Resipi Chicken Chop Homemade Mudah & Sedap Menjilat Jari

Share

Semua orang suka makan Chicken Chop. Kena pula dengan sos sedap, coleslaw yang berlemak, perghhh…Memang kecur liur. Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba. Mudah, sedap dan tak guna banyak sangat bahan. Memang berbaloi buat untuk makan satu keluarga. Kuah Chicken Chop ni pun sesuai juga untuk lamb grill

, stik atau meatball.

 

RESIPI CHICKEN CHOP HOMEMADE SEDAP

BAHAN-BAHAN CHICKEN CHOP:

  • Paha ayam secukupnya
  • Telur
  • Serbuk roti secukupnya – beli online DISINI

 

Dapatkan MUZY STAINLESS STEEL DRILL-FREE RACK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5

sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1. Lapah paha ayam bagi mengeluarkan tulangnya. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.

2. Pukul telur dan celupkan isi ayam tadi.

3. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga rata.

4. Panaskan minyak dan goreng ayam guna api sederhana hingga garing dan kekuningan. Pastikan tidak guna api besar keraan ayam akan hangus dan isinya tidak masak.

5. Angkat, toskan minyak dan ketepikan seketika.

 

BAHAN SOS LADA HITAM:

  • Bawang holland – beli online DISINI
  • Bawang putih – beli online DISINI
  • 1 biji ubi kentang – rebus – beli online DISINI
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 kiub pati ayam – beli online DISINI
  • Sos lada hitam secukupnya – beli online DISINI
  • 1 sudu makan tepung gandum – beli online DISINI
  • Lada hitam kisar secukupnya – beli online DISINI
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Potong dadu halus bawang holland dan bawang putih. Jumlahnya ikut kesesuaian ayam. Jika buat banyak, lebihkan.

2. Masukkan sos lada hitam, ubi kentang, tepung gandum, lada hitam, garam, gula dan sedikit air. Kisar sebati.

3. Cairkan mentega dan tumis bawang dadu tadi. Masak hingga wangi.

4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Kacau sebati.

5. Tambahkan kiub pati ayam dan kacau lagi hingga sos berkilat. Rasa sos bagi memastikan ia cukup rasa.

6. Kepekatan sos boleh diubah ikut cita rasa. Jika suka cair, tambahkan air.

7. Hidangkan bersama Chicken Chop dan coleslaw.

BAHAN COLESLAW:

  • Kubis – dibersihkan
  • Lobak merah – dibersihkan
  • Mayones – beli online DISINI
  • Sedikit gula
  • Sedikit air panas

CARA MEMASAK:

1. Ambil kubis dan lobak merah. Cincang halus. Boleh juga dipotong dadu kecil.

2. Masukkan mayones, sedikit gula dan sedikit air panas. Gaul rata.

3. Simpan Coleslaw di dalam peti sejuk seketika sebelum dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur