Anda dan keluarga suka makan hidangan pedas? Jika ya, menu Cencaru Sumbat Sambal Berasap perkongsian saudari Ratna Sari Zain ni pasti kena dengan selera. Menu mudah dan memang membuka selera. Sesuai sangatlah cuba untuk sajian makan tengahari atau makan malam ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Buntu memikirkan resipi lauk pauk yang hendak dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu. Oleh itu jom cuba koleksi resipi lauk pauk sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengahari keluarga tercinta. Jom cuba!
1. GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
500ml santan pekat
250gm ubi keledek | buang kulit dan potong dadu
150gm daun kaduk
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
2cm halia
16 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk,
Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan.
Didikan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek.
Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor.
Selepas dua minit masukkan siput sedut.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
2. SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus dan hiris nipis
1 sudu air asam jawa
1 biji bawang Holland | hiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
Gaul rata kemudian tutup api.
Sambal paru sedia dihidangkan.
3. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar Holland | dihiris
1cm halia | dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi | dibuang tangkai
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
Sedia untuk dinikmati.
4. DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih |cincang
3cm halia | hiris halus memanjang
2 batang serai | titik
2 biji cili merah | hiris serong
2 biji cili hijau | hiris serong
1 batang seleri |hiris serong
1 sudu serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Minyak masak | untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .
Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kacau lagi seketika dan tutup api.
Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.
5. DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang| hiris nipis
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 batang seleri | hiris serong
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan yogurt
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunya lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidangkan panas-panas .
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
1. Panaskan minyak, goreng 1 sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau. 2. Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. 3. Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula melaka, lagi sedap.
4. Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu pes Asam Jawa. Kacau dan kacau. 5. Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau biar didih sedikit. 6. Masukkan bendi, kemudian daun kesum. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.
7. Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisahla ikan apa nak guna.
8. Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.
9. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan kacau lagi. 10. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.
Nampak sedap hidangan Ikan Tongkol Masak Kicap Berciliperkongsian saudari Mariana Zainal ni. Lauknya ringkas sahaja tapi mampu membuka selera sesiapa sahaja yang menjamahnya. Menggunakan ikan tongkol sebagai bahan utama, menu ini juga boleh menggunakan ayam. Bahkan jika menggunakan ikan kembung, selar atau tenggiri juga sesuai. Jom cuba menu ni. Anda pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MASAK IKAN TONGKOL MASAK KICAP BERCILI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan tongkol @ ikan aye Garam dan serbuk kunyit secukupnya 3 kuntum bunga lawang – beli online disini 1 keping asam gelugur Sedikit kicap manis – beli online disini Sedikit kicap masin – beli online disini 2 cawan air (untuk kuah) 1 sudu teh gula pasir – jika suka 1/2 sudu teh garam 1 batang serai – diketuk 3 senduk minyak masak Sedikit bahan perasa
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar 4- 5 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 sudu besar jintan manis – beli online disini 10-15 tangkai cili kering – beli online disini 1/2 cawan air
BAHAN HIASAN:
1 biji bawang besar – potong bulat 10 biji cili padi 1 tangkai cili besar merah
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan gaulkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit. Goreng ikan hingga garing, angkat dan toskan. 2. Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang dan serai hingga layu. 3. Masukkan bahan kisar, gula, garam, asam gelugur dan sedikit bahan perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan garing. 4. Masukkan kicap manis dan sedikit kicap masin. Sukatannya biar kicap manis lebih dari kicap masin. Kacau. 5. Seterusnya masukkan air. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan pula ikan tongkol yang sudah digoreng tadi. 6. Biarkan kuah mendidih ganas dan kuah mula pekat. Kemudian bolehlah masukkan hirisan bawang, cili merah dan juga cili padi. 7. Sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing. Kalau kurang masin boleh tambah sedikit kicap masin. 8. Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili sedia untuk dihidang.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!