Resipi Cha Bang Ang. Dessert Thai Viral Yang Sangat Sedap.

Share

Nampak sedap Cha Bang Ang ni. Ia adalah antara manisan Thailand yang sedang viral. Bahan-bahan yang digunakan sangat simple. Bagi yang nak cuba, resipi perkongsian saudari Acik Siti ni antara yang mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MASAK DESSERT THAI VIRAL CHA BANG ANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1-2 tiub cincau manis
  • Gula karamel – masak 1 cawan gula perang dengan 1 cawan air
  • 3 sudu makan selasih – rendam air panas
  • 2 cawan susu penuh krim
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan susu penuh krim, susu cair, susu pekat manis, esen vanilla dan garam. Goncang sebati. Ketepikan.
2. Potong cincau manis jadi bentuk dadu kecil. Masukkan dalam mangkuk.
3. Masukkan juga gula karamel, biji selasih dan campuran susu tadi. Kacau rata.
4. Tambahkan ais dengan secukupnya. Nikmati segera.

Kredit resipi & foto: Acik Siti

Published by
Nur