Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.Tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Bahan-bahan: 250g buttercup atau boleh guna planta 1 cawan gula aising (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja) 1 sudu kecil esen vanila 3/4 cawan tepung jagung 2 cawan tepung gandum Cornflakes secukupnya (letak dalam 3 cawan, ramas sikit ye) Chocolate chips Chocolate rice (optional) Almond cincang (optional)
Ads
Cara membuat:
1.Kacau sebati butter, gula aising dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
2.Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
Ads
3.Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
4.Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah . Boleh saja. 5.Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder. 6.Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah). * Mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang. * Kalau tak suka manis-manis, boleh kurangkan sukatan gula aising jadi 3/4 cawan ye. Sumber : Syuhada Che Din
Sesiapa yang pernah melalui zaman 80an dan 90an mesti akan teringat bungkusan segitiga surat khabar ni, sambil menikmati kekacang. Sekarang Min sendiri tak pasti masih ada atau tidak. Cuma disini Rasa nak kongsikan resipi yang Farina buat ni nampak menarik dan sedap untuk dicuba. Kudapan baru yang lain dari lain.
Dulu masa kecik lepas balik sekolah je mesti singgah beli kacang dalam surat khabar, harga ada la dalam 50 sen gitu. Hari ni sis try buat CRISPY SPICY SWEET CORN. Memang mengimbau kenangan betul.
CRISPY SPICY SWEET CORN
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan Sweet Corn
2 sudu makan Tepung Jagung
1 sudu makan Tepung Beras
2 sudu teh Lada Sulah
1 sudu teh Garam
2 sudu teh Serbuk Cili
Daun Bawang
CARA MEMASAK:
Tuang jagung ke dalam mangkuk dan masukkan bahan seperti tepung jagung, tepung beras, lada sulah dan garam. Gaul rata.
Kemudian panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Angkat, biarkan sejuk seketika kemudian baru letakkan serbuk cili dan bawang (nak letak daun kari pun sedap)
P/s: Pastikan goreng sweet corn sampai garing. Rasa dia memang best, crispy spicy di luar sweet juicy kat dalam, bikin air liur korang leleh tau.
Sup Daging citarasa asli Thailand ni memang sedap. Penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudara Ahmad Shinoda ini boleh anda cuba.
BAHAN A:
300gm daging tetel – hiris
3 inci halia – tumbuk kasar
3 hiris lengkuas
2 pokok akar ketumnar
1 biji bawang Holland kecl
Sedikit kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
I sudu teh gula
Air secukupnya
BAHAN B:
3-4 ulas bawang putih – ketuk
2 batang serai
Cili padi secukupnya
Daun limau purut
1 biji bawang Holland
Daun ketumbar – hiris
½ biji tomato
2 biji jus limau nipis
3-4 sudu makan sos ikan
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan serai, bawang Holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.
4. Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi daging tadi.
5. Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.
6. Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.
Lebihan nasi jangan dibuang kerana ia boleh digunakan untuk membuat apam. Sangat mudah dan senang kalau anda cuba resipi ini. Yang penting, anak-anak mesti suka makan apam ni. Warna yang digunakan juga menarik. Ayuh kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat apam nasi mengikut resipi perkongsian oleh Niessa Chang ini.