Resipi Coq Udang Gerai Tepi Jalan

Share

Sedapnya cucur udang bila dimakan panas-panas. Bila dicicah dengan sos tambah sedap rasanya. Bukan hanya sesuai untuk minum petang malah sarapan pagi pun boleh hidang menu ni.Confirm berebut mereka makan.

Cucur Udang

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan taugeh
  • 6 batang daun kucai-dipotong
  • 1 biji bawang besar-dihiris nipis
  • 1 tangkai cili merah-dihiris halus
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar Mushroom seasoning
  • 1 sudu kecil Mauripan
  • 1 biji telur
  • 10 ekor isi udang segar-ditumbuk halus
  • 1 sudu besar tepung beras
    1 sudu kecil serbuk kunyit Adabi Consumer
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan air sejuk
  • Cara memasak:
  • 1.Gaul semua sebati bahan-bahan di atas , pastikan tidak terlalu likat atau cair.
    2.Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digoreng, sementara tunggu tu bolehlah panaskan minyak
    dan rendam senduk dalam minyak yang dipanaskan.
    3.Setelah minyak betul-betul panas, masuk adunan yang telah digaul tadi dalam senduk yang telah dipanaskan,
    letak 2 ekor udang di atas cucur dan goreng cucur udang sehingga garing, cucur akan terkeluar dari senduk
    dengan sendirinya, pusingkan api sederhana.
    4.Agak-agak cucur dah masak dan garing ,toskan pada tisu supaya dapat menyerap minyak cucur yang digoreng.
    5.Tunggu sehingga betul-betul sejuk dan cucur bolehlah dipotong dan dicicah bersama kuah kacang ataupun sos cili.

Kredit: Yatiekitchen

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Putri