Resipi Cekodok Pisang Rangup Luar, Lembut Dalam. Rahsianya Tambah Marjerin

Share

Resipi cekodok pisang rangup luar dan lembut di dalam ini ada rahsianya. Nak tahu? Dengan menambah marjerin di dalam adunan. Pernah cuba?

Semestinya ramai suka cekodok pisang. Tak kira untuk sarapan, minum petang atau untuk dimakan waktu malam saat lepak bersama keluarga. Cukup mudah nak membuatnya. Tapi, kadangkala cekodok liat.

Ha..Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Cik Pooja

ni ye. Terasa perbezaannya. Tak percaya, cuba sendiri.

Resipi Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam

Bahan-bahan:

5 biji pisang saiz besar atau 8-10 biji size kecil

2 sudu makan marjerin – boleh beli online di sini

5 sudu makan gula pasir – boleh beli online di sini

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh garam – boleh beli online di sini

2 cawan tepung gandum- boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Dalam satu mangkuk besar, masukkan  semua bahan  kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.

Masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.

Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.

 Siapppp.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

Published by
Nurul Azwa