Sedapnya Cheesekut. Ia adalah salah satu dari pencuci mulut paling mudah buat dan rasa sangat enak. Bagi anda yang sukakan rasa keju, hidangan ini pastinya wajib cuba. Tak perlu masak guna ketuhar pun. Cukup sekadar disejukkan dalam peti sejuk. Memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ismazura Ismail ni. Pasti puas hati.
RESEPI CHEESEKUT NESTUM
BAHAN A:
- 1 paket biskut Cream Crackers
- 1 paket nestum perisa Original
- 1 kotak susu segar
BAHAN B:
- 250gm krim keju
- 1/2 tin susu pekat
- 2 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan B ke dalam mixer dan adun sebati, tak perlu pukul sampai kembang. Jika tiada mixer, boleh juag aduna menggunakan pemukul tangan.
2. Sediakan bekas berbentuk segi empat sama atau segi empat tepat. Ia bertujuan memudahkan proses menyusun biskut nanti.
3. Celup biskut dalam susu segar selama seminit dan susun didalam bekas. Jika suka tekstur cheesekut yang sedikit ‘crunchy’, tak perlu celup biskut dalam susu.
4. Susun biskut yang dicelup tadi didasar bekas diikuti dengan menuang bancuhan keju. Ratakan krim keju dan tabur nestum secukupnya.
5. Ulang kembali langkah tadi sehingag bahan-bahan habis.
6. Pastikan di lapisan terakhir, tabur serpihan lebihan biskut tadi.
7. Sejukkan dalam peti sejuk bawah selama 2-3 jam sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ismazura Ismail
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senang Je, Buat Agar-Agar Kering Disukai Ramai Ni.
Dulu-dulu, lagi dua minggu nak raya, mak-mak dah sibuk menyediakan kudapan ni kerana ia perlu masa untuk dijemur untuk memastikan ia betul-betul kering supaya tahan lama bila disimpan. Kebiasaannya mak-mak buat lebih kerana anak-anak suka, sebelum raya lagi anak-anak dan mintak. Kalau anda ingin mecuba, silakan resipi ada disediakan di bawah ye.
AGAR-AGAR KERING:
BAHAN-BAHAN:
60gm agar-agar tali | rendam dalam air
1500ml air
1500gm gula pasir
250gm gula batu | tumbuk supaya sedikit hancur
Perwarna makanan | ikut citarasa
CARA MEMBUAT:
1. Basuh agar-agar dan masukkan dalam periuk. Masak agar-agar hingga cair.
2. Masukkan gula batu dan gula pasir, kacau hingga gula larut.
3. Tuangkan agar-agar ke dalam sekurang-kurangnya 3 loyang atau lebih.
4. Setiap loyang berlainan warna. Biarkan agar-agar keras.
5. Potong kecil memanjang, kemudian jemur hingga kering dan bersaka gulanya.
6. Jemur sekurangnya-kurangnya 2-3 hari jika cuaca panas.
7. Tanda, agar-agar cukup kering warana di bahagian luar sedikit putih dan bika disentuh ia kering serta tidak melekat di tangan.
Kredit : MAHN
Resipi Kek Durian, Boleh Buat Time Musim Durian Sekarang
Sana sini nampak orang jual durian. Bau durian merata-rata. Nampak sangat musim durian dah datang kembali. Nah, RASA kongsikan resipi daripada pengguna facebook yang menggunakan nama Jue Abdullah. Pada meminat raja buah ini, mesti korang akan suka makan kek durian.
KEK DUYAN GOMOX
BAHAN A
400 gram telor
100 gram air
5 gram esen vanila
5 gram isi durian
Sedikit pewarna kuning
CARA BUAT BAHAN A
1. Campur semuanya dalam satu mangkuk
BAHAN B
280 gram tepung gandum
10 gram baking powder
10 gram tepung jagung
10 gram susu tepung
220 gram gula haus
5 gram garam halus
CARA MEMBUAT
1. Ayakkan semua dalam satu mangkuk.
BAHAN C
100 gram minyak jagung atau minyak masak
CARA PENYEDIAAN
1. Putar Bahan A pada kelajuan rendah selama 1 minit.
2. Masukkan Bahan B dan putar lagi pada kelajuan rendah selama 15 saat. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 5 minit sehingga adunan gebu.
3. Pada kelajuan rendah, masukkan pula minyak jagung atau minyak masak. Kemudian putar lagi pada kelajuan tinggi selama 5 saat.
4. Tuangkan semua adunan dalam loyang empat segi panjang beralaskan kertas minyak.
BAHAN KRIM
Isi durian seberapa banyak yang disukai
1 sudu perasa durian
1 sudu pewarna
250 gram marjerin
250 gram mentega
200 gram gula aising
1/2 air sejuk
CARA MEMBUAT KRIM
1. Putar semua bahan di atas.
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan dalam oven bersuhu 180 darjah api atas bawah selama 20 hingga 25 minit.
2. Selepas kek sejuk, baru boleh proses menggulung ikut kemahiran masing-masing.
Kek ini tahan sehingga 2 minggu bergantung pada cara anda simpan.
Kredit Resipi: Facebook Jue Abdullah
Koleksi Resipi Kek Lama Paling Popular & Digemari Ramai.
Bestnya aneka kek lama ni. Walaupun terdapat pelbagai resipi kek moden dikongsi, namun kek tradisi serta lama tetap punya peminatnya yang tersendiri. Kali ini, RASA bawakan aneka kek lama tradisi yang pastinya menarik, enak bahkan mudah disediakan. Selamat mencuba!
KOLEKSI RESIPI KEK LAMA
1. KEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
- 370gm marjerin (beli ONLINE)
- 380gm gula halus
- 500gm tepung gandum (beli ONLINE)
- 2 sudu teh serbuk penaik (beli ONLINE)
- 8 biji telur
- Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
- 2 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga adunan menjadi putih.
- Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata.
- Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu denganpewarna merah, hijau dan kuning.
- Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.
- Bakar adunan dalam ketuhar pada suhu 160C selama 45 minit.
Info chef: Minyakkan acuan dan tabur sedikit tepung agar kek tidak melekat dan senang dikeluarkan dari acuan.
2. KEK UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 280gm cawan marjerin (beli ONLINE)
- 285gm cawan gula halus
- 5 biji telur
- 185gm cawan tepung gandum (beli ONLINE)
- 1 sudu makan serbuk penaik (beli ONLINE)
- 3 cawan parutan ubi kayu | diperah airnya
- 130gm susu pekat manis (beli ONLINE)
- 1/2 sudu teh pewarna kuning
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti parutan ubi kayu. Gaul rata.
- Masukkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu pekat. Kaup balikkan.
- Akhir sekali, masukkan esen vanilla diikuti pewarn akuning. Kacau hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan kek. Ratakan.
- Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit atau sehingga kek masak.
- Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Info chef: Selain marjerin, boleh juga menggunakan mentega. Kek lama ini memang sedap.
3. KEK BAHULU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung gandum (beli ONLINE)
- 285gm gula halus
- 5 biji telur
- 1 sudu teh serbuk penaik (beli ONLINE)
- 90gm minyak masak
- 1 sudu teh esen vanila
- Sedikit pewarna merah dan kuning
CARA MEMASAK:
- Pukul telur dan gula hingga kembang.
- Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, minyak masak dan esen vanila. Kaup balikkan hinga semua bahan sebati.
- Asingkan adunan kepada dua bahagian dan warnakan dengan pewarna pilihan.
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli.
- Bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 160C.
Info chef: Guna minyak masak yang baik dan berkualiti untuk mendapatkan hasil kek yang sempurna.
4. KEK BUAH-BUAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepun gandum | diayak (beli ONLINE)
- 190gm gula perang
- 185gm mentega
- 180gm campuran buah-buahan kering | digaul dengan sedikit tepung gandum
- 40gm kulit limau campuran
- 60gm ceri | dipotong kecil
- 5 biji telur | asingkan kuning dan putih
- 1 sudu makan golden syrup (beli ONLINE)
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung dan campurkan dengan buah-buahan kering, kulit limau dan ceri. Ketepikan.
- Pukul putih telur hingga kembang seperti meringue. Ketepikan.
- Putar gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil memutar adunan.
- Masukkan tepung berisi buah-buahan kering dan meringue secara berselang seli. Kaup balikkan hingga rata.
- Tambahkan golden syrup dan kaup balikkan lagi hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 160C.
- Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Kek ini lebih enak dinikmati selepas satu hari.
5. KEK MARBLE KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 150gm gula halus
- 185gm tepung gandum (beli ONLINE)
- 4 biji telur
- 3/4 sudu teh serbuk penaik (beli ONLINE)
- 1/2 sudu makan ovalette | jika suka (beli ONLINE)
- 1/4 sudu teh garam
- 7 sudu makan susu sejat
- 1 sudu teh esen vanilla
- 60gm minyak jagung
- 3 pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk kukusan, griskan loyang dan alas menggunakan kertas minyak. Ketepikan.
