Anda boleh mencampurkan 1-2 sudu makan yogurt asli ke dalam adunan roti untuk rasa masam yang lebih enak. Capati ini enak dinikmati bersama Kari Ayam Masala atau tandoori.
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg tepung atta
- 25 gm marjerin
- 1 sudu makan minyak
- 125 ml susu segar
- 250 ml air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan-bahan tersebut dalam bekas adunan. Gaul rata dan uli sehingga menjadi doh. Biarkan selama setengah jam.
- Bulatkan kecil-kecil dan dileperkan.
- Panaskan kuali tanpa menggunakan minyak. Goreng capati tadi sehingga garing dan warnanya kekuning-kuningan.
- Akhir sekali, bolehlah diangkat dan dihidangkan.