Makanan yang dimasak secara homemade memang tak pernah mengecewakan. Saiz besar, boleh letak bahan-bahan premium. Memang puas makan! Nak cuba buat Chicken Pizza? Resipi perkongsian saudari Yumni Syazwani ni memang terbaik! Nampak sangat sedap!

RESEPI CHIZZA ALA KFC

BAHAN AYAM:

  • Dada ayam – belah dua supaya sedikit nipis
  • Tepung bestari ( pedas)

CARA-CARA:

IKLAN
  1. Perap dada ayam dengan tepung bestari dan sedikit air.
  2. Kemudian ambil dada ayam tadi dan gaul dengan tepung bestari ( kering). Goreng hingga garing.

TOPPING:

  • Sos prego – ikut selera nak guna yang mana. Kalau buat sendiri, kisar tomato dengan sedikit air. Masa katas api. Tambah sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau sampai pekat.
  • Nanas dalam tin
  • Tomato
  • Lada benggala merah
  • Keju mozzarella parut
  • Chilli flakes

CARA MEMASAK:

1. Setelah ayam goreng diangkat, letakkan topping ikut kreativiti masing-masing.

IKLAN

Resipi Chizza Homemade. Memang Puas Makan!

2. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 5 minit.

IKLAN

Resipi Chizza Homemade. Memang Puas Makan!

3. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Yumni Syazwani‎ 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI