Resipi Burnt Cheesecake Guna Air Fryer

Share

 

 

Kalau ada air fryer, apa kata cuba buat Burnt Cheesecake ni. Nampak senang je. Rasanya pun tentu sedap. Anys Idayu Zakaria melalui facebooknya berkongsi resipi kek yang sedap ni.

BURNT CHEESECAKE

BAHAN-BAHAN
• 3 biji telur ayam
• 250 gram cream cheese
• 125ml whipping cream
• Setengah cawan gula
• Tepung gandum 2 sudu
• Esen vanilla dua titik
• Butter untuk sapu pada loyang

CARA MEMBUAT
1. Campur semua bahan dan mixer. Boleh juga guna blender.
2. Masukkan adunan dalam loyang yang sudah disapu dengan butter.
3. Masuk dalam air fryer dan masak dengan suhu 180° selama lebih kurang 25 minit.
4. Selepas siap dibakar, biarkan sejuk sekejap dan sapu coklat atasnya. Kemudian masukkan dalam peti sejuk. Potong apabila kek sudah sejuk.

Kredit resipi Anys Idayu Zakaria
Link: https://www.facebook.com/anysidayu/posts/3814671828573382

Published by
Maryam Elyas