Cakoi gebu cicah sos karamel untuk menu petang memang sedap. Makan pula panas-panas gu dengan air teh panas memang cukup menyelerakan. Nak buat pun rupanya mudah sahaja, tak guna banyak bahan pun untuk sediakan. Jom cuba!
Resipi Cakoi Gebu & Sos Karamel
Bahan-bahan:
300gm / 1 mangkuk / ⅓ peket tepung gandum
2 sudu makan gula
½ peket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 cawan air
Ads
⅓ cawan minyak masak
Cara Memasak:
Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut.
Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.
Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.
Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
Resepi sos karamel
Bahan-bahan:
1 cawan gula
½cawan susu pekat
½ cawan air
1 sudu penuh butter / marjerin
Cara Memasak:
1. Masakkan gula atas dapur sampai cair dan bewarna perang.
2. Masukkan susu pekat sampai gula jadi cair.
3. Setelah itu masukkan pula air dan kacau rata sampai karamel jadi cair.
4. Masukkan butter dan kacau lagi.
5. Bila butter dah cair boleh tutup api dan tunggu sejuk.
Ads
Nota: Sos karamel ni masa panas sangat cair tapi bila sejuk dia akan jadi 2 kali ganda pekat
Roti kalau dibuat sendiri boleh makan panas-panas, fresh from the oven . Gunakan pulak ramuan berkhasiat memang terbaik lah.
Ni min kongsikan dua resipi roti daripada bahan makanan sunnah iaitu zaitun, madu dan kismis. Adun dan uli elok-elok. Jangan lupa semak resipi bun oreo coklat sekali ya.
OLIVE HERB POTATO FOCCACIA
BAHAN-BAHAN :
800gm tepung roti | diayak
200gm kentang | direbus dan dilecek
40gm yis
20gm garam
20gm gula
6gm oregano
500ml susu segar
150ml minyak zaitun
Buah zaitun secukupnya | dihiris
CARA MEMASAK : 1. Masukkan tepung, kentang lecek, yis, garam, gula dan oregano ke dalam penguli. Campur dan gaulkan sebati. 2. Masukkan susu segar dan uli selama 5 minit lagi dalam kelajuan perlahan. 3. Masukkan minyak zaitun dan ulikan lagi selama 7 minit. 4. Ambil dan doh dan letakkan di dalam tin pembakar. 5. Rehatkan selama 2 jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari asal. Letakkan buah zaitun di atasnya 6. Panaskan oven dalam suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 25 minit atau keperangan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : roti Keistimewaan : Sedap dimakan bersama sup dan keenakan minyak dan buah zaitun yang sihat
INFO CHEF :Buah zaitun boleh juga diganti dengan tomato ceri atau bawang putih.
HONEY GOLDEN RAISIN LOAF
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung roti
20gm gula perang
8gm garam
10gm yis kering
30ml madu
50gm mentega
250ml air
150gm kismis kuning
CARA MEMASAK : 1. Di dalam mangkuk penguli, satukan tepung roti, gula perang , garam dan yis. 2. Masukkan air dan madu, ulikan lebih kurang 5 minit. 3. Masukkan mentega dan teruskan menguli selama 7 minit dan akhir sekali masukkan kismis. 4. Biarkan rehat selama 30 minit ,hingga ia naik kali pertama. 5. Bentukkan doh dan masukkan ke dalam dulang pembakar. 6. Biarkan rehat dan naik sehingga dua kali ganda. 7. Panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 200 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit
Saiz hidangan :2 buku roti, 4 orang Waktu memasak: 20 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Roti Keistimewaan : Roti manis buah dengan rasa kismis, enak dimakan disapu jem atau mentega
INFO CHEF : Boleh tambah kekacang seperti badam, pistachio atau walnut jika suka. Boleh tahan seminggu, jika disimpan dalam peti sejuk.
TERIMA KASIH : THE PEARL HOTEL KL
OREO CHOCOLATE BUN
BAHAN-BAHAN : Bahan A:
330 gm tepung roti
8 gm yis
16.6gm susu tepung
50 gm gula
30 gm mentega
6 gm garam
45gm telur
167 ml susu segar
BAHAN INTI : Coklat ganache :
125 gm krim putar
125 gm coklat masakan (baking chocolate)
50 gm mentega
Krim kastad :
250 gm tepung kastad
1/2 liter susu segar
1 liter krim putar
50 gm serbuk biskut Oreo
‘Topping’:
100 gm serbuk biskut Oreo
CARA MEMASAK : Cara masak inti (chocolate ganache): 1. Masakkkan krim putar di atas api sederhana hingga mendidih sedikit dan tutupkan api. 2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati. 3. Kemudian masukkan mentega dan sebatikan. Biarkan dalam suhu bilik. Cara masak inti (krim kastad) : 1.Masukkan tepung kastad, susu segar dan krim putar di dalam periuk. 2.Masakkan di atas api sederhana 3.Tutup api dan biarkan seketika dalam suhu bilik.
