Teringin nak makan burger? Jom kita buat sendiri burger di rumah. Kali ini, kita cuba resipi yang dikongsi oleh Chef Zam Akmal iaitu Burger Ayam Rangup bersama Salad Mangga. Kombinasi ayam yang garing, salad mangga yang masam manis serta lelehan keju yang menggiurkan. Tak lengkap kalau tak guna Keju Chesdale Burger ni. Memang tak menyesal cuba. Nak lagi enak, hidangkan sekali dengan Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Strawberry yang terbaru ni. Baik untuk usus dan paling penting, ia halal!

Resipi Burger Ayam Rangup Bersama Salad Mangga. Enak Hingga Menjilat JariResipi Burger Ayam Rangup Bersama Salad Mangga. Enak Hingga Menjilat Jari

BURGER AYAM RANGUP BERSAMA SALAD MANGGAResipi Burger Ayam Rangup Bersama Salad Mangga. Enak Hingga Menjilat Jari

BAHAN-BAHAN AYAM GORENG:

  • 2 keping ayam | bahagian thigh
  • 60gm tepung serbaguna
  • 2 biji telur
  • Garam

BAHAN-BAHAN SALAD MANGGA:

  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji mangga
  • 3 sudu besar sos Thai
  • 2 keping Keju Chesdale Burger | hiris nipis
  • 1 ½ biji limau nipis
  • 3 biji cili padi

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • 2 biji roti burger
  • 4 keping Keju Chesdale Burger
  • Anchor Unsalted Butter

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, perasakan ayam thigh dengan garam.
  2. Kemudian, salutkan ayam dengan tepung serbaguna, diikuti dengan telur dan tepung serbaguna sekali lagi.
  3. Goreng hingga keperangan.
  4. Sementara menunggu ayam masak, boleh buat Salad Mangga.
  5. Untuk Salad Mangga; campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati.
  6. Bila ayam dah keperangan, boleh angkat dan ketepikan.
  7. Sapukan roti burger dengan Anchor Unsalted Butter dan panaskan di atas kuali leper hingga keperangan.
  8. Kemudian, susunkan ayam goreng, Keju Chesdale Burger, salad mangga dan Keju Chesdale Burger sekali lagi. Tutup burger dengan roti bahagian atas. Siap dihidangkan!
  9. Nak lebih enak dan berkhasiat, hidangkan bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Strawberry.

 

Ads

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

Ads

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Bunga Kobis Masala Berkeju, Rasa Lemak Berkrim & Enak

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI