Selalu chicken chop yang salut tepung, kan? Kali ini, kita tunjuk cara buat yang kulit dia rangup, tanpa perlu salut tepung. Malah tak perlu pakai minyak langsung. Bahan pun sikit sahaja.
Menerusi perkongsian resipi daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, dengan menggunakan bahan yang sikit sahaja, boleh menghasilkan menu chicken chop yang sangat sedap.
Jom kita cuba! Oh ya, resipi ini sesuai untuk dua orang makan.
1. Ini bahagian paha dan pinggul ayam. Saya dah belah bahagian bawah (dalam) dan buang tulang dia. Kalau tak pandai buang, boleh suruh penjual ayam potong. Beritahu je “Bang, potong untuk chicken chop!”
2. Ni saya dah buang tulang di hujung paha tu sekali. Ayam ni kena lap dengam tisu supaya dia kurang basah. Lepas tu, tabur garam dan lada hitam secukup rasa.
3. Panaskan kuali leper guna api sederhana selamat 1 minit. Paling sesuai kalau guna “cast iron skillet”. Kalau tak ada, boleh guna kuali yang stainless steel atau non-stick.
4. Kemudian masukkan ayam. Kulit di bahagian bawah. Api sederhana. Tak payah guna minyak. Nanti lemak ayam akan cair dan jadi minyak. Proses ini dinamakan “fat rendering”.
Ads
5. Lemak yang cair tu akan turun* ke bawah dan sekeliling ayam. Ia akan kelihatan mengering. Jangan panik. Jangan cuba angkat ayam*. Pada waktu ni, kulit ayam sedang melekat pada kuali.
6. Teruskan masak. Biar sahaja. Proses ini memakan masa 20 minit. Sepanjang ini, guna api perlahan atau sederhana. Jangan risau, ayam tak akan hangus. Jangan risau pasal ayam melekat.
7. Setelah cukup 20 minit, baru periksa sama ada kulit ayam dah lekang dari kuali atau belum. Kalau belum, sambung lagi masak. Ayam akan lekang sendiri bila kulit dia dah cukup rangup.
8. Macam ni. Dia lekang sendiri. Kuis sikit dan angkat je. Mudah sahaja nak tanggalkan dari kuali. Masa ni kulit ayam saya dah rangup. Jadi macam keropok, tapi tak hangus pun walaupun masak selama 20 minit.
9. Terbalikkan, dan masak bahagian bawahnya pula. Ini ambil masa 1-2 minit sahaja. Kalau dah tak merah dagingnya, kira dah masak. Angkat dan rehatkan dalam pinggan.
10. Kerak ayam dalam kuali ni, kita nak buat jadi kuah. Masukkan bawang putih yang disagat dan mentega. Biar mentega cair dan tumis bawang putih dengannya sampai naik aroma.
11. Masukkan air 1-2 senduk, dan cuba kikis kerak ayam ni perlahan-lahan. Ia akan tanggal dengan mudah. Kerak inilah sumber rasa ayam yang padu! Tak payah guna serbuk perasa ayam dah.
Ads
12. Kemudian masukkan krim masakan. Gaul rata. Kalau tak ada krim masakan, boleh guna susu sejat atau susu segar. Tambah garam dan gula jika perlu. Ikut citarasa masing-masing.
13. Akhir sekali, masukkan cendawan yang telah dihiris. Gaul sebati. Boleh guna cendawan tin atau cendawan segar. Gunalah cendawan butang, cendawan portabello atau shiitake segar.
14. OK dah boleh hidang! Saya selalu letak kuah di bawah sebab tak nak kulit ayam yang rangup tu jadi lembut sebelum dimakan. Kulit rangup tu mahal. Boleh hidang dengan kentang goreng jika suka.
Cendawan tiram goreng garing , selain boleh dijadikan lauk-pauk untuk makan dengan nasi, boleh juga dijadikan snek dimakan begitu saja. Selain cendawan tiram, boleh juga guna cendawan enoki/eringi/cendawan kukur/sisir. Lain2 jenis cendawan macam kurang sesuai tapi tak salah kalau nak cuba.
Kata empunya resipi Sue M Arukin ,“Selagi ada bahan-bahan mentah di rumah, kita gunakan semaksima mungkin sebelum keluar top up yang baru. Elakkan pembaziran ya!
Buka almari ingredients ada lagi setengah kilo pulut siam beli di Pekan Rabu Alor Star bulan february lepas. Jenguk di freezer, ada lagi sekilo daging. Rempah ratus semua ada. Maka kita jodohkan lah semua benda tu.”
