Resipi Capati Roll Berinti Sardin & Keju Yang Memikat Selera

Share

Tidak dapat dinafikan Capati merupakan antara hidangan yang sering menjadi pilihan bila ke kedai mamak. Jika selalu dicicah dengan kuah sardin, kali ini kita jadikan sardin sebagai inti dan tambahkan keju. Hidangan ‘next level’ yang cukup sempurna, terasa kepuasan dalam setiap gigitan.

Ternyata, mentega Anchor dan Anchor Cheese Slice yang digunakan menaikkan lagi rasa ‘umphhh’ dalam hidangan. Maklumlah, mentega Anchor kan merupakan mentega tulen dengan warna kuning keemasan yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi. Anchor Cheese Slices pula tinggi dengan kalsium dan protein. Cubalah buat, pasti jadi kegemaran seisi keluarga.

CAPATI ROLL BERINTI SARDIN & KEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 keping capati
  • 8-10 keping Anchor Cheese Slices

BAHAN-BAHAN B (INTI):

  • 400gram ikan sardin (dalam tin) – buang sosnya
  • 80gram Anchor Butter Unsalted
  • 1 biji cili merah – cincang
  • 1 biji cili hijau – cincang
  • 1 labu bawang besar – cincang
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 tangkai daun ketumbar – cincang
  • Garam & lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam kuali, cairkan Anchor Butter Unsalted lalu masukkan bawang besar dan tumis hingga wangi. Masukkan cili merah, cili hijau dan garam masala.
  2. Masukkan ikan sardin lalu hancur-hancurkan. Tambah garam dan lada sulah secukupnya. Gaul rata. Tabur cincangan daun ketumbar dan tutup api.
  3. Ambil sekeping capati, letakka 1-2 keping Anchor Cheese Slices kemudian letak sesudu int sardine ke dalam capati lalu gulung rapi.
  4. Panakan sedikit Anchor Butter Unsalted di dalam kuali leper. Letak gulungan capati tadi ke dalam kuali lalu panaskan beberapa minit di kedua-dua bahagian.
  5. Keluarkan capati dari kuali, potong mengikut cita rasa. Hidangkan panas.

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Naqiyatul Uzma