Resipi Burnt Cheese Cake Sedap Macam Di Bakeri

Share

Bila ke bakeri, pasti kita mencari kek yang disukai. Antaranya burnt cheese cake, yang disukai ramai. Kalau nak cuba buat sendiri boleh ikut  resipi yang dikongsi oleh Azlina Ina dan ia sangat laku di Red houze Bakery HQ-bukit raja. Dah pandai buat kek nanti, bolehlah hadiahkan buat yang tersayang.

 

Burnt Cheese Cake

Resipi Burnt Cheese Cake Sedap Macam Di Bakeri

 

Bahan-bahan:

(kalau loyang 5 inci dapat 3 biji kek)

500g cream cheese

1 cawan gula kastor

1 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar tepung jagung

1 sudu kecil serbuk penaik

2 cawan whipping dairy uht

5 biji telur gred B

Sedikit esen vanila

Sedikit perahan lemon(option)

 

Cara membuat:

1.Masukkan semua bahan dalam blender kecuali telur dan esen serta perahan lemon.Blender sebati.

2.Kemudian tambah telur satu-satu last tambahkan perahan lemon kacau rata.

3.Ambil baking paper wajiblah di keronyokkan lebihkan sikit dari loyang supaya bentuknya unik dan nak keluarkan mudah.

4.Masuk dalam loyang bakar suhu 170c api atas bawah masa 50 minit.

5.Bila dah 50 minit cuba tengok atas kek dah hangus ke kalau tak hangus lagi tak burn nama dia. So sampai atas dia dah gelap hitam-hitam baru jadi. Keluarkan tak perlu terbalikkan, biar kek sejuk dalam loyang. Keluarkan lepas tu baru letak topping.

Kredit: Azlina Ina Fans

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Putri