Bila tiba bualan puasa, Colek Ayam antara hidangan yang menjadi kegemaran ramai terutamanya penduduk di negeri Pantai Timur. Biasanya bila selesai solat tarawih, hidangan colek akan dihidang. Terdapat pelbagai jenis colek yang boleh dinikmati dan rahsia keenakan hidangan ini adalah terletak pada sos nya. Nak cuba? Cikgu Afy Al Habibiada kongsikan resipi sos colek. Jadi anda boleh nikmatinya bersama keluarga.
RESIPI SOS COLEK AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
5 senduk sos cili thai (beli online disini) 1 sudu makan kicap pekat (tidak penuh sudu) (beli online disini) Air masak secukupnya 8 tangkai cili padi merah 1 biji lemon 2 tangkai bawang putih jeruk Bijan sangai 1/2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 1/3 cawan air (beli online disini)
BAHAN-BAHAN LAIN:
2 keping isi ayam goreng
Parutan mangga
Tomaro ceri
Hirisan bawang merah
Hirisan cili padi
Daun salad
Parutan lobak merah
Bijan sangai secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili padi bersama bawang putih jeruk yang telah dibuang kulit dan tangkainya. Tambahkan air jeruk bawang putih kemudian kisar halus.
2. Dalam periuk bersesuaian, masukkan sos cili thai. Tidak perlu buka api.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi bersama 1 gelas air.
Ads
4. Seterusnya perah lemon dan masak guna api perlahan.
5. Tambahkan kicap pekat. Jika buat sos kurang dari sukatan yang diberi, hanya tambah secukupnya supaya sos tidak terlalu gelap. Kacau sebati. Tidak perlu tambah garam atau gula kerana sos telah mempunyai rasa.
6. Untuk memekatkan sos, masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati dan biar hingga mendidih. Jika sos terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
7. Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan colek seperti ayam goreng, aneka cucur, aneka makanan gorengan, keropok dan sebagainya.
8. Lebihan sos boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Sambal mangga ikan bakar ini, kalau tengok pun dah terliur. Dapat bayangkan rasa masam dan pedas yang memikat selera. Tambah lagi kehadiran ikan sardin bakar yang ada rasa manis yang tersendiri.
Ha..sedap kan? Orang belah pantai timur ada yang menyebut mangga ini sebagai buah pauh atau mempelam. Kali ini, mangga yang digunakan adalah jenis ‘pauh ringan’ atau mangga epal (pelam epal). Memang sedap.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Noryue Rania ini ye. Buat masa berbuka nanti, memang konfim bertambah makan. Makan time sahur pun boleh. Cerah mata makan sambal yang masam dan pedas ni.
Penggemar sambal tapi alah dengan belacan, memang patut cuba resipi Sambal Gesek Goreng perkongsian saudari Aisyah Humaira ni. Sangat mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan pelbagai cara termasuk nasi goreng. Jom cuba!
CARA MASAK SAMBAL GESEK GORENG YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN A:
2-3 biji bawang besar – dipotong empat
5 ulas bawang putih – beli online disini
5 biji lada merah (lada besar) potong dua
10 biji cili padi merah atau ikut pedas disukai
BAHAN-BAHAN B:
3 sudu besar ikan bilis – digoreng garing – beli online disini
2 sudu besar ikan bilis – dicuci dan tumbuk lumat atau 80% hancur
Garam,gula & secukup rasa
Sedikit perahan air limau nipis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng bahan-bahan A hingga layu dan hampir keperangan.
2.Dalam pengisar, masukkan bahan yang digoreng tadi, bilis goreng, gula, serbuk perasa dan juga sedikit garam. Garam jangan banyak sebab bilis dah masin.
3.Kisar bahan tadi mengikut tahap lumat yang disukai.
4.Tuang bahan telah siap dikisar dalam bekas.
5.Masukkan bilis yang telah ditumbuk dan sedikit perahan limau nipis. Kacau sebati.
Sambal tempe ikan bilis ni kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
sambal tempe fb.
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!