Resipi Cranberry Cheese Cookies, Biskut Bebas Gluten Yang Tetap Sedap

Share

Tanpa menggunakan tepung gandum, biskut yang dihasilkan tetap sedap. Digantikan dengan tepung badam, biskut ini mempunyai cita rasa lebih premium.

OvenBella berkongsi resipi Cranberry Cheese Gluten Free Cookies yang diberi nama Badang khas untuk anda cuba buat sendiri biskut yang enak ini di rumah.

Jom kita lihat resipinya.

BADANG
(Cranberry Cheese Gluten Free Cookies)

BAHAN A
500 gram unsalted butter
280 gram gula organik
1 sudu kecil ekstrak vanila
3/4 sudu kecil garam pink

BAHAN B
776 gram GF mix
160 gram tepung badam
250 keju cheddar (diparut)
150 gram dried cranberry
1/2 sudu kecil serbuk penaik

BAHAN TOPPING
Keju cheddar (parut) secukupnya

CARA MEMBUAT
1. Dalam mixing bowl, masukkan semua BAHAN A. Pukul sebati sehingga unsalted butter

sedikit kembang dan putih.
2. Masukkan semua BAHAN B ke dalam adunan BAHAN A.
3. Pukul adunan BAHAN A dan BAHAN B secara perlahan sehingga semua bahan sebati.
4. Setelah adunan sebati, ambil sedikit adunan menggunakan sudu. Susun atas loyang.
5. Taburkan topping keju cheddar ke atas doh yang telah disudukan tadi.
6. Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah selsius selama 35 minit.

Selamat mencuba!

Sumber: Resipi Badang oleh OvenBella

Published by
Maryam Elyas