Kalau anda teringin nak makan burger, jom kita buat Burger Ayam Crispy ni. Cukup mudah dan memikat selera. Gerenti rangup guys! Makan satu pun dah boleh tersandar kekenyangan dibuatnya. Paling penting, gunakan keju Chesdale Burger untuk hidangan ini. Barulah padu! Jom cuba nanti.
BURGER AYAM CRISPY
Ads
Bahan-bahan:
2 keping ayam boneless
1 cawan tepung beras
1 sudu besar mixed herbs
2 roti burger
2 sudu besar mayones
Salad
2 sudu besar sos cili
Garam secukupnya
Air sejuk
4 keping keju Chesdale Burger
2 sudu besar Anchor Salted Butter
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry
Cara Memasak:
Gaulkan tepung beras, mixed herbs dan garam hingga sebati.
Celupkan ayam di dalam campuran tepung tadi. Kemudian, celup ayam ke dalam air sejuk dan celup kembali ke dalam campuran tepung. Goreng sehingga garing.
Sapukan Anchor Salted Butter pada roti. Bakar seketika sehingga roti perang.
Letakkan mayones, sos cili dan salad bersama ayam dan keju Chesdale Burger.
Siap untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
Mencari hidangan menarik untuk meraikan hari istimewa bersama si dia? Cubalah buat Mashed Potato Dengan Crab Meat Berkeju dan Ayam Goreng Cheese Leleh Ala Korea ini. Menu yang cukup enak dan menyelerakan. Ditambah pula dengan limpahan keju, memang puas hati bila makan. jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk memberi regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa. Gerenti menjadi!
MASHED POTATO DENGAN CRAB MEAT BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang jenis russet – buang kulit
150gram crab meat (isi ketam) – hancurkan
100gram Anchor Butter Unsalted
250gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu teh serbuk pati ayam
½ sudu teh serbuk cili
2 biji telur – kacau dengan garfu
Garam dan lada sulah secukupnya
Breadcrumbs secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus ubi kentang yang telah dikupas hingga empuk dan toskan.
Letak ubi kentang rebus tadi dalam mangkuk semasa masih panas lalu masukkan Anchor Butter Unsalted. Lumatkan kentang dan butter bersama- sama. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa lalu gaul lagi hingga rata dan ketepikan.
Di dalam mangkuk lain, masukkan crab meat, Keju Perfect Italiano Mozzarella, serbuk pati ayam, serbuk cili, garam dan lada sulah secukupnya lalu gaul sebati menjadi inti. Ketepikan.
Ambil sesudu makan campuran kentang lalu kepal-kepalkan dan leperkan sedikit. Letak Keju Perfect Italiano Mozzarella Letak pula sedikit inti isi ketam lalu bentukkan bujur dan rapikan hingga kentang menutupi semua inti.
Celup kentang berinti tadi ke dalam bancuhan telur. Lumurkan atas breadcrumbs
Goreng dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
AYAM GORENG CHEESE LELEH ALA KOREA
BAHAN-BAHAN A:
4-6 ketul ayam
1 cawan tepung jagung
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan madu
1 sudu gula perang
1 sudu makan chili flakes
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan bijan – sangai
½ sudu teh serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
Garam secukupnya
BAHAN-BAHAN SOS:
150gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
100gram Anchor Butter Unsalted
CARA MEMASAK:
Satukan ayam bersama 2 ulas bawang putih cincang, serbuk lada hitam dan halia kisar. Perap selama 30 minit.
Setelah diperap, masukkan ½ sudu makan serbuk cili dan telur lalu gaul sebati. Taburkan tepung jagung hingga menyaluti ayam.
Goreng ayam dalam minyak yang banyak hingga garing. Toskan dan ketepikan.
Di dalam kuali lain, Panaskan sedikit minyak lalu tumis 2 ulas bawang putih cincang hingga wangi. Masukkan lebihan serbuk cili, chili flakes, madu, gula perang, sos tomato, sos cili dan garam secukupnya. Sesuaikan rasanya. Masukkan ayam goreng tadi beserta bijan sangai lalu gaul sebati. Ketepikan.
Di dalam periuk kecil, satukan Keju Perfect Italiano Mozarella & Anchor Butter Unsalted lalu cairkan hingga semua bahan sebati.
Letak ayam goreng ke dalam pinggan menghidang, tuang sos keju leleh dan hidangkan segera.
Resipi Cheesy Dendeng yang berempah dan penuh dengan rasa, dibakar bersama keju yang mencair sempurna. Memang umphhh! Ada kombinasi rasa pedas, manis dan lemak-lemak dari keju. Setiap gigitan pasti memikat selera. Jom cuba! Nak lagi enak, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak coklat keperangan yang sempurna.
CHEESY DENDENG
Bahan-bahan:
2 keping dada ayam | potong kiub
1 cawan cili kisar
½ cawan kicap manis
3 helai daun limau | dikoyak
2 biji bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
2 batang serai | kisar
50gm Perfect Italiano Perfect Bakes
70gm Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu besar serbuk perasa
Cara Memasak:
Goreng ayam hingga separuh masak. Asingkan.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan kicap lalu gaul sebati. Masukkan ayam bersama daun limau dan gaul hingga sebati. perasakan.
Masukkan Perfect Italiano Mozzarella dan gaul rata.
Kemudian, letakkan di dalam bekas dan taburkan keju Perfect Italiano Perfect Bakes.
Bakar di dalam air fryer sehingga keju mencair selama 10-15 minit dan suhu 170°C.
Jadi ibu ni memang kena kreatif kan? Kalau masak macam biasa kadangkala suami dan anak-anak bosan. Kali ini, jom kita sajikan Gulungan Daging & Telur yang enak ini. Mudah saja nak membuatnya. Hanya gunakan wrap sebagai ‘base’ serta telur, kepingan daging salami dan keju sebagai inti. Gunakan Anchor Cheese Slice yang diperbuat dengan susu dari New Zealand yang tinggi kalsium dan protein. Bukan itu saja, keju ini juga membuatkan hidangan anda bertambah lazat dan berkrim. Boleh cuba nanti.
GULUNGAN DAGING DAN TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 keping Anchor Cheese Slice
2 keping wrap gandum
60gram Anchor Unsalted Butter
50gram Anchor Cooking Cream
4-6 keping kepingan salami daging – panggang
3 biji telur
1 batang daun bawang – cincang
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Chili flakes secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, pukul telur bersama Anchor Cooking Cream, garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Panaskan sedikit Anchor Unsalted Butter di dalam kuali leper, tuang bancuhan telur dan buat 2 keping telur dadar yang agak nipis lalu masak hingga telur masak.
Ambil sekeping wrap gandum. Sapu dengan sedikit Anchor Unsalted Butter. Susun 2-3 keping salami daging. Letak sekeping telur dadar.
Susun kepingan Anchor Cheese Slice. Tabur cincangan daun bawang.
Gulung wrap dengan kemas.
Panaskan Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper non-stick. Letak gulungan tadi lalu pan-grilled dikedua-dua bahagian hingga agak perang.
Angkat gulungan lalu potong kepada beberapa bahagian.
Tabur lebihan cincangan daun bawang dan chili flakes. Hidangkan panas.