- Pukul gula dan telur. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, ovalette, garam, susu sejat dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.
- Masukkan minyak dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
- Tuang adunan berwarna secara berselang seli ke dalam loyang. Tutp permukaan loyang menggunakan aluminium foil.
- Kukus kek selama 45 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
Info chef: Minyak jagung boleh digantikan dengan marjerin yang dicairkan.
6. KEK LAPIS PRUN
BAHAN-BAHAN:
- 310gm tepung gandum | diayak (beli ONLINE)
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung (beli ONLINE)
- 230gm mentega
- 190gm gula halus
- 5 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 260gm susu pekat manis (beli ONLINE)
- 80gm buah prun | dicincang kasar
- Pewarna merah dan hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
- Putar gula dan mentega sehingga kembang.
- Masukkan susu pekat manis dan telur sambil memutar adunan.
- Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kaup balikkan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau manakala satu bahagian lagi diwarnakan merah dan dimasukkan buah prun.
- Masukkan sedikit adunan merah ke dalam acuan berukuran 20cm. Kukus selama 20 minit.
- Kemudian masukkan sedikit adunan hijau dan kukus lagi selama lima minit. Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
- Akhir sekali, kukus keseluruhan kek selama satu jam. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Guna senduk yang sama ketika menceduk adunan merah dan hijau jika ingin mendapatkan ketebalan lapisan kek yang sama.
7. KEK SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
- 125gm tepung gandum | diayak (beli ONLINE)
- 190gm gula pasir
- 90gm mentega | dicairkan
- 180ml air suam
- 1/2 bungkus yis segera
- 5 biji telur
- 3 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
- Gaul tepung bersama yis dan air suam. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit atau sehingga mengembang.
- Pukul gula, telur, telur kuning dan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 35 minit atau sehingga masak.
Info chef: Pastikan adunan tepung dan yis benar-benar kembang sebelum dimasukkan bahan-bahan lain.
8. KEK BATIK
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 230gm mentega
- 260gm susu pekat manis (beli ONLINE)
- 380gm gula
- 375 tepung gandum (beli ONLINE)
- 85gm serbuk koko (beli ONLINE)
- 310gm milo
- Biskut jejari secukupnya | anggaran 100-150gm
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan kecuali biskut jejari ke dalam periuk. Gaul sebati.
- Panaskan bahan-bahan tadi di atas api sehingga masak dan nampak cair.
- Padamkan api dan masukkan biskut jejari ke dalam adunan. Gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk. Simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama dan mudah untuk dipotong.
- Potong kecil dan hidangkan buat tetamu.
Info chef: Selain biskut jejari, boleh juga menggunakan biskut marie atau biskut keju yang dipatah-patahkan menjadi kepingan kecil.
9. KEK SPAN
BAHAN-BAHAN:
- 125gm tepung gandum (beli ONLINE)
- 130gm susu pekat manis (beli ONLINE)
- 90gm marjerin (beli ONLINE)
- 5 biji telur
- 190gm gula pasir
- 250ml air
- 1 sudu teh soda bikarbonat | diayak bersama tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Bagi menghasilkan gula hangus, goreng gula pasir di dalam kuali. Apabila gula cair dan berwarna agak kecoklatan, tuang air. Masak sehingga pekat. Ketepikan.
- Pukul telur hingga kembang. Masukkan marjerin , susu pekat dan esen vanilla. Pukul sebati.
- Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan gula hangus sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul seklai lagi hingga semua sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.
Info chef: Berhati-hati ketika menyediakan gula hangus kerana ia sangat panas.
10. KEK PERMAISURI
BAHAN-BAHAN:
- 230gm marjerin (beli ONLINE)
- 190gm gula halus
- 1/4 sudu teh garam halus
- 4 biji telur
- 250gm tepung gandum (beli ONLINE)
- 1 sudu teh serbuk penaik (beli ONLINE)
- 2 sudu makan susu tepung
- 1 sudu teh esen ros
- Sedikit kismis | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul gula dan marjerin sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sekata.
- Kemudian masukkan esen ros, susu tepung dan garam. Tambahkan tepung gandum dan kaup balikkan dengan menggunakan senduk kayu.
- Susun acuan kertas di atas dulang pembakar, masukkan adunan dan letakkan kismis di bahagian atas kek.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
Info chef: Selain dimasukkan ke dalam cawan kertas, boleh juga dibakar di dalam loyang biasa.
Tercari-cari MIXER baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi KEK yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Tak Perlu Bakar. Ini Resipi Kek Keju Leleh Pandan Paling Mudah.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official