Sedapnya kalau dapat makan Cendol tradisi sejuk-sejuk terutamanya dikala cuaca panas. Mudah sahaja caranya untuk membuat minuman ini secara homemade. Cendolnya diperbuat daripada kisaran daun pandan asli tanpa pewarna tiruan. Memang lebih sedap rasanya. Berbaloi untuk buat sendiri. Dapatlah makan puas-puas. Saudari Nana Sabrina Sarsan ada kongsikan caranya. Jom cuba resipi Cendol mudah ni. Pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MEMBUAT CENDOL TRADISI YANG MUDAH & RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
700ml air
10 helai daun pandan – hiris kasar, nak letak lebih pun boleh
1.Satukan air dan daun pandan. Kisar kedua bahan ini kemudian toskan.
2.Buat bancuhan kapur. Jika kapur masih dalam bentuk serbuk atau cecair, cara dia adalah ambil ½ sudu makan kapur dan bancuh dengan 3 sudu makan air. Untuk buat cendol hanya ambil 2 sudu makan air kapur sahaja. Jangan guna semua.
Ads
3. Satukan semua bahan-bahan dalam periuk. Kacau sebati.
4.Hidupkan api dapur. Masak guna api perlahan dan kacau sampai adunan berkilat.
5. Cetak cendol menggunakan acuan cendol dan bolehlah dinikmati mengikut selera masing-masing.
NOTA:
Pastikan adunan cendol tidak dimasak terlalu sekejap. Masak sehingga adunan berkilat menggunakan api perlahan.
Jika mahu warna hijau cendol lebih terang, lebihkan daun pandan.
Tak tahu nak masak apa untuk juadah minum petang? RASA kongsikan beberapa resipi kuih yang mudah, sedap dan membuka selera yang boleh dicuba untuk seisi keluarga. Bukan saja enak, resipi-resipi ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jom lihat senarai juadah minum petang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Selamat mencuba.
Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
Untuk membuat kulit karipap, panaskan marjerin bersama minyak hingga semua bahan cair dan benar-benar panas. Tuangkan campuran marjerin dan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaulkan sehingga rata.
Setelah suam, uli hingga sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama sejam.
Untuk membuat inti pula, panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan rempah dan daun kari. Tambah sedikit air.
Masukkan ubi keledek dan tambah air secukupnya lalu didihkan hingga ubi keledek menjadi empuk. Tambah isi ayam, garam dan gula secukup rasa. Didihkan beberapa minit sehingga inti menjadi kering. Sejukkan.
Canai kulit karipap dan terap menggunakan acuan karipap. Letak sesudu inti dan kemaskan kelilingnya. Goreng karipap hingga kuning keperang-perangan.
Info Chef: Untuk memastikan doh benar-benar lembut, rehatkan ia selama sejam sebelum dicanai.
Rendam pulut selama 30 minit. Kukus sehingga separuh masak. Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga tanak. Ketepikan.
Untuk membuat serunding, tumis bawang tumbuk sehingga wangi. Masukkan serai dan kelapa parut lalu tumis beberapa minit.
Masukkan udang, garam dan gula. Tumis sehingga udang masak dan serunding menjadi agak garing.
Ambil sehelai daun pisang atau daun nyirik. Letakkan sesudu besar pulut kukus dan ratakan.
Isikan inti dan kemaskan balutan. Panggang sehingga daun agak layu dan pulut panggang masak.
Info Chef: Pulut boleh ditanak dengan menggunakan daun pisang ataupun daun nyirik.
Satukan kesemua bahan A di dalam periuk. Tanak sehingga pulut masak.
Untuk membuat sambal tumis, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan belacan, bawang besar dan sedikit air. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam sambal dan kaup-balikkan. Ketepikan.
Ambil sehelai daun pisang/daun nyirik, sendukkan sedikit pulut tanak ke dalam daun. Sudukan sedikit sambal tumis ke atas pulut.
Kemaskan balutan daun dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Rendam beras pulut terlebih dahulu selama dua jam sebelum ditanak.
Air Milo Lori ni memang menjadi kegilaan ramai! Admin masa sekolah dulu pun kalau hari Air Milo Lori datang, memang tak sabarlah nak beratur untuk seteguk Air Milo Lori ni. Satu cawan kecil tu mana cukup, mestilah kita beratur banyak kali ye tak? Haa jangan tipu Admin tau, Admin dah masak dah dengan taktik tu.
Hari ini, Admin akan kongsikan resipi Air Milo Lori yang boleh dibuat sendiri di rumah sebijik rasanya macam dibancuh di lori. Resipi ini menggunakan 4kg serbuk Milo dan kalau buat di rumah nanti bolehlah adjust sendiri resipinya untuk kesesuaian kuantiti yang diingini.
AIR MILO LORI
BAHAN-BAHAN:
1. 4 paket Milo (1kg) total 4kg
2. 8 tin Susu Pekat Cap Junjung
3. 8 tin Susu Cair Ideal
4. 4 liter air panas
5. Ketulan Ais
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan saja semua bahan di atas.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Rotisandwic yang hampir tamat tempoh biasanya sudah sedikit keras dan tidak enak dimakan. Nak dibiarkan begitu sahaja, sayang pula lebih-lebih lagi jika roti masih lagi banyak. Usah buntu kerana ada pelbagai sajian yang anda boleh hasilkan menggunakan roti ini. Salah satunya ialah Lasagna Roti perkongsian saudari Mis Julie Biz ni. Memang sedap. Bukan rasa yang biasa-biasa tau. Jom cuba!
RESIPI LASAGNA ROTI SANDWIC
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti – digelek
400gm daging kisar
2 biji bawang besar/bawang Holland potong dadu
2 ulas bawang putih
1 botol Sos Spageti Leggo’s ( napoletana) 575gm
Sayur campur (ikut selera suka byk mana)
Sedikit lada hitam
Sedikit lada putih
Sedikit gula
Sedikit tepung gandum
1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit tepung jagung
Air
2 keping Keju cheddar
Keju mozarella untuk topping
CARA MASAK KUAH LASAGNA:
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
Masukkan daging kisar, kacau hingga masak / berubah warna.
Masukkan sos spagetti. Tambah air dlm botol sos spageti td 1 botol dan tuang skali..
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano/mix herbs. Setelah mendidih, masukkan sayur campur..tambah tepung jagung yg di bancuh dgn air utk pekat kan sikit kuah td.. Perasakan dengan garam dan gula.
Masak skejap. Tutup api, ketepikan.
CARA MASAK SOS PUTIH:
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
Masukkan sedikit tepung gandum..kacau sampai warna sedikit perang.
Masukkan air.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula.
Masukkan 2 keping keju cheddar. Optional. Cik letak sebab tak ada susu. Jadi cik gantikan dengan keju cheddar.
Masak sekejap sampai mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.
CARA MEMASAK LASAGNA ( guna loyang 8×8):
Letak kuah lasagna dalam loyang.Kemudian sedikit sos putih.Susun roti yang digelek atas kuah dan sos tadi.
Letak semula kuah lasagna, kemudian sos putih atas roti yang disusun dalam loyang.
Ulang lagi langkah ni hingga roti, kuah lasagna dan sos putih habis.Pastikan lapisan atas sekali ditutup dengan kuah lasagna dan sos putih.
Taburkan keju mozarella di atas lapisan terakhir.
5. Bakar dalam oven selama kira2 20-30 minit ( suhu tu ikut pada oven masing-masing).