Cous cous mempunyai rasa yang enak, baik untuk kesihatan serta sesuai bagi menggantikan nasi. Bahkan Cara penyediaannya juga cepat dan tidak ambil masa yang lama.
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
400gm cous cous
300gm udang
1 biji bawang Holland |dicincang
4 ulas bawang putih | dicincang
1/2 biji lada benggala hijau| dipotong kiub kecil
1/2 biji lada benggala merah | dipotong kiub kecil
150gm kacan pis
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air panas
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 sudu makan minyak jagung atau canola.
Ads
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang Holland serta bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan lada benggala hijau ,merah, udang dan serbuk ketumbar. Padamkan api dan rehatkan tumisan sebentar.
Dalam mangkuk berlainan, rendam cous-cous bersama air panas. Biarkan sehingga kembang. Masukkan juga minyak masak jagung /canola ke dalam rendaman cous-cous. Kacau rata.
Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi ke dalam cous-cous. Perasakan dengan garam dan lada sulah dengan secukupnya.
Akhir sekali tabur kacang pis sebagai hiasan. Sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Seorang pemegang Ijazah Kedoktoran, Ph.D dalam industri halal, Dr As Zulqa telah berkongsi resipi nasi lemak dan sambal tumis yang sangat menjadi. Ini diakui sendiri oleh mereka yang mengikut ‘sebijik-sebijik’ resipi nasi lemak dan sambal tumisnya itu, ternyata masakan mereka sedap dan menepati cita rasa.
Dr As Zulqa aktif berkongsi resipi masakan dan kecantikan di media sosial seperti Youtube dan juga blog.
Jom kita lihat resipi nasi lemak dan sambal tumis yang gerenti jadi ini. Yang penting nasi lemak tidak lembik dan sambal tumis pula warnanya cantik dan sedap.
NASI LEMAK & SAMBAL TUMIS
BAHAN NASI LEMAK
4 pot beras (cuci bersih)
2 pot santan
1 labu bawang merah (hiris mayang)
1 inci halia (hiris mayang)
Air
CARA MEMASAK NASI LEMAK
1. Beras dicuci bersih.
2. Dalam periuk, masukkan beras yang sudah dicuci. Kemudian masukkan santan.
3. Masukkan bawang merah, halia dan kacau sebati.
4. Masukkan air sampai ruas pertama jari telunjuk.
5. Masak guna rice cooker.
SAMBAL TUMIS NASI LEMAK
BAHAN SAMBAL TUMIS NASI LEMAK
Minyak masak untuk menumis
2 labu bawang merah besar (dihiris mayang)
Asam jawa + air (pes asam jawa)
3/4 blok gula melaka
Air
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR SAMBAL TUMIS NASI LEMAK
20 tangkai cili kering (direbus dahulu)
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA MEMASAK SAMBAL TUMIS NASI LEMAK
1. Panaskan minyak masak. Minyak masak kena lebih supaya sambal betul-betul masak dan cantik pecah minyak.
2. Tumis hirisan bawang merah sehingga layu. Jangan sampai keperangan garing kerana hirisan bawang yang tidak garing akan hancur dengan sendirinya sepanjang tempoh memasak. Kalau bawang sudah keperangan, nanti bawang akan lebih susah hancur.
3. Selepas naik bau tumisan bawang merah tadi, terus masukkan kesemua bahan kisar
4. Masak sambal sehingga pecah minyak kali pertama.
5. Masukkan air asam jawa
6. Masukkan gula melaka dan daun pandan (daun pandan ini adalah pilihan)
7. Masukkan air
8. Kacau sebati sehingga pecah minyak kali kedua.
9. Tambah air dan perasakan dengan garam
10. Kacau sebati sehingga pecah minyak kali ketiga.
11. Tutup api.
Nasi lemak lengkap dengan sambal, kacang tanah goreng, ikan bilis, telur rebus dan timun.Pelengkap hidangan nasi lemak.
Selamat mencuba!
Klik link blog Dr As Zulqa di bawah jika anda ingin menonton video Youtube step by step masak nasi lemak dan sambal tumisnya.
Chinese Congee @ Bubur Cina perkongsian saudari Noraini Noor Mohamed ni nampak sangat sedap dan membuka selera. Berbeza dengan Bubur Nasi biasa, bubur nasi ini dihidangkan bersama Ayam Kukus Halia & Youtiao (Cakoi). Wow..Unik kan? Jom cuba. Anda sekeluarga pasti sukakannya.
CARA MASAK CHINESE CONGEE (BUBUR NASI CINA) YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH (GARLIC OIL): 5 ulas bawang putih – beli online disini Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Cincang halus bawang putih. 2. Panaskan minyak masak dan goreng guna api yang kecil sehingga keperangan. 3. Bau semerbak harum. Minyak bawang ni akan digunakan untuk Bubur Nasi & Ayam Kukus Halia.
CARA MEMASAK: 1.Gaul rata ayam yang sudah dipotong kecil bersama halia tumbuk/sagat, kicap cair, minyak bijan dan lada sulah. Perap selama 30 minit. 2. Selepas 30 minit ayam diperap, letakkan minyak bawang putih di atas perapan. 3. Kukus ayam sehingga 20 minit. Siap.
BAHAN BUBUR NASI: 1 cawan beras – beli online disini 8 cawan air Ayam bahagian tulang Halia – dihiris Lada sulah Garam secukup rasa Stok ayam – beli online disini 2 sudu makan minyak bawang putih
CARA MEMASAK: 1. Basuh bersih beras. Masukkan ayam bahagian tulang, halia yang dihiris, lada sulah, garam secukup rasa, stok ayam dan minyak bawang putih. 2. Masukkan air ke dalam periuk. Gaul rata. Sukatan air adalah 1 cawan beras akan guna 8 cawan air. 3. Masak hingga bubur sedia. (boleh guna pressure cooker, pilih congee-seal) 4. Kalau masak bubur guna periuk nasi elektrik atau masak di atas dapur. Boleh masak bubur macam biasa.
5. Setelah siap bubur dan Ayam Kukus Halia, hiaskan dengan daun bawang & Cakoi.
6. Bubur dimakan bersama Ayam Kukus Halia. Tuang sedikit minyak bawang putih di atas bubur untuk tambah aroma & kesedapan pada bubur.
NOTA: Cakoi tu empunya resipi beli cakoi yang sudah siap.
Nak makan nasi untuk seorang saja dan masak dalam periuk, biasanya memang akan ada kerak. Kadang-kadang sampai separuh terutama bila biarkan nasi yang dah kering agak lama. Kan membazir macam ni, lepas tu kena sental pulak kerak.
Supaya tak perlu nak membazir dan menyental boleh ikut cara yang dikongsi oleh Amalina Aziz. Sesuai untuk yang makan nasi sikit atau rumah tak ramai penghuninya. Langkahnya seperti berikut;
1. Basuh beras
Mula-mula, ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.
2. Masukkan air secukupnya
Kemudian isikan air ke dalam mug agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug.
Saya guna mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga guna cawan / bekas stainless steel kalau ada.
3. Isikan air dalam periuk rice cooker
Kemudian, isikan pula air dalam periuk rice cooker lebih kurang separuh penuh.
4. Masak macam biasa
Akhir sekali, boleh tekan butang ‘cook’ dan masak macam biasa.
Beginilah hasilnya bila dah siap masak. Senang saja kan?