Waktu petang begini, memang sedap kalau dapat menikmati Kuih Cakoi panas-panas. Rangup diluar, gebu dan lembut di dalam. Memang tak puas dimakan. Bagi yang suka rasa manis, boleh cicah Cakoi tu dengan kuah pandan atau kastard. Memang nikmat! Ada yang nak cuba buat Cakoi yang enak ni? Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Sha Roziah Al Yahya ni. Sangat mudah dan pasti menjadi.
CARA BUAT KUIH CAKOI & KUAH PANDAN MUDAH DAN SEDAP
1. Satukan tepung, yis, baking powder, minyak, gula dan garam ke dalam bekas besar. Gaul hingga jadi sebati semua.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh. Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
3. Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
4. Perap doh tadi hingga naik 2 kali ganda dari saiz asal.
5. Untuk menggoreng, tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.
6. Bila Cakoi sudah garing dan keperangan, angkat dan toskan minyaknya.
Waktu petang di musim durian ini elok sangat kalau kita hidangkan kuih berasaskan raja buah ini. Salah satu yang mudah adalah bingka durian. Minum pula dengan teh o panas memang nikmat rasanya.
Cara membuat bingka ini pun mudah, yang penting ada duriannya. Tak kisah jenis apa janji durian.
Air tangan yang paling enak merupakan air tangan seorang ibu. Tentunya setiap orang daripada kita mempunyai kenangan masakan ibu tercinta yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Terdapat pelbagai jenis masakan termasuk kuih muih tradisional yang pernah dimasak oleh ibu kita dan kesedapannya pasti terbayang sehingga kini. RASA kembalikan nostalgia enam jenis kuih tradisional yang tidak lapuk dek zaman. Kini anda boleh cuba memasaknya untuk anak-anak anda pula. Ternyata, kuih tradisional tidaklah sesukar yang disangka. Yang penting, kena rajin…
PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
200gm gula merah
200gm gula pasir
150ml air
BAHAN SALUT:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
APAM NASI
BAHAN-BAHAN A (TAPAI NASI):
1 cawan nasi sejuk
400ml air
200gm gula pasir
11gm yis
BAHAN B:
200gm tepung beras
200gm tepung gandum
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Garam secukupnya
BAHAN LAIN:
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar halus kesemua bahan A. Ketepikan.
Kelapa parut dan garam digaul sebati. Ketepikan.
Kemudian masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B (tepung). Gaul sekata dan perap selama 3 jam. Ketepikan.
Didihkan air di dalam kukusan. Sediakan acuan apam dan oleskan sedikit minyak masak di permukaan dalamnya. Tuang adunan yang telah diperap tadi dan kukus selama 15 minit.
Setelah masak, keluarkan apam dan masukkan ke dalam pinggan. Tabur kelapa parut di atasnya.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 4 jam
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Apam yang gebu
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda. Waktu memasak bergantung pada saiz acuan.
LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
1 cawan beras pulut |bersihkan
Air secukupnya
Pewarna merah secukupnya
30ml minyak masak
5gm garam halus
80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
11/2 cawan tepung beras
4 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau
10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
80gm tepung beras
500ml santan pekat
5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
200gm gula merah
100gm gula pasir
200ml air
CARA MEMASAK:
Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:1 jam
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Tanak dan kukus
Anggaran kos: RM14
Info chef: Boleh juga masukkan lompat tikam di dalam bekas-bekas kecil untuk lebih cantik.
CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung gandum
100gm tepung beras
200ml air
200gm gula merah
50ml gula pasir
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dinikmati panas.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:45 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Rebus dan goreng
Anggaran kos: RM10
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN:
300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
200gm gula merah
50gm gula pasir
500ml santan
200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
Setelah sejuk, boleh dipotong.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM12
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan
1 sudu teh kapur makan |bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Resipi: Terima kasih Nor Azizah Ghazali, Shah Alam Selangor
Hari ni nak kongsi resipi buat donut yang gebu dan cantik kejadiannya. Kadang geram je rasa bila buat donut tapi tak berapa gebu, kan?
DONUT GEBU
Bahan A
2 sudu besar yis mauripan
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
Campur bahan ini dah biarkan kembang
Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara membuat
1. Gaul Bahan B sehingga jadi macam serbuk roti. Kemudian campur Bahan 1. Gaul rata.
2. Masuk dalam bekas dan biarkan kembang (saya perap 15 minit saja).
3. Selepas 15 minit keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk adunan.
4. Kemudian terap gunakan acuan (dan perap lagi 15 minit).
5. Goreng api perlahan. Angkat dan biarkan seketika. Salut gula.
Info:
– Guna mug untuk menyukat.
– Adunan dapat dalam 15 biji (kalau nak banyak gandakan adunan)
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!