
Colek cili memang sedap jika di nikmati bersama-sama menu bergoreng seperti keropok, kerang bakar, sotong goreng dan pelbagai lagi. Jika inginkan lebih penambah perisa, pastikan buat colek cili boh ni, gerenti sekejap sahaja licin. Hidang waktu berkumpul bersama keluarga memang sesuai.
RESIPI COLEK CILI BOH
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMASAK:







Sejukkan kuah colek sebelum dihidangkan.
Hidangkan bersama pilihan aneka bahan colek:
– paru goreng
(rebus paru bersama sedikit garam dan asam keping.Kemudian hiris nipis. Goreng sehingga paru rangup)
– Perut lembu
(rebus bersama sedikit garam. Kemudian hiris nipis)
– Keropok lekor
– Keropok keping
– Kerang
(rebus bersama sedikit garam, 2 ulas bawang putih & sebatang serai yang diketuk)
– Popia
– Salad, timun, taugeh celur

Betul-betul kaww!
Tabur colek bersama kacang tumbuk dan bijan yang telah disangai.
Penggunaan kacang membantu menaikkan lagi kesedapannya.
Kongsi resipi: Afy AL Habibi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berkongsi Rahsia Resipi Churros Hasil Jualan Yang Mudah, Cantik Dan Sedap Dimakan.

Churros atau snek pastry bergoreng yang sangat popular, malah pernah menjadi viral satu ketika. Cara menghasilnya tidak susah malah sangat mudah tetapi jika menderhaka pada resipi, maka terhasillah churros yang keras dan tidak sedap. Jadi apakata kamu cuba pula resipi yang dikongsikan oleh Dyea Rosli. Resipi hasil dari jualannya dulu. Mesti sedap!
Sebelum ni saya jual Churros. Sekarang dah tak jual lagi, ada sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Kawan-kawan nak resepi? Tiada masalah. Semoga bermanfaat.
RESIPI CHURROS
BAHAN-BAHAN:
- 2 1/2 cawan air
- 2 sdb gula
- secubit garam
- 2-3 sdb butter
- 2 cawan tepung
- 1 sdk esen vanila
- 2 biji telur
CARA MEMASAK:
- Didihkan air, gula, garam & butter. Kacau sikit. Perlahankan api, masukkan tepung (sebolehnya diayak dulu bagi mengelakkan berketul). Kacau cepat-cepat sampai tepung ‘bersatu’ kemudian tutup api.
- Biarkan 5 minit bagi sejuk sikit. Masukkan telur & esen vanila (saya guna mixer). Panaskan minyak, pipekan & goreng.
- Dah siap goreng, tunggu sejuk sikit dan boleh taburkan icing sugar & letak topping. Saya guna nutella. Siap! Selamat mencuba!
KONGSI RESIPI: Dyea Rosli
Resipi Step By Step Cara Nak Masak Ayam Varuval. Memang Mudah, Sedap & Citarasa Asli India.

Suka makan masakan India? Kalau ya, anda boleh cuba menu Ayam Varuval; resipi perkongsian saudari Kalaivani Krishnasamy. Menurut Kalai, resipi ini adalah gaya masak cara keluarganya. Varuval ni membawa maksud garing. Nampak sedap kan? Jom cuba!
AYAM VARUVAL
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam – dipotong kecil
- 1 inci halia – tumbuk lumat
- 6-7 ulas bawang putih – tumbuk lumat
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 2 susu makan serbuk kari
- Garam secukup rasa
BAHAN VARUVAL
- 4 sudu makan jintan manis
- 15 ulas bawang putih – hiris
- 2 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
- 5-6 tangkai cili kering – dibersihkan
- 3 biji bawang besar – letak lebih lagi sedap
- Sedikit pes halia bawang putih ( 1cm halia, 3-4 ulas bawang putih yang ditumbuk lumat)
- 1 biji tomato – dipotong
- Serbuk cili @ cili kisar secukupnya – jika guna serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama halia tumbuk, bawang putih tumbuk, serbuk kunyit, serbuk kari dan garam Gaul rata dan biarkan 1 jam.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak dan berwarna keemasan.
3. Seterusnya untuk menyediakan varuval, panaskan minyak dan goreng jintan manis hingga wangi. Angkat dan ketepikan.
4. Kemudian masukkan bawang putih, cili kering dan daun kari. Goreng juga hingga wangi. Angkat.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis pes halia bawang putih, tomato dan bawang besar. Masak hingga bawang berubah warna.
6. Seterusnya masukkan serbuk cili kering babas atau cili kering kisar pun bole Tambah ikut citarasa masing-masing. Varuval ni tak boleh pedas sangat nanti tak sedap. Masak guna minyak sahaja dan jangan letak air. Air dari bawang tu pun dah cukup. Sebab tu bawang kena letak lebih.
7. Tambah garam dan gula.Tunggu sampai garing dan pecah minyak. Varuval kena garing dan rasa manis-manis sedikit.
8. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
9. Masukkan ayam. Gaul. Jika kurang rasa, tambah perasa secukupnya.
10. Siap untuk dinikmati. Boleh tabur daun pudina atau daun ketumbar sebelum dihidang.
Kredit resipi & foto: Kalaivani Krishnasamy
6 Masakan Thai Berasaskan Ayam, Sedap Dekat Dengan Jiwa.

Isi Kandungan
ToggleSajian Ala Thai cukup terkenal hampir di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Hidangan Thai yang kebiasaannya mengandungi rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Kali ini RASA kongsikan 6 jenis masakan Thai berasaskan ayam yang boleh anda cuba.
AYAM SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
- 2 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 8 sudu makan sos Thai
- 2 batang serai | titik
- 2 biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 3cm halia | hiris halus
- 1/2 biji cili Benggala hijau | hiris
- 1/2 biji cili Benggala merah | hiris
- 1/2 batang lobak merah | hiris
- 3 biji cili padi hijau |hiris halus
- 1 tangkai cili merah | hiris halus
- 2 sudu teh sos ikan
- 60ml air
- Minyak masak secukupnya
- Daun ketumbar untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan ayam bersama tepung jagung, serbuk pati ayam, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati. Ketepikan.
- Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Gorengkan ayam sehingga warna perang keemasan, angkat, tos dan ketepikan.
- Salin minyak di dalam kuali dan tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis. Setelah itu tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan serai sehingga wangi. Dikuti dengan lobak merah, cili padi dan cili merah.
- Kemudian masukkan sos cili Thai, sos ikan dan air secukupnya. Kacau sebentar hingga kuah mereneh.
- Setelah itu masukkan cili Benggala hijau dan merah. Apabila cili Benggala telah agak layu sedikit masukkan ayam tadi kacau dan tutupkan api. Siap untuk dihidangkan. Hiaslah dengan daun ketumbar yang dipotong agak kasarjika suka.
Info chef: Jumlah air bergantung sama ada anda ingin lebih berkuah atau agak kering.
GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
- 250ml santan pekat
- 250ml air
- 6 biji terung kampung | belah dua
- 1 biji bawang besar | kisar
- 4 biji bawang putih | kisar
- 3cm lengkuas | hiris dan kisar
- 3cm kunyit | hiris dan kisar
- 6 tangkai cili padi hijau | kisar
- 2 batang serai | hiris halus dan kisar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 helai daun limau purut | carik
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
- Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef : Terung kampung boleh digantikan dengan terung pipit.
SALAD AYAM THAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 ketul isi dada ayam
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu teh sos Thai
- 300gm daun kubis | hiris halus
- 2 batang lobak merah | hiris halus
- 1 batang timun | hiris halus
- 3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
- 250gm kacang tanah goreng
- 1 biji cili merah | potong halus
- 4 biji cili padi |potong halus
- 1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
- 1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 pokok daun ketumbar |potong kasar
- Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS SALAD:
- 2 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu makan mentega kacang
- 3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya
- 3 sudu teh cuka
- 4 sudu teh gula pasir
- 4 biji bawang putih | cincang
- 2 sudu makan air masak
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit. Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi. Masukkan ayam dan gaul sebati.
- Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati. Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef: Sos salad jangan diletakkan terlalu awal agar dapat mengekalkan kerangupan sayuran salad tersebut.
AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 5cm halia |hiris halus dan memanjang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 4 biji cili padi | hiris
- 1 tangkai cili merah | hiris
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
- 4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
- 2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh gula atau secukup rasa
- 2 sudu teh cuka atau secukup rasa
- 60ml air
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
- Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
- Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air. Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar. Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah hirisan cili Benggala jika suka.
AYAM SICHUAN ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
- 3 ketul isi dada ayam dihiris
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan taucu
- ½ biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 1 sudu teh kicap pekat manis
- 2 sudu teh gula atau secukup rasa
- 2 sudu teh serbuk cili Thai
- 1/2 cawan kacang tanah goreng
- 8 tangkai cili kering
- Sedikit daun bawang
- Minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk gaul sekata isi ayam bersama tepung jagung dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
- Panaskan minyak untuk menggoreng. Apabila panas, goreng ayam sehingga warna perang keemasan angkat, tos dan ketepikan.
- Tuangkan sedikit minyak lebih kurang empat sudu makan, kemudian goreng cili kering hingga wangi dan garing, angkat dan ketepikan.
- Setelah itu tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, daun bawang hingga wangi. Masukkan taucu, kicap pekat manis, gula dan serbuk cili Thai, kacau sebentar.
- Akhir sekali masukkan ayam, kacang tanah dan cili kering, gaul rata kemudian tutupkan api. Hidangkan segera semasa masih panas.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih.
COCONUT LIME CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
- ½ ekor ayam | potong kecil
- 125ml santan pekat
- 125ml air
- 4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
- 6 tangkai cili padi hijau | hiris
- 2 helai daun limau purut | hiris halus
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 1 sudu makan sos ikan atau secukup rasa
- 1 biji jus limau nipis
- 1 sudu teh gula tau secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 2 batang daun ketumbar | hiris kasar
- Minyak masak secukupnya
- 1 tangkai cili merah | hiasan
- 1 batang daun bawang | hiasan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau wangi.
- Kemudian masukkan isi ayam, daun limau purut, sos ikan,jus limau nipis, gula, serbuk pati ayam, santan pekat dan air, kacau sebentar. Masaklah sehingga kuah mereneh dan agak pekat.
- Kemudian masukkan hirisan kacang panjang dan daun ketumbar. Masaklah selama lebih kurang 5 minit, kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Hiaslah dengan hirisan cili merah dan daun bawang.
KONGSI RESIPI: TERIMA KASIH NUR ADLINA BAHARUDIN, PUTRAJAYA