Untitled design (6)

Sedapnya capati homemade ni. Bagi anda yang tercari-cari resipi untuk hidangan sarapan yang mudah, sedap dan sihat, resipi capati ini pastinya sesuai buat anda. Cara penyediaannya tidak renyah, lebih mudah berbanding roti canai malah bahan-bahannya juga mudah didapati. Jom lihat cara-cara penyediaannya.

CARA MASAK CAPATI HOMEMADE

Resipi Capati Homemade Mudah Guna Sukatan Cawan

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung atta
  • 1 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Campurkan tepung atta, tepung gandum dan garam ke dalam bekas. Gaul rata.

2. Masukkan minyak dan gaul lagi hingga sebati.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan.

Ads

4. Bulat-bulatkan doh menjadi lima atau enam biji.

5. Leperkan doh menggunakan pencanai dan masak diatas kuali leper.Resipi Capati Homemade Mudah Guna Sukatan Cawan6. Setelah masak, angkat dan nikmati segera. Sedap dimakan dengan kari ayam atau kari daging.
Resipi Capati Homemade Mudah Guna Sukatan CawanINFO CHEF:

Ads
  • Minyak jagung boleh juga digantikan dengan minyak masak, mentega atau marjerin cair.
  • Bila dicanai, pastikan doh tidak terlalu nipis. Kalau terlalu nipis, bila dimasak capati jadi garing dan keras.

 

Kredit resipi & foto: BW ( Buat Wanita) – http://buatwanita.blogspot.my/2015/12/resepi-mudah-roti-chapati-capati.html

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI