
Isi Kandungan
ToggleTidak dapat dinafikan Capati merupakan antara hidangan yang sering menjadi pilihan bila ke kedai mamak. Jika selalu dicicah dengan kuah sardin, kali ini kita jadikan sardin sebagai inti dan tambahkan keju. Hidangan ‘next level’ yang cukup sempurna, terasa kepuasan dalam setiap gigitan.
Ternyata, mentega Anchor dan Anchor Cheese Slice yang digunakan menaikkan lagi rasa ‘umphhh’ dalam hidangan. Maklumlah, mentega Anchor kan merupakan mentega tulen dengan warna kuning keemasan yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi. Anchor Cheese Slices pula tinggi dengan kalsium dan protein. Cubalah buat, pasti jadi kegemaran seisi keluarga.
CAPATI ROLL BERINTI SARDIN & KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 keping capati
- 8-10 keping Anchor Cheese Slices
BAHAN-BAHAN B (INTI):
- 400gram ikan sardin (dalam tin) – buang sosnya
- 80gram Anchor Butter Unsalted
- 1 biji cili merah – cincang
- 1 biji cili hijau – cincang
- 1 labu bawang besar – cincang
- 1 sudu teh garam masala
- 1 tangkai daun ketumbar – cincang
- Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam kuali, cairkan Anchor Butter Unsalted lalu masukkan bawang besar dan tumis hingga wangi. Masukkan cili merah, cili hijau dan garam masala.
- Masukkan ikan sardin lalu hancur-hancurkan. Tambah garam dan lada sulah secukupnya. Gaul rata. Tabur cincangan daun ketumbar dan tutup api.
- Ambil sekeping capati, letakka 1-2 keping Anchor Cheese Slices kemudian letak sesudu int sardine ke dalam capati lalu gulung rapi.
- Panakan sedikit Anchor Butter Unsalted di dalam kuali leper. Letak gulungan capati tadi ke dalam kuali lalu panaskan beberapa minit di kedua-dua bahagian.
- Keluarkan capati dari kuali, potong mengikut cita rasa. Hidangkan panas.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kuih Siput Lemak Manis & Kuih Siput Original Daun Kari

Isi Kandungan
ToggleSebut sahaja Kuih Siput sama ada yang original rangup berperisa kari atau lemak manis, ramai yang menyukainya. Rangup dan enak. Sekali makan, memang ralit dibuatnya. Nak buatnya pun mudah je. Anda sendiri boleh hasilkan untuk kudapan suami dan anak-anak. Lagipun jika buat secara homemade memang lebih sedap, rangup dan puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Azliza Mohamed ni. Berbaloi sangat.
RESIPI KUIH SIPUT LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 2 1/2 sudu makan gula kastor – beli online disini
- 1 sudu teh garam halus
- 3 sudu makan marjerin – beli online disini
- Air sejuk secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Campurkan tepung gandum, gula, garam dan marjerin dalam satu bekas. Gaul sebati semuanya.
2. Campurkan air sejuk sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi sambil diuli.
3. Bila doh sudah sebati (pastikan doh tidak keras, tidak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap), cubit doh dan gentle menjadi bebola kecil.
4. Ambil bebola doh dan terap menggunakan papan penerap kuih siput.
5. Bila semuanya sudah siap, panaskan minyak dalam kuali dan goreng Kuih Siput hingga keperangan.
6. Angkat, toskan minyak dan sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
7. Rasanya memang sedap, rangup dan lemak manis.
RESIPI KUIH SIPUT RANGUP KARI
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tepung gandum
- 1 cawan marjerin
- 1/2 cawan gula kastor
- 3 sudu makan serbuk kari ikan/ daging – beli online disini
- 1 sudu teh garam
- 1 biji telur
- 1 kotak kecil santan (200ml) – beli online disini
- Sedikit air sejuk (kocak bekas kotak santan tadi)
- Daun kari secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan uli hingga jadi doh yang lembut.
2.Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.
3. Gentle-gentel doh menjadi bebola kecil. Lakukan sehingga habis dan terap di atas acuan kuih siput.
4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan masukkan kuih siput tadi.
5. Bila Kuih Siput hampir masak, baru masukkan daun kari. Goreng seketika.
6. Angkat dan toskan minyak. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Nor Azliza Mohamed
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
8 Sajian Tradisi Dengan Sentuhan Keju Terbaik. Sedap Dan Mesti Cuba!
Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai jenis makanan yang begitu popular dan diminati ramai. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum dan setiap satunya mempunyai warisan makanan sendiri yang beraneka pilihan dari segi rasa dan warna. Kepelbagaian rasa ini akhirnya mampu mewujudkan hidangan bercitarasa Malaysia yang diterima oleh semua kaum.
Pelbagai bangsa boleh duduk semeja tanpa mengira status bangsa dan agama menikmati makanan yang disukai. Makanan orang Melayu turut dinikmati oleh orang Cina dan India. Begitu juga sebaliknya. Makanan juga mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan perpaduan.
PILIHAN BAHAN TERBAIK
Hari ini citarasa hidangan pelbagai kaum ini, mula diberi warna dan citarasa baru yang dapat diterima bukan sahaja oleh orang tempatan malah masyarakat Antarabangsa. Suntikan rasa baru seperti memasukkan bahan-bahan seperti keju, susu, mentega dan yogurt dalam resipi-resipi masakan tradisi, berjaya memberi rasa yang lebih bervarisi dan digemari seisi Malaysia. Pun begitu pilihan bahan terbaik dan bermutu sangat penting bagi memastikan hidangan ini dapat dinikmati dengan penuh berselera.
Bagi penggemar hidangan keju, rangkaian pilihan keju dari Perfect Italiano adalah pilihan yang tepat. Dengan Perfect Italiano, mereka yang memasak di rumah boleh menyediakan hidangan yang lebih sedap umpama chef profesional.
Perfect Italiano memperkenalkan tiga produk baharu yang membawa “gusto perfetto” (rasa yang sempurna) dalam masakan anda. Pilihan baharu yang diadun khas untuk makanan kegemaran ini dicipta untuk meningkatkan rasa piza, pasta atau taco kegemaran anda serta hidangan harian Malaysia anda yang lain.
Keju ini disediakan dalam bentuk yang sudah dicarik-carikkan supaya dapat digunakan pada bila-bila masa. Dengan saiz bungkusan 150g, pek kecil ini sesuai untuk satu hidangan.
Jika anda gemar menikmati piza dengan “keju tarik”, Perfect Italiano Perfect Pizza ialah pilihan yang tepat. Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan bukan sahaja memberikan memberikan kelenturan (stretchiness), tetapi juga rasa keju yang seimbang dan tidak berminyak.
Untuk hidangan menggunakan topping atau ditabur pada hidangan yang dibakar contohnya nasi atau pasta, Perfect Italiano Perfect Bakes ialah pilihan terbaik anda. Cheddar berperisa penuh dicampurkan dengan Mozzarella untuk regangan (stretchiness) dan Parmesan untuk memberikan hidangan yang penuh dengan rasa yang lazat. Sesuai untuk semua makanan yang dibakar, Perfect Italiano Perfect Bakes membantu anda memperoleh kerak coklat keemasan yang menyelerakan.
Makanan bertema Mexico yang enak sempurna bersama Perfect Italiano Mexican Style. Gabungan sempurna tiga jenis keju cepat cair – Mozzarella, Red Cheddar dan Colby – meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Campuran keju ini sesuai untuk hidangan Mexico seperti burrito, taco, nacho dan tortilla.
Selain itu Keju Perfect Italiano Mozzarella adalah 100% keju asli yang memberi regangan sempurna dan meningkatkan rasa. Keju ini bertekstur lembut dan kenyal serta berkrim.Sesuai digunakan pada piza, lasagna, telur dadar atau sebagai inti untuk pelbagai hidangan snek seperti bebola cheese dan sebagainya. Boleh juga kacau atau dimasak melalui sup atau celup untuk tekstur regangan yang lebih lazat.
Keju Perfect Italiano Parmesan ialah keju tulen yang menambah rasa pada mana-mana hidangan. Sesuai ditaburkan pada salad, pasta, piza, sup dan sebarang hidangan bakar termasuk biskut.
Keju Chesdale boleh dimakan begitu sahaja atau boleh juga digunakan di dalam masakan. Keju ini diperbuat dengan susu dari New Zealand; setiap kepingan mengandungi kandungan kalsium dan protein yang tinggi.Hidangan jadi bertambah enak dengan keju yang mencair terus dari kuali atau oven.
Pendek kata, setiap keju ini memberi rasa yang berbeza dan enak untuk dinikmati bersama menu pilihan.
Jika ada masa terluang, boleh cuba sendiri resipi-resipi makanan ini bersama keluarga dan rakan-rakan.
APAM JOHOL
Bahan-bahan:
250gram tepung gandum
80gram gula merah
40gram gula pasir
1 ½ cawan air
6gram yis kering
2 sudu makan Anchor Butter Unsalted
12 keping Chesdale – potong kepada 4 bahagian
Kelapa parut secukupnya
Daun rambai secukupnya – bersihkan dan lap kering
Cara membuat:
1.Di dalam periuk, satukan air dan gula merah lalu didihkan hingga larut. Tapis dan ketepikan.
2.Sediakan mangkuk besar. Satukan Anchor Butter Unsalted dengan tepung gandum lalu gaul hingga sebati.
3.Masukkan yis kering dan gula putih ke dalam mangkuk berisi tepung tadi.
4.Tuang campuran air gula merah ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Tutup mangkuk dengan cling wrap.
5.Perap adunan hingga naik sekali ganda (lebih kurang 2-3 jam).
6.Ambil sehelai daun rambai, sapu dengan sedikit minyak. Letak sesudu bancuhan tepung, letakkan keju Chesdale lalu bungkus dengan rapi.
7.Susun bungkusan apam ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 20-25 minit atau hingga masak.
8.Hidangkan apam bersama kelapa parut
BINGKA UBI CHEESE
Bahan-bahan:
3 cawan parutan ubi kayu
1 ½ cawan santan
1 cawan gula kastor
½ sudu teh garam
Pewarna kuning secukupnya
1 paket 150gm Perfect Italiano Perfect Bakes
Anchor Butter Unsalted
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk besar kecuali Perfect Italiano Perfect Bakes lalu gaul sebati.
2.Sediakan loyang pembakar yang telah disapu dengan sedikit Anchor Butter Unsalted. Tuang campuran tadi ke dalam loyang.
3.Tabur separuh Perfect Italiano Perfect Bakes di atas adunan.
4.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 45 minit dahulu.
5.Keluarkan loyang lalu tabur separuh lagi Perfect Italiano Perfect Bakes dan bakar lagi pada suhu yang telah diturunkan kepada 180C selama 20-25 minit atau hingga bahagian atas keju keperang-perangan. Sejukkan sebentar lalu potong.
TACO NASI GORENG PETAI CHEESE
Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
½ cawan petai
1 sudu makan ikan bilis – cuci bersih & tumbuk kasar
10 biji cili padi – tumbuk halus
3 ulas bawang merah – tumbuk halus
2 ulas bawang putih – tumbuk halus
Garam & lada sulah secukupnya
Bahan-bahan B :
4-5 keping Taco
1 paket 150gm Perfect Italiano Mexican Style
Tomato | dicincang halus
Daun salad
Cara membuat:
1.Panaskan satu sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk halus bersama ikan bilis hingga wangi.
2.Masukkan petai dan nasi sejuk lalu gaul sebati.
3.Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
4.Ambil sekeping Taco dan bakar seketika.
5.Kemudian, sudukan Nasi Goreng Petai Tempoyak yang masih panas ke dalam Taco secukupnya. Tambahkan juga tomato dan daun salad.
6.Tabur Keju Perfect Italiano Mexican Style di atas nasi secukupnya. Biarkan keju mencair seketika.
7.Siap untuk dihidangkan.
BERGEDIL AYAM CHEESE
Bahan-bahan:
4 -5 biji ubi kentang (size besar) – kupas, hiris, goreng & tumbuk lumat
150gram ayam kisar – goreng hingga perang
1 paket 250gm Perfect Italiano Mozzarella
1 batang daun bawang – cincang halus
3 sudu makan bawang goreng
1 sudu teh lada sulah
Garam secukupnya
Bahan-bahan B:
2 biji telur
Garam dan lada sulah secukupnya
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan A kecuali Keju Perfect Italiano Mozzarella lalu gaul sebati.
2.Ambil sedikit adunan ubi kentang lalu bentukkan bulat. Tekan pada bahagian tengah dan masukkan Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit.
3.Di dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu bancuh sebati.
4.Panaskan minyak di dalam kuali, celup bergedil ke dalam bancuhan telur lalu goreng hingga perang di kedua-dua bahagian. Hidangkan panas.
PEK NGA CHEESE
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa parut
150gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
½ cawan air
½ sudu teh garam
Cara memasak:
1.Gabungkan kelapa parut, tepung gandum, separuh keju Perfect Italiano Perfect Pizza, garam dan air.
2.Gaul hingga sebati.
3.Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat.
4.Sendukkan adunan ke dalam kuali dan ratakan ke seluruh kuali.
5.Tunggu sehingga adunan separuh masak dan taburkan lebihan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di atasnya.
6.Biarkan sehingga keju mencair.
7.Siap! Sedia dihidang dengan kuah sambal, kuah gulai atau susu pekat.
LOMPAT TIKAM CHEESE
Bahan-bahan:
Untuk Pulut Merah:
500g beras pulut
100 ml santan cair
Sedikit pewarna merah
Air
Cara membuat:
1.Basuh beras pulut dan rendam dengan sedikit pewarna merah selama 15 minit.Toskan beras pulut.
2.Masukkan beras pulut dalam acuan bersama santan cair.
3.Kukus sehingga masak.
Gula nisan:
7 keping gula nisan
500 ml air
Cara membuat:
1.Larutkan nisan dalam air di atas api perlahan sehingga sedikit pekat.
Kepala santan:
250 ml santan pekat
2 sudu tepung beras
100 gm Keju Perfect Italiano Parmesan
Cara membuat:
1.Kacau sebati di atas api perlahan sehingga mendidih. Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tidak bergentel.
Untuk warna hijau:
1 cawan tepung beras
1/3 air pandan
1/3 pewarna hijau pekat
2/3 air biasa
Sedikit air kapur
Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan sekaligus dalam periuk.
2.Kacau di atas api perlahan sehingga berkilat lalu sejukkan dan tunggu hijau warna daun mengeras.
Cara hidangan:
Hidangkan pulut bersama hijau warna daun lalu curahkan kepala santan dan siramkan air nisan sebagai pemanis serta taburkan Keju Perfect Italiano Parmesan sebagai penambah rasa (additional seasoning).
BEBOLA TARO DENGAN CHEESE TARIK KAW KAW
Bahan-bahan:
300gm keledek kukus – 300gm
150gm tepung kanji
150gm air panas
200gm butter – 200gm
2gm serbuk pati ayam
1gm serbuk 5 rempah – 1gm
2gm baking soda
4gm gula
BAHAN-BAHAN BEBOLA CHEESE:
200gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
1 biji bawang besar | dipotong dadu
1 batang cili merah | hiris halus
Serbuk lada putih secukupnya
Cara memasak:
1.Untuk penyediaan doh; potong dan stimkan ubi keledek sehingga lembut.
2.Masukkan tepung kanji dan air panas. Gaul sehingga menjadi doh.
3.Di dalam mangkuk, lenyekkan ubi keledek. Tambahkan mentega, serbuk pati ayam, baking soda, gula dan serbuk 5 rempah. Masukkan adunan tepung kanji tadi ke dalam mangkuk. Gaul sebati hingga menjadi doh. Biarkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
4.Untuk penyediaan cheese filling; masukkan keju Perfect Italiano Mozzarella di dalam mangkuk.
5.Masukkan bawang merah, cili merah dan serbuk lada putih. Gaulkan hingga sebati dan bentukkan bulat.
6.Untuk menyediakan bebola; ambil sedikit doh lalu bentukkan bulat. Tekan pada bahagian tengah dan masukkan kiub keju. Bentukkan bulat.
7.Panaskan minyak di dalam kuali, goreng bebola sehingga keperangan dan berbentuk seakan honeycomb. Keju akan mencair di dalam. Hidangkan panas.
KESARI CHESSE
Bahan-bahan:
3-4 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan kacang gajus
250gm tepung suji
750ml air
Sedikit garam
250gm gula pasir
5 sudu makan susu pekat manis
Sedikit pewarna oren/kuning
5 biji buah pelaga
12 keping Keju Cheddar Chesdale
Cara memasak:
1.Panaskan kuali. Masukkan 1 sudu makan minyak sapi. Kemudian goreng kacang gajus hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2.Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan 1 sudu makan lagi minyak sapi dan masukkan tepung suji. Pastikan masak guna api perlahan.
3.Masak sekejap tepung tadi kemudian angkat dan ketepikan.
4.Dalam periuk bersesuaian, masukkan air dan garam. Tunggu sehingga air mendidih.
5.Masukkan gula. Kacau sehingga gula larut.
6.Masukkan susu pekat manis & sedikit pewarna oren.
7.Kemudian masukkan buah pelaga yang sudah ditumbuk halus.
8.Dengan api perlahan, masukkan tepung suji. Kacau selalu supaya tepung tidak berketul dan masak sehingga pekat.
9.Kemudian masukkan kacang gajus dan tambah 1 sudu makan minyak sapi. Gaul rata.
10.Adunan Kesari siap. Masukkan setengah adunan ke dalam loyang. Susunkan Keju Cheddar Chesdale pada bahagian atas adunan dan masukkan setengah lagi adunan ke dalam loyang.
11.Kesari Cheese sedia untuk dihidangkan.
Buat Kulit Tortilla Lagi Puas Makan & Jimat

Anda peminat tortilla? Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri. Kelebihannya boleh frozen.Nak makan boleh defrost dan bakar sekejap saja, mudah kerja dan jimat. Boleh buat bekal untuk sarapan pagi.
Kulit Tortilla
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum-beli online di sini
3 sudu besar minyak masak/zaitun
3/4 sudu kecil baking powder-beli online di sini
1/2 sudu kecil garam-beli online di sini
3/4 cawan air panas (bukan 3/4 cawan ye tapi tiga per empat- separuh kemudian tambah sikit lagi)
Dapatkan Karcher K2 Winner High Pressure Cleaner dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Kalau nak buat garlic tortilla, 3 sudu besar minyak tu dipanaskan dan tumis 2 ulas bawang putih yang dicincang halus sampai naik bau (jangan hangit).Tutup api,biarkan sejuk dan baru campur dengan tepung dan barang lain.
2.Masuk semua, gaul.Agak dah suam, terus uli jadi doh yang lembut. Kemudian tutup dengan kain lembap dalam masa 20 minit.
3.Kemudian boleh bulat kecil-kecil dan canaikan.
4.Bakar atas pan. Kalau nak buat frozen, bakar sekejap je. Kalau nak terus makan, bakar anggaran 1 minit.
*Untuk inti ikut selera masing-masing. Saya cuma perap dengan sos tiram/sos lada hitam dan grill. Letak salad, lobak merah, timun, tomato, bawang dan sos cili.
**Pastikan sayur-sayur di tos sampai kering untuk elakkan cepat basi.
**Boleh juga isi ayam celup tepung/fillet ikan celup tepung.Tambah mayonis/cheese.
Kredit: Ana Mohd
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Kek Yang Tak Jemu Dimakan, Resipi Mudah Kek Oren Lembut & Sedap
Rahsia Buat Cucur Ketam Crispy, Makan Panas Panas Memang Layan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official