Resipi Cous Cous Udang Paling Sempoi. Enak & Berkhasiat.

Share

Cous cous mempunyai rasa yang enak, baik untuk kesihatan serta sesuai bagi menggantikan nasi. Bahkan Cara penyediaannya juga cepat dan tidak ambil masa yang lama.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm cous cous
  • 300gm udang
  • 1 biji bawang Holland |dicincang
  • 4 ulas bawang putih | dicincang
  • 1/2 biji lada benggala hijau| dipotong kiub kecil
  • 1/2 biji lada benggala merah | dipotong kiub kecil
  • 150gm kacan pis
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 cawan air panas
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak jagung atau canola.

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang Holland serta bawang putih sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan lada benggala hijau ,merah, udang dan serbuk ketumbar. Padamkan api dan rehatkan tumisan sebentar.
  3. Dalam mangkuk berlainan, rendam cous-cous bersama air panas. Biarkan sehingga kembang. Masukkan juga minyak masak jagung /canola ke dalam rendaman cous-cous. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi ke dalam cous-cous. Perasakan dengan garam dan lada sulah dengan secukupnya.
  5. Akhir sekali tabur kacang pis sebagai hiasan. Sedia untuk dinikmati.
Published by
Nur