Manisan Bubur Pulut yang mudah dan cepat disediakan. Ia sangat enak dinikmati pada bila-bila masa dan juga sesuai disajikan di pelbagai majlis-majlia keraian serta majlis berbuka puasa.
BAHAN-BAHAN:
Untuk Doh:
- 1 cawan tepung pulut
- Air secukupnya
- Pewarna hijau, merah dan kuning.
- Secubit garam
Untuk Kuah:
- 1 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras dan tidak melekat di mangkuk.
- Bahagikan adunan doh kepada empat bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau, kuning dan warna asli (putih)
- Gentel kecil-kecil doh mengikut saiz yg dikehendaki
- Didihkan air dalam periuk, dan masukkan doh tadi.
- Biarkan hingga timbul di permukaan air, angkat dan masukkan dalam air sejuk.
- Untuk membuat kuah. Satukan kesemua bahan kuah di dalam periuk dan didihkan.
- Perlahankan api dapur agar santan tidak pecah minyak.
- Akhir sekali, masukkan doh yang telah direbus tadi ke dalam kuah dan gaul sebati .
- Tutup api dan sedia dihidangkan.