Tiada siapa yang boleh menolak jika dihidangkan Butter Chicken di depan mata. Kali ini resipinya agak lain sedikit, tidak seperti Butter Chicken yang lain. Kenapa lain? Tentunya kerana menggunakan keju Perfect Italiano Parmesan yang menambah rasa dalam hidangan anda. Memang cukup enak! Wajib cuba.

Resipi Butter Chicken Yang Mudah, Aroma Memikat

BUTTER CHICKEN

Resipi Butter Chicken Yang Mudah, Aroma Memikat

Bahan-bahan:

  • 3 keping ayam | bahagian thigh
  • 1 cawan Anchor Cooking Cream
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 inci halia | dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 4 sudu besar pes tomato
  • 1 biji jus lemon
  • 4 sudu besar Anchor Butter Unsalted
  • 50gm keju Perfect Italiano Parmesan

 

Ads

Cara Memasak:

  1. Tumiskan ayam bersama Anchor Butter Unsalted, halia dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan pes tomato.
  3. Tambahkan Anchor Cooking Cream, jus lemon dan keju Perfect Italiano Parmesan. Masak hingga sebati dan kuah memekat.
  4. Perasakan dan sedia untuk dihidang.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Resipi Parmesan Cheese Cake Yang Lembut & Gebu

Cara Buat Burger Salmon Cheese Banjir Di Rumah. Mudah & Sedap!

Ads

Resipi Burger Ayam Rangup Bersama Salad Mangga. Enak Hingga Menjilat Jari

Resipi Burger Ayam Chimicuri Sos Cheese Yang Enak. Memang Padu!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

Ads

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI