Makan

Resipi Burger Ayam Chimicuri Sos Cheese Yang Enak. Memang Padu!

Share

Kalau anda suka makan burger, bolehlah cuba buat Burger Ayam Chimicuri Sos Cheese ni. resipi yang dikongsi oleh Chef Naem ni memang padu! Guna Keju Chesdale Burger yang terbaru ni memang lain hasilnya. Meleleh-leleh keju dibuatnya kerana keju ni mudah mencair. Nak lengkapkan hidangan, minum sekali dengan Fernleaf Yogurt Greek Style Mango. Cukup menyegarkan dan baik untuk usus. Jom cuba!

BURGER AYAM CHIMICURI SOS CHEESE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ketul ayam | bahagian thigh
  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu besar cajun
  • 7 keping Chesdale Burger
  • ½ cawan Fernleaf Susu UHT
  • 2 biji roti burger
  • Daun salad secukupnya
  • 1 biii tomato
  • 2 sudu besar mayones

BAHAN SOS CHIMICURI:

  • 5 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 20gm daun sup
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Perap ayam dengan cajun. Kemudian, gaulkan bersama tepung serbaguna. Goreng hingga garing.
  2. Panas kan minyak.kisar ,daun sup, bawang putih,cili merah,lemon jus. gaul bersama minyak panas dalam bowl
  3. Gaul ayam yang telah digoreng bersama Sos Chimicuri.
  4. Panaskan Fernleaf Susu UHT, masukkan keju Chesdale Burger, masak hingga sebati jadi sos keju.
  5. Letak bersama ayam ke dalam roti, tuang sos keju Chesdale Burger
    , tomato dan lettuce.
  6. Untuk hidangan lebih berkhasiat, makan bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Mango.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

IKLAN