Jom follow resipi Sue M. Arukin ini
1. CENDAWAN GORENG GARING
BAHAN-BAHAN :
500gram cendawan tiram ~ bersihkan & siat2
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan garam halus
1 sudu teh lada sulah
Tepung beras secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pastikan cendawan tak berair. Perah sikit cendawan setelah dicuci dan siat kemudian toskan. 2. Satukan rempah kari daging, serbuk kunyit, garam & lada sulah dengan cendawan yang dah disiat lalu gaul rata. Biarkan setengah jam. 3. Tabur tepung beras secukupnya ke atas cendawan dan gaul rata. Pastikan tepung menyaluti cendawan sepenuhnya. Kalau masih ada air pada cendawan, perah dulu cendawan sebelum tabur tepung. 4. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali, goreng cendawan hingga garing. Enjoy! ❤️❤️ #cendawangorenggaring
*jangan goreng terlalu banyak pada satu-satu masa sebab nanti cendawan susah garing.
2. DAGING BEREMPAH SUE’s STYLE
BAHAN -BAHAN :
1 kg daging lembu/kambing – hiris nipis
1 liter santan
1/2 cawan kerisek
2 sudu makan gula kabung
5 sudu makan rempah kari daging
3 sudu makan rempah Auntie Sue*
4 sudu makan cili kisar
10 biji bawang merah – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
1/2 inci halia – kisar
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Daging dihiris nipis dan cuci bersih. Toskan. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah Auntie Sue ke dalam daging lalu gaul dan perap sejam atau lebih (semalaman pun boleh). 2. Di dalam kuali besar, panaskan setengah cawan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga naik bau. Masukkan daun kari. 3. Masukkan daging yang dah diperap ke dalam kuali lalu sebatikan. 4. Tuang separuh santan ke dalam kuali lalu didihkan daging (tutup kuali) hingga daging 3/4 empuk. 5. Tuang separuh lagi santan, gula kabung dan kerisek ke dalam kuali. Didihkan lagi hingga daging benar-benar empuk dan lembut (guna api kecil sahaja). Jika daging belum empuk dan kuah semakin kering, boleh tambah sedikit air (secukupnya saja). 6. Tambah garam secukup rasa. Enjoy!💕💕
*Rempah Auntie Sue: 1 batang kulit kayu manis + 4 kuntum bunga lawang + 4 biji buah pelaga + 1 sudu teh jintan manis + 1 sudu teh jintan putih + 1 sudu teh ketumbar. Sangai semua bahan lalu kisar halus. Boleh buat lebih (gandakan amount) dan simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan hingga 6 bulan.
**Selain pulut kuning, boleh juga dimakan dengan ketupat, lemang dan lain2.
Kata orang, sambal belacan merupakan pembuka selera dalam mana-mana hidangan. Bila ada sambal belacan ni, makan nasi bertambah-tambah pun tak sedar. Makan pula dengan ikan bakar, memang tak pandang kiri kanan dah. Tetapi, tak semua orang tahu untuk buat sambal belacan yang sedap. Kali ini, kami kongsikan resipi sambal belacan menggunakan belimbing buluh yang dikongsi oleh Leya Aalieya.
RESIPI SAMBAL BELACAN BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
Belacan papar (besar ibu jari)
Belimbing buluh 4/5 biji
Lada padi 10 tangkai
Lada besar 2 tangkai
Tomato 1 biji
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
Udang kering 1 genggam
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
Ajinomoto @ pati ayam
3 sudu makan minyak (untuk menumis)
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar semua bahan di atas bersama sedikit air, panaskan kuali bersama minyak dan tumis bahan yang sudah dikisar tadi.
2. Masukan garam, gula dan perasa secukup rasa.
3. Bila dah kering dan pekat, tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman serta lauk-pauk kegemaran.
Resipi kari daging perap ini mengambil masa empat jam untuk diperap dengan serbuk kari. Lagi lama, lagi sedap kerana rasa kari meresap dalam daging.
Selain dimakan dengan nasi, kari ini juga enak dijadikan hidangan bersama pulut pulut kuning atau ketupat.
Resipi kari daging perap
Bahan-bahan
1kg daging -dipotong lawan urat
3 sudu serbuk kari (untuk buat perapan)
2 batang serai -diketuk
2 tangkai daun kari
Rempah empat sekawan
Cili kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu serbuk kari daging
1-2 biji tomato -dipotong
1 kotak kecil santan
1 biji kentang -dipotong
2 sudu kerisik
Garam dan gula
Bahan tumbuk/kisar
2 biji bawang merah -sederhana besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara membuat
1. Gaul daging dengan 3 sudu besar serbuk kari hingga rata. Perap selama 2-4 jam.
2. Selepas dua jam boleh mula memasak. Mula mula tumis dulu bahan tumbuk dan cili kisar. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kunyit dalam tumisan bersama daging yang diperap tadi. Gaul. Tunggu sampai air daging keluar. Masukkan dua sudu serbuk kari daging. Kacau.
4. Seterusnya masukkan tomato yang dipotong (tomato akan hancur dalam kari). Biarkan mereneh sampai keluar air daging dan terbit minyak.
5. Tuang air masak ke dalam periuk, air biar separas engan daging. Jangan banyak sangat. Biarkan daging empuk. Reneh sehingga 1 jam 15 minit.
6. Selepas itu masukkan santan bersama kentang. Didihkan kuah dan biar kentang empuk.
7. Masukkan kerisik, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!