Manisan Bubur Pulut yang mudah dan cepat disediakan. Ia sangat enak dinikmati pada bila-bila masa dan juga sesuai disajikan di pelbagai majlis-majlia keraian serta majlis berbuka puasa.

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

Untuk Doh:

  • 1 cawan tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Pewarna hijau, merah dan kuning.
  • Secubit garam

Untuk Kuah:

  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

  1.  Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  2.  Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras dan tidak melekat di mangkuk.
  3.  Bahagikan adunan doh kepada empat bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau, kuning dan warna asli (putih)
  4.  Gentel kecil-kecil doh mengikut saiz yg dikehendaki
  5.  Didihkan air dalam periuk, dan masukkan doh tadi.
  6.  Biarkan hingga timbul di permukaan air, angkat dan masukkan dalam air sejuk.
  7.  Untuk membuat kuah. Satukan kesemua bahan kuah di dalam periuk dan didihkan.
  8.  Perlahankan api dapur agar santan tidak pecah minyak.
  9.  Akhir sekali, masukkan doh yang telah direbus tadi ke dalam kuah dan gaul sebati .
  10.  Tutup api dan sedia dihidangkan.