Cara membuat oreo bun : 1. Masukkan bahan bahan A ke dalam mixer dan bancuh dengan kelajuan rendah selama 1 minit 2. Selepas 1 minit, bancuh dengan kelajuan sederhana selama 10 minit 3. Tutup mixer dan periksa jika doh lembut dan licin 4. Keluarkan doh dari mixer dan timbang 60 gm untuk setiap doh 5. Rehatkan pada suhu bilik selama 10 minit 6. Uli doh memanjang untuk dililit ke acuan 7. Sesudah siap semua celup ke dalam air dan celup ke oreo hancur untuk topping dan letak ke dulang pembakar 8. Rehatkan selama 1 jam sebelum bakar 9. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah celcius, kemudian masukkan dulang pembakar berisi bun. 10. Bakar hingga coklat keemasan, keluarkan dan sejukkan selama 30 minit dan isi dengan bahan inti ke dalam bun
Saiz hidangan : 10 biji Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Rasa coklat berkrim dan keenakan biskut Oreo Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Pastikan coklat masakan tidak dimasak ‘langsung’ atas api. Tutupkan api dan anda boleh tuangkan krim putar atas coklat masakan hingga cair. TERIMA KASIH : HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG
Sarapan pagi dengan roti homemade memang auranya berbeza. Bau aroma roti yang dibakar memang teruja nak makan. Nak buat roti yang gebu boleh ikut resipi ini. Confirm berebut anak-anak makan malah boleh dibawa bekal ke sekolah.
ROTI
Bahan-bahan:
500g tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
1 1/2 sudu besar yis kering
2 sudu besar majerin
5 sudu besar susu tepung(nak skip pun tak apa)
1 sudu kecil double action baking powder(kat bakery ada) Gaul sampai jadi macam serbuk roti
Cara membuat:
1.Tambah 1 cawan dan ½ atau 3/4 cawan air sejuk dari peti atau dari penapis air. Gaulkan sebati hingga jadi doh lembut.Jumlah air sejuk dalam 1 1/2 cawan atau lebih kurang 3/4 cawan.
2.Dua sudu besar gula tambah air suam sikit bancuh sampai gula larut. Doh tadi buat lekuk dan isi gula tadi. Uli sambil tabur-tabur sikit tepung hingga jadi doh.Tak payah beria uli, sikit tak payah elastik pun tak apa.
3.Dah jadi doh biarkan 1 -2 jam hingga kembang. Tutup permukaannya guna tuala basah atau masuk oven letak suhu 60 darjah 30 minit kembang.
4.Bila dah kembang, tumbuk sampai doh penyek.
5.Tabur sikit tepung, uli kejap dalam 5 minit. Kalau melekat tambah tepung tabur sikit.Bentukkan doh dan lilit pada sosej.
6.Dah kembang sikit dalam 20 minit,sapu atasnya dengan sebiji telur dan susu full cream serta pewarna kuning. 8.Biar sekejap dan bakar pada suhu 180 dalam masa 25-30 minit bergantung pada oven masing-masing. Kredit: Azlina Ina Fans
Tat Telur sememangnya menjadi kegemaran ramai. Pastri yang rapuh ditambah pula dengan filling telur yang lemak manis, sebiji memang tak cukup. Kalau makan ketika masih suam, lagi nikmat rasanya tau. Bagi anda yang nak cuba, saudari Norain Naim ada kongsikan satu resipi yang cukup mudah dan ringkas. Hanya guna enam bahan je. Jom lihat cara-caranya.
1. Bancuh gula dengan air panas hingga larut. Ketepikan sehingga air gula sejuk.
2. Pukul sekejap telur guna pemukul tangan. Masukkan air gula, susu penuh krim, esen vanilla dan kacau sebati. Tapis bancuhan telur bagi membuang buih.
3. Ambil acuan dan sapu sedikit mentega di permukaannya. Ia bertujuan mengelakkan pastri melekat pada acuan.
4. Kemudian masukkan kulit pastri ke dalam acuan. Kemudian isi bancuhan telur tadi hingga hampir penuh.
5. Pastikan filling tidak dimasukkan terlalu penuh kerana nanti akan melimpah. Jika melimpah, kulit luar pastri akan menyerap filling dan membuatkan kulit pastri menjadi lembik.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C sehingga masak atau kekuningan. Masa masak ni berbeza ikut ketuhar masing masing. (beli OVEN murah secara online DISINI)
7. Untuk pastikan tart telur sudah masak, ambil lidi bersih dan cucuk. Jika lidi yang dikeluarkan itu bersih, maknanya tat telur sudah masak.
8. Keluarkan tat dari ketuhar. Ambil lidi dan cungkil bahagian tepi-tepi kulit pastri yang melekat supaya bila sudah sejuk, senang nak keluarkan tat dari acuan.
9. Tat Telur homemade sedia untuk dinikmati.
INFO: Jika tiada acuan kecil, boleh juga guna acuan lain untuk membuat Tat Telur bersaiz besar.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.