Selalu chicken chop yang salut tepung, kan? Kali ini, kita tunjuk cara buat yang kulit dia rangup, tanpa perlu salut tepung. Malah tak perlu pakai minyak langsung. Bahan pun sikit sahaja.
Menerusi perkongsian resipi daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, dengan menggunakan bahan yang sikit sahaja, boleh menghasilkan menu chicken chop yang sangat sedap.
Jom kita cuba! Oh ya, resipi ini sesuai untuk dua orang makan.
1. Ini bahagian paha dan pinggul ayam. Saya dah belah bahagian bawah (dalam) dan buang tulang dia. Kalau tak pandai buang, boleh suruh penjual ayam potong. Beritahu je “Bang, potong untuk chicken chop!”
2. Ni saya dah buang tulang di hujung paha tu sekali. Ayam ni kena lap dengam tisu supaya dia kurang basah. Lepas tu, tabur garam dan lada hitam secukup rasa.
3. Panaskan kuali leper guna api sederhana selamat 1 minit. Paling sesuai kalau guna “cast iron skillet”. Kalau tak ada, boleh guna kuali yang stainless steel atau non-stick.
4. Kemudian masukkan ayam. Kulit di bahagian bawah. Api sederhana. Tak payah guna minyak. Nanti lemak ayam akan cair dan jadi minyak. Proses ini dinamakan “fat rendering”.
5. Lemak yang cair tu akan turun* ke bawah dan sekeliling ayam. Ia akan kelihatan mengering. Jangan panik. Jangan cuba angkat ayam*. Pada waktu ni, kulit ayam sedang melekat pada kuali.
6. Teruskan masak. Biar sahaja. Proses ini memakan masa 20 minit. Sepanjang ini, guna api perlahan atau sederhana. Jangan risau, ayam tak akan hangus. Jangan risau pasal ayam melekat.
7. Setelah cukup 20 minit, baru periksa sama ada kulit ayam dah lekang dari kuali atau belum. Kalau belum, sambung lagi masak. Ayam akan lekang sendiri bila kulit dia dah cukup rangup.
Ads
8. Macam ni. Dia lekang sendiri. Kuis sikit dan angkat je. Mudah sahaja nak tanggalkan dari kuali. Masa ni kulit ayam saya dah rangup. Jadi macam keropok, tapi tak hangus pun walaupun masak selama 20 minit.
9. Terbalikkan, dan masak bahagian bawahnya pula. Ini ambil masa 1-2 minit sahaja. Kalau dah tak merah dagingnya, kira dah masak. Angkat dan rehatkan dalam pinggan.
10. Kerak ayam dalam kuali ni, kita nak buat jadi kuah. Masukkan bawang putih yang disagat dan mentega. Biar mentega cair dan tumis bawang putih dengannya sampai naik aroma.
11. Masukkan air 1-2 senduk, dan cuba kikis kerak ayam ni perlahan-lahan. Ia akan tanggal dengan mudah. Kerak inilah sumber rasa ayam yang padu! Tak payah guna serbuk perasa ayam dah.
12. Kemudian masukkan krim masakan. Gaul rata. Kalau tak ada krim masakan, boleh guna susu sejat atau susu segar. Tambah garam dan gula jika perlu. Ikut citarasa masing-masing.
13. Akhir sekali, masukkan cendawan yang telah dihiris. Gaul sebati. Boleh guna cendawan tin atau cendawan segar. Gunalah cendawan butang, cendawan portabello atau shiitake segar.
14. OK dah boleh hidang! Saya selalu letak kuah di bawah sebab tak nak kulit ayam yang rangup tu jadi lembut sebelum dimakan. Kulit rangup tu mahal. Boleh hidang dengan kentang goreng jika suka.
Cookies antara kudapan raya yang sedap dan mudah disediakan. Paling penting tidak perlu acuan untuk membentuknya. Anda yang menyukai cookies, usah tunggu raya kalau mahu menyediakannya, buat je bila-bila teringin. Berikut tiga jenis cookies mudah disediakan dan rasa pun sedap.
