Resipi Capati Warisan Keluarga 30 Tahun, Dah Sejuk Tetap Lembut

Share

Selain roti canai, capati juga menjadi kesukaan semua. Teksturnya yang lembut kalau dapat satu pun kenyang. Nak tahu bagaimana nak buat capati walau dah sejuk tapi masih lembut. Sha Yaacob berkongsikan resipi capati turun-temurun keluarganya selama 30 tahun.Rahsianya adalah bergantung pada jenis tepung yang diguna.Untuk adunan sekilo tepung ni dapat 23 biji capati. Bolehlah cuba nanti.

CAPATI

Bahan-bahan:
1 kg tepung atta (elok beli yang timbang, baru lembut elok dan original capati) kalau yang pek nanti capati keras.
1 liter air (kurangkan sikit tak apa, nanti keras boleh tambah air masa uli)
2 sudu kecil garam
1 sudu teh gula


2 sudu gula majerin sayur

Cara membuat:
1.Masukkan air dalam bekas, gula dan garam.Sebatikan.
2.Masak majerin sampai cair. Masukkan dalam bekas air tadi.

3.Uli jangan terlalu lembut, jangan terlalu keras.

240584340_3032170947101735_8167401240126474399_n

4.Siap rehatkan 30 minit, boleh buat bebola.Lagi elok doh bebola dibiarkan semalaman supaya lebih lembut dan sedap dimakan.

5.Canaikan dan boleh dibakar.
Kredit: Sha Yaacob

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri Adila Saari