
Asyik dengar resipi ayam gunting je, apa kata kali ni kita cuba menu yang lain sedikit seperti resipi cendawan gunting yang gerenti buat orang ketagih bila dah makan. Nak buat resipi ni pun sangat mudah dan stok cendawan tiram pun mudah je nak cari di kedai.
Ayam pun dah mahal juga kan sekarang? bolehlah cuba resipi ni di rumah sebagai pengganti ayam untuk anak-anak. Jom kita cuba!
CENDAWAN GUNTING
BAHAN-BAHAN:
5 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung beras
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk cili
Serbuk lada hitam
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Pati Ayam (optional)
Air
CARA PENYEDIAAN:
- Cuci dan tosakn cendawan atau nak lagi mudah, tekap guna tisu dapur yang tebal sikit tu bagi cepat kering.
- Bancuh adunan tepung dan kesemua bahan di atas pastikan jangan terlalu cair.
- Celupkan cendawan dalam tepung tadi.
- Goreng dalam minyak yang panas.
- Selepas siap dimasak jangan lupa gunting cendawan dan siap untuk dimakan.
Kredit: Fuzza Nisa
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Mesti Cuba! Resipi Aiskrim Gabungan Rasa Coklat & Bluemint Lain Dari Yang Lain
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suka Makan Yang Pedas Dan Hangat! Cubalah Resipi Daging Goreng Masak Kicap Pedas Kebabom Ni.

Resipi ni nampak lazat, sesiapa pun mesti suka akan lauk masak kicap, tapi apa yang membezakan resipi ni dengan yang lain adalah penggunaan cili kering, lada hitam, cili padi dan rempah sup dalam masakannya memang sedap lain macam. Wajib buat untuk hidangan makan tengahari atau malam. Selamat mencuba.
Resepi Daging Goreng Masak Kicap Pedas Kebabom
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kilo Daging batang pinang (cuci bersih, hiris nipis, perap bersama garam & serbuk kunyit)
- 1 biji bawang besar (potong wedges)
- 5 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 inci halia (dititik)
- 2 sudu besar cili kering kisar
- Bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu Manis
- Lada hitam (ditumbuk) anggaran dlm 1 sudu kecil
- 1 sudu kecil serbuk rempah sup
- 2 sudu besar sos tiram (saya guna sos seafood Adabi)
- 2 sudu besar kicap manis
- Sedikit daun bawang
- 1 biji tomato (sy buang biji)
- 10 biji cili padi (jangan hiris biar sebiji2 )
CARA MEMASAK:
1) Goreng kilas daging dlm minyak yg betul2 panas sehingga keperangan
2) Setelah daging masak ketepikan
3) Tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga naik bau.
4) Masukkan bunga lawang, Buah pelaga & kulit kayu manis dan masukkan rempah sup (guna api perlahan ye)
6) Masukkan cili kisar & masak hingga naik minyak
7) Masukkan daging yg telah digoreng. Masukkan juga blackpaper gaul sebati hingga daging bersalut cili & bahan2 yg ditumis tadi
8) Masukkan sos tiram
9) Masukkan air, kicap & cili padi. Renihkan dlm 20 minit.
10) Sekiranya kuah kurang pekat boleh tambah sos tiram@ kicap lg..
11) Akhir sekali masukkan daun bawang & tomato
Sedia utk dihidang..Sy tak letak garam & gula dlm resepi ni.
Kongsi resipi: Nora Nur
https://www.facebook.com/100009348470891/videos/2023358491319080/
Nak Buat Mi Yang Sedap Macam Mak-Mak Masak? Ini Resipinya

