek
1/2 senduk gula pasir
Santan cair secukupnya
Daun pandan
Bahan-bahan untuk kepala santan
Santan pekat secukupnya
2sb tepung beras
1sk garam halus
Daun pandan
1. Rendam beras pulut hitam lebih kurang 3 jam.
2. Kemudian buang air dan tos. Masuk periuk, tambah air baru. Rebus sampai empuk dan kembang elok.
3. Dah agak empuk dan kembang boleh letak Nise, gula pasir, daun pandan dan santan cair.
4. Kuah dah agak pekat elok, letak kacang merah yang direbus dulu. Biarkan seketika kemudian tutup api.
5. Bagi membuat kepala santan. Masak dulu santan pekat letak daun pandan menggunakan api kecil. Letak garam halus.
6. Pada masa sama bancuh tepung beras dengan sedikit santan.
7. Kemudian masukkan bancuhan dalam santan tadi. Sentiasa kacau sampai pekat dan likat. Bila sudah mendidih atau meletup-letup, tutup api.
Satukan bubur dan kepala santan dalam mangkuk, sedia dimakan.
Selamat mencuba.
Sumber: Mizah Ngatiman