Resipi Bunga Durian Masak Belacan, Lauk Lain Dari Yang Lain.

Share

Ramai yang tak tahu, sebenarnya Bunga Durian boleh juga dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi panas yang memang padu! Siapa yang tertanya-tanya bagaimana rasa Bunga Durian Masak Belacan, bolehlah cuba resipi ni nanti. Jangan guna bunga lain pula! Pastikan Bunga Durian sahaja digunakan dalam resipi ini.

 

Resipi lengkap telah di kongsikan oleh daporhitam_ ini sangat mudah disediakan walaupun agak pelik bila Bunga Durian boleh dijadikan lauk. Jom cuba resipi ni nanti.

 

BUNGA DURIAN MASAK BELACAN

 

BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk Bunga Durian

3 ulas bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

1 biji cili merah (dihiris)

Sedikit belacan (dibancuh dengan sedikit air)

Ikan bilis goreng (optional)

Minyak

Garam

Serbuk Perasa

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
  2. Kemudian, tumis pula bersama cili merah dan masukkan air belacan.
  3. Masukkan bunga durian dan kacau sebati bersama bahan tumis tadi.
  4. Masukkan bahan perasa seperti garam dan serbuk perasa dan gaulkan bersama bahan-bahan yang ada di dalam kuali itu tadi.
  5. Dah siap, letakkan di atas pinggan dan taburkan ikan bilis goreng di atas bunga durian masak sambal.

SELAMAT MENCUBA!

 

Published by
Nadzirah Rashid