Semua orang suka makan burger. Tidak kira daging atau ayam, setiap satunya punya peminat masing-masing.
Jika ke pasaraya, terdapat pelbagai jenis patty daging sejuk beku yang dijual. Hanya tinggal goreng dan nikmatinya bersama roti, sayuran dan aneka sos untuk menambahkan rasa.
Namun menerusi perkongsian saudari Zurina Zulkefli, beliau telah berkongsi cara-cara untuk mengolah patty daging sejuk beku supaya jadi lebih enak.
Wow! Menarik…Lihatlah Sandwic Daging Burger yang dihasilkan tu. Nampak sedap! Katanya daging burger jadi lebih berperisa dan berjus. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
CARA BUAT DAGING BURGER SEDAP, GUNA OLAHAN DAGING BURGER FROZEN
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan patty daging dan gaul hingga rata dan sebati. Tidak perlu tambah garam kerana daging burger sudah mempunyai rasa masin.
Ads
2. Bahagikan adunan daging kepada dua bahagian.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bebola daging tadi. Leperkan menggunan sudip dan masak hingga sempurna.
4. Bila daging kelihatan masak, ambil kepingan keju dan letakkan di atas kepingan patty tadi. Biarkan mencair.
5. Ambil roti sandwich dan letakkan salad dan hirisan tomato.
6. Letak kepingan patty daging diatasnya.
7. Letak sos mengikut cita rasa masing-masing. Selain sos lada hitam, boleh juga menggunakan lain-lain sos kegemaran.
8. Tutup dengan sekeping lagi roti. Boleh juga menggunakan roti burger jika ada.
Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
TEMPE GORENG REMPAH
BAHAN-BAHAN:
Ketumbar
Jitan manis
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Tepung gandum
Air
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan.
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.
INFO:
Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
Kalau sebelum ini anda hanya membelinya, apa kata tahun ini buat sendiri. Cara membuat taklah susah seperti disangkakan. Lagipun kalau buat sendiri lebih jimat dan sedap rasanya. Sesuai sangatkan dalam keadaan sekarang yang sedang berjimat cermat ni. Resipi jangan risau, ikut apa yang RASA share di sini.
KACANG GORENG RANGUP BAHAN-BAHAN: 1 kg kacang tanah | basuh dan keringkan. 1 biji telur 1 paket tepung Tepung Bistari perisa pedas Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
1. Gaulkan kacang dengan telur hingga rata.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
3. Panaskan minyak (pastikan banyak) dalam kuali.
4. Masukkan kacang tanah dan sentiasa kacau.
5. Pastikan api juga sederhana.
6. Setelah kuningan keperangan angkat dan toskan.
Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara.
INF: Tepung Bistari sudah ada perasa tidak perlu tambah. Cukup sekadar gaul dengan telur dan tepung saja dan goreng. Cuma kalau ingin ada rasa manis sedikit boleh tambah 1 sudu makan gula semasa mengaul dengan telur.
Jika anda sukakan sandwic, resipi Sandwich Telur perkongsian saudari Roha Adrinna ini boleh anda cuba. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Guna dua bahan sahaja. Nak lebih sedap, kepingan roti boleh disapu dengan marjerin atau mentega. Pasti berselera makan. Anak-anak pun suka. Kalau nak buat untuk meniaga pun boleh. Selamat mencuba!
RESIPI SANDWICH TELUR MUDAH, INTINYA HANYA GUNA 2 BAHAN
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan telur dan rebus hingga masak. Kemudian kupas kulitnya. Jumlahnya bergantung banyak mana sandwich yang anda mahu buat.
2. Masukkan telur rebus tadi ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian lenyek menggunakan garpu hingga halus.
3. Seterusnya masukkan mayones dengan secukupnya. Jenama bergantung pada selera masing-masing.
4. Jika suka, boleh juga menambah serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Bergantung pada selera masing-masing. 5. Gaul inti hingga sebati.
6. Ambil roti dan sapukan inti telur tadi dengan secukupnya. Lebih enak jika roti disapu dengan planta terlebih dahulu. 7. Sandwic Telur paling ringkas sedia untuk dinikmati.
Kita selalu buat sandwic untuk bekalan, tapi biasanya yang ringkas. Letak tuna, sardin atau telur kemudian tambah sayur. Itu saja.
Tapi sekali sekala buatlah sandwic yang bertingkat begini. Tebal, penuh inti dan memang mengenyangkan.