Resipi Cendawan Gunting Rangup, Boleh Buat Orang Ketagih.

Share

Asyik dengar resipi ayam gunting je, apa kata kali ni kita cuba menu yang lain sedikit seperti resipi cendawan gunting yang gerenti buat orang ketagih bila dah makan. Nak buat resipi ni pun sangat mudah dan stok cendawan tiram pun mudah je nak cari di kedai.

Ayam pun dah mahal juga kan sekarang? bolehlah cuba resipi ni di rumah sebagai pengganti ayam untuk anak-anak. Jom kita cuba!

 

CENDAWAN GUNTING

 

BAHAN-BAHAN:

5 sudu besar tepung gandum

5 sudu besar tepung beras

Serbuk kunyit

Garam

Serbuk cili

Serbuk lada hitam

Serbuk ketumbar

Serbuk jintan manis

Pati Ayam (optional)

Air

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Cuci dan tosakn cendawan atau nak lagi mudah, tekap guna tisu dapur yang tebal sikit tu bagi cepat kering.
  2. Bancuh adunan tepung dan kesemua bahan di atas pastikan jangan terlalu cair.
  3. Celupkan cendawan dalam tepung tadi.
  4. Goreng dalam minyak yang panas.
  5. Selepas siap dimasak jangan lupa gunting cendawan dan siap untuk dimakan.

Kredit: Fuzza Nisa

 

SELAMAT MENCUBA!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

 

Published by
Nadzirah Rashid