PANDAN GRANOLA COOKIES BAHAN-BAHAN: BAHAN A: 120gm marjarin campur mentega 70gm gula pasir 1/2sudu teh vanila 1biji kuning telur 1sudu teh pes pandan BAHAN B: 110gm tepung gandum 15gm tepung jagung 1/4sudu teh baking powder BAHAN C: 75gm Granola mix
CARA MEMBUAT:
Panaskan ketuhar 150’C, siapkan loyang yang telah disapu margarin atau alas dengan baking paper. Sisihkan.
Sediakan bahan A: Pukul mentega & gula pasir lebih kurang 1minit. Masukkan kuning telur, esen vanila vanila & pes pandan. Adun rata. Tutup mixer.
Masukkan bahan B ke dalam adonan bahan A, adun rata menggunakan spatula.
Tambahkan bahan C, adun hingga semua bahan bercampur sekata.
Sudukan adunan di atas loyang, beri jarak kerana cookies akan sedikit melebar.
Bakar lebih kurang 30 minit atau hingga matang sempurna.
Angkat & biarkan dingin sebelum disimpan dalam bekas kedapaa udara. .@shirleyliem
KLEPON COOKIES BAHAN-BAHAN: 50gm mentega 13gm putih telur 100grm tepung protein rendah 10gm susu tepung 25gm kelapa parut kering / dessicated coconut 40gr gula halus 1 sudu the pes pandan 1gm garam BAHAN FILLING: 50gm coklat putih 50gm gula Melaka 10gm mentega 1gm garam BAHAN SALUTAN: Kelapa parut kering
CARA MEMBUAT:
Adun mentega, putih telur, garam, pes pandan dan gula halus.
Masukkan tepung, kelapa parut dan susu tepung. Adun lagi dan ke tepikan.
Sementara itu sediakan filling dengan cara cairkan coklat dan mentega. Masukkan gula Melaka dan garam. Kacau hingga rata. Simpan di chiller lebih kurang10 minit.
Bentuk bulat bahan filling dan simpan lagi di chiller 10 menit.
Ambil adonan cookies 1/2 sudu makan. Leperkan di tangan dan isi dengan filling.
Kemudian bulatkan.
Gulingkan dalan bekas kelapa kering hingga semua bahagian luar bersalut kelapa kering.
Bakar dalam ketuhar di rak kedua dari atas dengan suhu 170C selama 12 minit.
Setelah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. by @irwinlin
BANANA OAT COOKIES BAHAN-BAHAN: 2 biji pisang masak (lebih kurang 80gm) 100gm quaker oat 2 sudu makan madu 1 susu makan minyak masak 50gm chocochips 1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
Hancur atau lenyekan pisang dengan garpu.
Tambahkan oat, madu dan minyak. Aduk rata.
Rehatkan selama 10 minit supaya madu dan minyak sebati.
Tambahkan chocochips dan garam. Adun rata.
Ambil 30 gram doh cookies. Bulatkan dan leperkan.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 170C menggunakan api atas bawah.
Jangan overbaked karena cookies akan menjadi keras.
Setelah masak, keluarkan dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Ada tongkol jagung, susu cair, mentega, kepingan keju cheddar dah boleh buat resipi Jagung Cheese Leleh. Peminat keju mesti tertambat selera.
Keju meleleh tu yang menjadikan menu ini ekstra sedap. Kena pulak jagung manis hmmm memang padulah rasanya.Jom semak resipi perkongsian dari Siti Nabilah Jamaluddin MAHN ni.
JAGUNG CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN
4 tongkol jagung
1 tin susu cair ( sy guna fresh milk Dutch lady)
2 sudu b susu pekat (klau nak manis bole + )
2 sudu b planta /buttercup
Garam
Lada sulah
4 keping KejuCheddar
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan dalam periuk 2.Biarkan mendidih siap nak wangi letak daun pandan. Tapi min rasa dah sedap pun kalau tak ada daun pandan pun.
Kalau ada kuah kari lebih, selain buat lempeng atau cucur apa kata buat roti Arab pula. Cara membuat dan bahannya mudah saja. Jika nak hasil yang gebu lembut boleh ikut resipi yang dikongsi ini.