Isi Kandungan
Toggle
Kadang kita masak mi kurang sedap. Tak macam mi yang mak-mak kita buat. Ada je terkurang rasa itu, rasa ini. Nah, RASA berikan resipi masak 3 jenis mi yang rasanya sedap macam mak-mak kita buat.
MI GORENG DAGING
Bahan-bahan:
1/2 kg mi kuning (dicuci dan tos)
300 gram daging (dihiris nipis dan direbus bersama air dan hirisan halia sehingga lembut)
4 sudu makan cili kering kisar
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat
1sudu makan kicap masin
1 sudu makan sos tiram
1 Kiub ikan bilis
3 cawan air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
Sawi dan tauge secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah di dalam minyak panas. Kemudian masukkan cili kering kisar.
2. Setelah naik bau dan cili masak, masukkan daging dan 3 cawan air rebusan daging dan kiub ikan bilis.
3. Masukkan kicap pekat, kicap masin, sos tiram dan sos tomato. Kemudian masukkan mi dan kacau
seketika. Sesuaikan rasa.
4. Masukkan sawi dan kacau rata. Tutup api dan masukkan tauge.
5. Kacau rata dan angkat.
MI KARI ALA NYONYA
Bahan-bahan:
1 kg mi kuning
500 gram ayam (potong kecil)
1 kg kerang (rebus dan ambil isi)
300 gram udang (rebus dan buang kulit)
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam (bancuh menjadi pes pekat)
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair (boleh digantikan dengan santan kotak)
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai (hiris nipis)
10 tangkai cili kering (rebus dan toskan air)
2 sudu makan udang kering (rendam sehingga lembut)
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus (potong dua)
2 tangkai sawi (potong dan rebus)
Bawang goreng
Limau kasturi (potong dua)
Tauge
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
Cara memasak:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan
kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan
udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau
keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
MI SIAM SINGAPURA
Bahan-bahan:
Minyak masak untuk menumis
200 gram bihun (direndam sehingga lembut)
2 genggam tauge (dibuang ekornya)
100 gram kucai (dipotong 3 cm)
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan cili kisar
150 gram udang saiz kecil (kupas kulitnya)
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering (cuci dan rendam)
Secubit belacan (dibakar)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kuah:
1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
3/4 sudu makan taucu (lecek sehingga hancur)
3/4 sudu teh pes asam jawa
1 batang serai (dititik)
2 keping hirisan lengkuas (dititik)
1 liter air rebusan kulit udang
2 sudu makan kacang tanah tumbuk
1/4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
Bahan sampingan:
Telur rebus (dibelah dua)
Tauhu goreng (dihiris)
Hirisan daun bawang
Timun (dihiris memanjang)
Limau kasturi (dibelah dua)
Sambal tumis (jika suka)
Cara memasak mi siam:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis kisar halus sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3. Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato
dalam kuali mengandungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
5. Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api.
Ketepikan.
Cara memasak kuah:
1. Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucu, serai,
lengkuas dan pes asam jawa.
2. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air).
Kacau dan biar mendidih.
3. Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula
secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
4. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak sehingga mendidih.
5. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!
Pilih Ikan Tongkol Putih, Rupanya Sedap Buat Masak Sambal

Bila anda memasak ikan tongkol masak sambal, ikan yang macam mana anda akan pilih?
Menerusi perkongsian daripada saudara Ruslan N Melor, ibunya memberitahu ikan kayu @ ikan tongkol putih lagi sedap dari yang satu lagi.
Isi ikan tongkol putih lagi banyak selepas direbus. Cara nak pilih ikan tongkol putih yang betul ialah tengok sirip panjang dan berbintik.
CARA BUAT SAMBAL IKAN KAYU @ TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
Ikan kayu @ tongkol
2 ulas bawang merah – beli online di sini
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih – beli online di sini
Cili (ikut suka nak tahap pedas yang macam mana) – beli online di sini
Sedikit belacan
1-2 asam keping – beli online di sini
Gula merah @ gula kabung – beli online di sini
1 sudu besar gula pasir – beli online di sini
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
CARA MASAK:
1. Bersihkan ikan, cuci dan toskan. Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam keping. Saya rebus dalam kuali saja, guna api perlahan. Dah siap mendidih, biarkan 5-10 minit, toskan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng. Saya goreng ikan tak berapa garing. Ketepikan.
3. Kisar bawang merah, bawang kecil dan bawang putih dengan sedikit air. Ketepikan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Kemudian, kisar cili dengan sedikit air (cili direbus, cuci dan toskan)
5. Gunakan minyak goreng ikan tadi. Masukkan sedikit belacan yang dihancurkan. Goreng hingga bau wangi, masukkan bahan kisar (bawang) tadi.
6. Tumis hingga wangi masak kekuningan. Kemudian, bolehlah masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
7. Masukkan asam keping, gula merah @ gula kabung dan gula putih. Kacau hingga sebati.
8. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan, masukkan garam dan secukup rasa. Kalau sambal dah okay, masukkan petai, kacau sekejap. Siap.
*Tip tak nak bagi ikan hancur ketika direbus: Yang penting potong elok-elok. Pesan pada tukang siang, jangan bagi hancur ya.
*Guna pisau tajam. Kalau saya, potong sendiri, masak atau rebus dalam kuali senang. Letak air, sedikit garam, asam keping. Rebus guna api perlahan saja.
Kredit resipi: Ruslan N Melor
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedapnya Asam Pedas Utara, Hirup Kuah Hingga Titisan Terakhir
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: