Sedapnya kalau dapat makan Cendol sejuk-sejuk. Mudah sahaja caranya. Menerusi perkongsian saudari Shida Ambok, beliau mendapat resipi ini dari pekerja kakaknya. Memang sedap dan mudah. Berbaloi untuk buat sendiri. Dapatlah makan puas-puas. Cara membuatnya pun senang sahaja. Jom cuba resipi Cendol mudah ni. Pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Cendol jika mahu lebih sedap, boleh guna santan dari kelapa parut yang dikisar halus kemudian diperah santannya. (tapi empunya resipi guna santan kotak sahaja)
2. Ambil 1 tin susu sejat kemudian campurkan dengan santan pekat tadi. Sukatan santan adalah 1 tin (Nisbah1:1) – sukat guna tin susu sejat yang sama.
3. Kacau dan campurkan secubit garam untuk menaikkan rasa.
Ads
4. Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera ke dalam mangkuk. Lebih sedap jika ditambah ais.
Tidak dapat di nafikan, menu rewang kenduri kendara sememangnya mendapat tempat dihati ramai. Bukan sahaja sedap menyelerakan, menu rewang ala kampung juga tetap menjadi pilihan bakal pengantin walau di zaman ini.
PAJERI TERUNG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
6 biji terung hijau
5 keping ikan gelama masin
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 sudu teh halba campuran
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang merah | dikisar
2 inci halia | dikisar
30gm udang kering | dikisar
4 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 ketul gula Melaka
3 sudu besar kerisik
300ml air
500ml santan
100ml minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Goreng ikan masin sehingga garing.
Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, halba campuran, daun kari, bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan pula rempah kari daging. Tumiskan sehingga ia menjadi garing. Masukkan pula santan dan tambahkan garam dan air secukupnya.
Apabila sudah mendidih, masukkan terung hijau dan ikan gelama masin yang telah digoreng terlebih dahulu. Masak sehingga terung menjadi lembut.
Masukkan pula kerisik dan masak lagi sehingga kuah menjadi pekat.
Info chef: Pastikan terung dipotong sekata untuk membolehkan ia masak dengan lebih cepat.
TEMPOYAK IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin | saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air
10 biji cili padi
2 inci kunyit hidup | dikisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar cili padi bersama kunyit hidup. Masukkan tempoyak dan kisar sehingga sebati.
Masukkan ikan dan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
Masak dengan menggunakan api yang perlahan sehingga ia mendidih.
Tambahkan garam secukupnya sebelum dihidangkan.
Info chef: Tambahkan sedikit serbuk perasa untuk melazatkan hidangan.
IKAN KURAU MASIN DAN NANAS MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | kupas kulit dan hiris
8 ketul ikan kurau masin | direndam seketika
2 batang serai | diketuk
700ml santan cair
250ml santan pekat
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 biji bawang merah | dikisar
5 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
1 inci kunyit hidup | dikisar
3 biji buah keras
Secubit belacan
CARA MEMASAK
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama serai yang telah dititik sehingga naik baunya.
Masukkan ikan kurau masin dan masak ia sebentar.
Tambahkan nanas dan gaulkan ia rata bersama ikan tadi sehingga ia menjadi lembut.
Tuangkan santan dan asam keping. Tambahkan garam secukupnya dan biarkan ia mendidih sebelum diangkat dan dihidangkan.
Info chef: Hidangan ini mempunyai rasa lemak dan masin yang sekata. Untuk menambahkan rasa, masukkan cili padi.
LALA MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
11/2 kilo lala
2 cawan pati santan pekat
BAHAN-BAHAN KISAR:
2 batang kunyit hidup
1 biji bawang besar
10 ulas cili padi
2 keping asam gelugor
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu ke dalam periuk.
Kemudian masukkan pula serai bersama lala yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Masak sehingga ia mendidih.
Tambahkan santan, daun limau purut dan asam gelugor ke dalam periuk.
Masukkan gula dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
Akhir sekali, masukkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan hidangan.
Info chef: Untuk rasa yang lebih sedap, masukkan tomato di akhir proses memasak.
ASAM REBUS KELADI
BAHAN-BAHAN:
1 ikat batang keladi
2 keping asam gelugor
1 cawang udang | bersaiz sederhana
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN UNTUK TUMBUK:
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Siat batang keladi dan bersihkan di dalam air.
Sediakan periuk dan rebus batang keladi sehingga ia menjadi lembut.
Masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk. Rebus di dalam air secukupnya.
Biarkan ia mendidih dan masukkan batang keladi yang telah direbus terlebih dahulu.
Tambahkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga ia mendidih sebelum dihidangkan.
Info chef: Untuk menghilangkan rasa gatal pada batang keladi, pastikan ia dibasuh dengan menggunakan sedikit air yang dicampurkan dengan garam.
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
1 kg siput sedut | dibuang hujungnya
5 cawan santan pekat
2 batang serai | dititik
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ biji nanas
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan siput dan buangkan bahagian hujungnya.
Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang dikisar bersama serai.
Biarkan ia mendidih dan kemudian masukkan siput yang telah dibersihkan terlebih dahulu.]
4.Tambahkan nanas dan serai. Kacau sehingga ia mendidih dan siput bertukar warna.
Pastikan nanas sudah masak empuk sebelum diangkat. Tambahkan garam dan tutup api.
Info chef: Hidangan ini perlu dimasak di dalam api yang sederhana dan dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
IKAN KELI SALAI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan keli|disalai
Sehelai daun kunyit
2 biji limau
1 kg santan
3 biji bawang merah|dikisar
2 ulas bawang putih|dikisar
15 biji cili padi|dikisar
2 inci kunyit hidup|dikisar
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama santan dan serai ke dalam periuk.
Kacau rata dan masak sehingga ia mendidih.
Masukkan ikan keli yang telah disalai bersama daun kunyit.
Kacau secara perlahan-lahan sehingga masak.
Tambahkan garam secukup rasa dan gula sebelum dihidangkan.
Info chef: Pastikan ikan dikacau perlahan-lahan agar ia tidak berkecai.
PENYELARAS: ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
FOTO: NURUL NIZA SUHAIMI
TERIMA KASIH: KENCANA KATERING & EVENT SOLUTION, TAMAN SRI ANDALAS, KLANG, SELANGOR.
Makanan segera sejuk beku kurang baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan lemak, garam yang tinggi serta pengawet. Oleh itu, anda boleh cuba hasilkan makanan-makanan secara homemade untuk sajian keluarga. Salah satu yang boleh dicuba ialah meatball homemade, resipi perkongsian saudari Nor Izzatie Mardu. Nampak sedap dan ia juga tidak menggunakan MSG. Jom cuba!
MEATBALL HOMEMADE SEDAP MENYENGAT
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
Bawang besar – hiris (anggaran 1 biji)
Bawang putih – hiris ( anggaran 2-3 ulas)
3-4 sudu makan serbuk roti
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk lada putih secukupnya
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Perasa – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Buang segala lemak pada daging dan hiris kecil. Kisar hingga halus. Nak guna daging kisar readymade pun boleh.)
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam pengisar.
3. Kisar serbuk roti guna pengisar hingga halus.
4. Masukkan bawang, serbuk roti, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, gula dan telur ke dalam pengisar. Kisar sebati.
5. Bulat-bulatkan adunan dan goreng menggunakan minyak yang sedikit hingga masak.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.
Tak lama lagi nak berpuasa, mungkin ada di antara anda yang sedang mengganti puasa. Lauk simple seperti Kentang berlado dengan ikan bilis memang ‘berhantu’ bila makan. Selain itu lauk begini bila makan semasa hujan pasti menambah nanti. Bolehlah hidang untuk sekeluarga makan.
Kentang Berlado Dengan Ikan Bilis
Bahan-bahan:
Bawang merah*
Bawang putih*
Cili api merah*
Cili api hijau*
Limau kasturi (Option)
Garam, gula, ajinomoto
Cara memasak:
1.Kentang potong bulat-bulat tak nipis tak tebal sangat (goreng sampai masak)
2.Goreng ikan bilis.
3.Blend kasar semua bahan-bahan yang bertanda*
4.Kemudian tumis sampai garing. Masukkan garam, gula sikit je, ajinomoto, perah asam limau. Sesiapa tak suka limau, tak payah la letak. Saya suka sebab nanti aromanya wangi.
5.Bila Sambal dah garing, boleh la masukkan kentang dengan ikan bilis yang kita dah siap goreng awal tadi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!