Makan

Resipi Burger Ayam Crispy Yang Memikat Selera & Mengenyangkan

Share

Kalau anda teringin nak makan burger, jom kita buat Burger Ayam Crispy ni. Cukup mudah dan memikat selera. Gerenti rangup guys! Makan satu pun dah boleh tersandar kekenyangan dibuatnya. Paling penting, gunakan keju Chesdale Burger untuk hidangan ini. Barulah padu! Jom cuba nanti.

BURGER AYAM CRISPY

Bahan-bahan:

  • 2 keping ayam boneless
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar mixed herbs
  • 2 roti burger
  • 2 sudu besar mayones
  • Salad
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam secukupnya
  • Air sejuk
  • 4 keping keju Chesdale Burger
  • 2 sudu besar Anchor Salted Butter
  • Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry

 

Cara Memasak:

  1. Gaulkan tepung beras, mixed herbs dan garam hingga sebati.
  2. Celupkan ayam di dalam campuran tepung tadi. Kemudian, celup ayam ke dalam air sejuk dan celup kembali ke dalam campuran tepung. Goreng sehingga garing.
  3. Sapukan Anchor Salted Butter pada roti. Bakar seketika sehingga roti perang.
  4. Letakkan mayones, sos cili dan salad bersama ayam dan keju Chesdale Burger.
  5. Siap untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma