Ramai yang tak tahu, sebenarnya Bunga Durian boleh juga dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi panas yang memang padu! Siapa yang tertanya-tanya bagaimana rasa Bunga Durian Masak Belacan, bolehlah cuba resipi ni nanti. Jangan guna bunga lain pula! Pastikan Bunga Durian sahaja digunakan dalam resipi ini.
Resipi lengkap telah di kongsikan oleh daporhitam_ ini sangat mudah disediakan walaupun agak pelik bila Bunga Durian boleh dijadikan lauk. Jom cuba resipi ni nanti.
BUNGA DURIAN MASAK BELACAN
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk Bunga Durian
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Sedikit belacan (dibancuh dengan sedikit air)
Ikan bilis goreng (optional)
Minyak
Ads
Garam
Serbuk Perasa
CARA PENYEDIAAN:
Ads
Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian, tumis pula bersama cili merah dan masukkan air belacan.
Masukkan bunga durian dan kacau sebati bersama bahan tumis tadi.
Masukkan bahan perasa seperti garam dan serbuk perasa dan gaulkan bersama bahan-bahan yang ada di dalam kuali itu tadi.
Dah siap, letakkan di atas pinggan dan taburkan ikan bilis goreng di atas bunga durian masak sambal.
Anda suka makan sayur jeruk ni? Biasanya untuk menikmati hidangan ni, sayur dibeli di pasar. Kini, anda boleh hasilkan sayur jeruk secara homemade. Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sharinaz Redwan ni. Pasti sedap.
SAYUR JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 besen sayur Kai Choy
2 sudu makan gula merah
1 genggam nasi sejuk
1 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Buka daun sayur sehelai demi sehelai dan jemur di abwah matahari supaya layu. Jangan jemur hingga kering pula.
2. Angkat daun dan basuh bersih-bersih. Masukkan dalam bekas untuk merendam.
3. Kemudian masukkan air secukupnya, gula merah, nasi sejuk dan garam. Jika suka rasa sayur jeruk yang masin, boleh tambah jumlah garam.
4. Rendam selama 2-3 hari. Boleh tindih sayur guna lesung batu supaya sayur tenggelam dan betul-betul layu.
5. Untuk menyimpan sayur jeruk, ambil sayur dan masukkan dalam bekas bertutup. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Nak masak, baru bilas dah masak ikut selera anda.
Ada yang pernah mencuba sambal bunga kantan sebelum ini? Dengarnya ini resipi orang lama dan jarang sekali dijumpai di kedai makan mahupun mencuba sendiri resipinya. Kalini apa kata kita cuba resipi yang Bintang hati kkongsikan ini. Nampak menarik boleh di masak kering atau basah, jika ingin travel boleh buat jenis kering memang berbaloi! Selamat mencuba.
RESIPI SAMBAL BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan A (tumbuk atau blender)
# 20 ulas cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
# 5 biji bawang merah
# sedikit belacan
Bahan B
30 batang bunga kantan bersize kecil | diracik seperti racik serai
1 cawan ikan bilis (tumbuk kasar)
Minyak masak secukunya
2 kpg asam keping (jika suka)
garam dan gula secukupnya
Goreng asing bunga kantan hingga coklat/kuning.
Goreng asing ikan bilis
CARA MEMASAK:
Masak sambal dengan cara sendiri.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan yg di blender. Biar sehingga bangkit baunya. Masak sehingga mendidih.
Tambahkan garam, gula dan asam keping. Biarkan ia pekat sedikit.
Bila samal agak kering, masukkan bunga kantan yang telah di goreng asing hingga kuning tadi bersama ikan bilis. Gaul rata. Masak sehingga agak kering.
Siap
Alang2 tu buat sekali sambal bunga kantan ni dgn nasi lemak, perghh padu!
Singgang, kerutuk min rasa korang pernah cuba. Tapi ada lagi lauk orang Kelantan yang ‘rare’. Gulai Ikan Nasi Berlauk, Lawar dan Teresek. Gulai Ikan tu adalah lauk yang dijual di waktu pagi sebagai sarapan. Lagi dua menu iaitu Lawar & Teresek, yang ni, dekat kedai pun susah jumpa orang jual. Bagi yang teringin nak rasa, ini resipi yang anda boleh cuba.
1. GULAI IKAN IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
1000ml santan
2 keping asam gelugor
5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
1 /2 batang timun | hiris bulat
8 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm lengkuas | hiris nipis
3cm kunyit hidup
6 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata .
Masukkan ikan dan asam keeping. Kemudian didihkan di atas dapur.
Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan timun.
Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan kembung, boleh guna ikan tongkol. Tetapi ikan tongkol perlu direbus dahulu sebelum dibuat gulai.
2. KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | potong empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam kampung, itik juga enak dimasak dengan resipi kerutup ini.
3. LAWAR IKAN TAMBAN
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan tamban | bersihkan
5 biji limau nipis | ambil jusnya
6-7 biji cili padi | hiris halus
Sedikit hirisan daun kesum
Sedikit hirisan daun selom
Sedikit hirisan daun ulam rasa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ikan yang telah dibersihkan tadi diasing tulang dan isinya.
Hiris halus atau potong dadu kecil isi ikan tadi.
Tuangkan jus limau nipis di dalam mangkuk berisi isi ikan tadi.
Gaul rata sehingga isi ikan menjadi putih.
Masukkan hirisan cili, daun kesum, selom dan ulam rasa.
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah siap, Lawar Ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Semasa mengaul isi ikan dengan jus limau nipis, pastikan isi ikan bertukar warna dari merah kepada putih. Warna putih adalah tanda isi ikan sudah masak dan sedia dimakan.
4. SINGGANG DAGING BUDU LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Rasa Daging Singgang ni pedas, manis, masin dan masam,sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas.