Cream cheese atau krim keju adalah bahan penting dalam penghasilan kek, manisan dan sebagainya. Namun ada kalanya krim keju ni susah nak jumpa. Malah harganya juga mahal. Menerusi perkongsian saudari Chesu Riani, beliau kongsikan cara-cara menghasilkan cream cheese secara homemade hanya dengan menggunakan empat bahan. Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMBUAT CREAM CHEESE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: 1 cawan susu tepung full cream + bancuh dengan 3 cawan air – beli online disini (atau boleh guna 1 liter susu segar /fresh milk) 4 sudu cuka makan/ jus lemon – beli online disini Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Panaskan susu dalam periuk guna api sederhana kecil. 2. Uji kepanasan susu dengan celupkan jari di tengah-tengah susu. Matikan api jika jari tahan kepanasan dalam 4 saat. Maknanya susu sudah cukup panas. Jangan sampai mendidih. 3. Tabur rata cuka atau jus lemon ke seluruh susu dan kacau manja. 4. Biarkan susu selama 5-10 minit. Ketulan susu atau cheese akan mula terbentuk.
5. Kalau ada bahagian susu yang masih cair, boleh tambah sedikit lagi cuka pada bahagian tersebut dupaya ia jadi mengental. 6. Tapis ketulan keju. Cecair yang tinggal jangan dibuang. Namanya Whey dan boleh digunakan dalam adunan tepung @ masakan dan ia sangat berkhasiat. (empunya resipi guna untuk masak kari)
7. Lalukan keju ini di bawah air sekejap untuk kurangkan rasa masam cuka. (Nota: Masa lalukan bawah air, pastikan keju masih dalam penapis. Pastikan air betul-betul kering dari keju.) 8. Bila keju sudah kering airnya, kisar keju bersama sedikit garam. Jika terlalu pekat, campurkan dengan sedikit Whey. Kisar sampai halus dan berkrim.
Ads
9. Cream Cheese siap disediakan. Boleh disimpan dalam peti sejuk dan digunakan dalam pelbagai resipi.
NOTA: Jika mahu banyak, gandakan sahaja sukatan resipinya.
SECARA AMNYA ADA BEBERAPA KEBAIKAN PROTEIN WHEY SEPERTI:
• Membantu dalam menurunkan berat badan • Meningkatkan imuniti • Membantu meningkatkan peratusan otot • Membantu dalam rawatan kanser • Meningkatkan paras glutathione. Glutathione adalah antioksida • Membantu mengurangkan triglicerida • Membantu mengurangkan kolesterol disamping meningkatkan HDL
Tak lengkap rasanya musim cempedak kalau tak merasa Cempedak Goreng panas-panas, betul tak? Bau dia wangi semerbak, kulit rangup keemasan, isi lemak manis. Memang kombinasi yang buat ramai tak boleh berhenti mengunyah! Sama ada untuk minum petang atau jualan kecil-kecilan, resipi ni confirm buat orang teringat-ingat. Maklumlah, cempedak pun dah mahal kan? Jadi lebih baik buat sendiri di rumah.
CEMPEDAK GORENG
Bahan-bahan:
1 biji cempedak
1 cawan tepung gandum
¾ cawan tepung beras
2 sudu tepung pisang goreng
1 cawan air | adjust
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu minyak masak
1 sudu besar bijan
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung beras, tepung goreng pisang, garam, serbuk kunyit dan air. Air masuk sedikit demi sedikit mengikut sukatan tepung masing-masing. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Kemudian, masukkan minyak masak yang panas serta bijan dan kacau hingga sekata.
Boleh celupkan cempedak dan gaul sebati.
Di dalam kuali yang panas, masukkan cempedak dan goreng hingga keperangan.
Lebih elok jika minyak banyak dan cempedak tenggelam supaya tak perlu nak terbalikkan.
Angkat dan toskan.
Cempedak Goreng sedia untuk dihidangkan.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Dah beberapa hari beraya, asyik dengan lauk pauk berminyak dan pedas, apa kata korang cuba pula masak sup. Sup-sup ini bukan hanya boleh dinikmati dengan nasi tetapi juga dengan aneka mi. Nak cuba! Ini Rasa kongsikan tujuh jenis sup mudah yang korang boleh buat sendiri.
SUP DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
3-4 biji cili padi
1 kiub pati daging
1 sudu kecil garam
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan rempah sup
100gm bawang kecil | dikisar halus
30gm bawang putih | dikisar halus
50gm halia | dikisar halus
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.
Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.
Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.
SUP ISI KETAM
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis
2 biji telur
200gm isi ketam | dicarik halus
1000ml air
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam. Setelah kiub pati ayam larut, masukkan isi ketam dan jagung manis. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula.
Pecahkan telur dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup. Kacau sentiasa untuk memastikan telur hancur dan tidak berketul.
Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Setelah mendidih, matikan api.
SUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam | dipotong kecil
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | dititik
1 batang saleri | dipotong serong
1 biji tomato | dipotong empat
1 batang akar daun ketumbar
3-4 biji cili padi | dipotong
½ biji limau nipis
1biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit sos ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
Seterusnya, masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar. Perasakan secukupnya.
Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.
SUP IKAN IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping isi ikan merah
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | diketuk
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan | disimpul
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
3-4 sudu besar perahan limau nipis
1 kiub pati ikan
5 biji cili api | dipotong serong
1 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
Minyak bagi menumis
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.
SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm bebola daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih | dimayang
2sm halia | dihiris halus
1/2 batang saderi | dipotong halus
3-4 biji cili padi | dihiris halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.
SUP TELUR GOYANG DAN SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
2 biji telur
100gm kacang pea
100gm sawi bak choy
2 biji tomato | dipotong empat
50gm suhun
30gm sayur fucuk
2 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam kasar
Air secukupnya
2 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air dan biarkan mereneh.
Seterusnya masukkan kacang pea, sawi bak choy dan tomato.
Apabila mendidih, segera masukkan suhun dan sayur fucuk ke dalam sup.
Perasakan secukupnya dengan garam, pati ayam dan lada hitam.
Greek Butter Cookies merupakan salah satu biskut yang boleh dihidangkan kepada para tetamu Hari Raya nanti. Menggunakan badam yang dicincang kasar dan dibakar serta taburan gula icing menambahkan lagi rasa lemak pada biskut ini.
Rahsia biskut yang sedap tentuanya dengan menggunakan Mentega Anchor, 100% mentega tulen New Zealand dan diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Ringkas dan mudah je. Jom cuba nanti.
Di dalam food processor, satukan Anchor Butter Salted sejuk bersama gula aising, rose water dan esen vanilla lalu kacau sebati.
Masukkan tepung gandum, tepung badam, baking powder lalu kaup-balikkan.
Tuang adunan ke dalam mangkuk besar. Masukkan cincangan badam panggang ke dalam adunan lalu gaul menggunakan tangan hingga menjadi doh.
Ambil sedikit doh lalu bulat-bulatkan dan susun ke dalam dulang pembakar yang telah disapu mentega. Tekan bahagian tengah doh dengan jadi untuk membentuk sedikit lekuk. Rehatkan dulang berisi doh ini ke dalam peti sejuk selama 5 minit.
Bakar biskut di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-20 minit atau hingga keperang-perangan.
Sejukkan biskut sebentar. Setelah sejuk spray kan rose water ke atas biskut lalu salutkan dengan gula aising secukupnya.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.