Resipi Cream Cheese Homemade, Boleh Buat Guna Susu Tepung atau Susu Segar

Share

Cream cheese atau krim keju adalah bahan penting dalam penghasilan kek, manisan dan sebagainya. Namun ada kalanya krim keju ni susah nak jumpa. Malah harganya juga mahal. Menerusi perkongsian saudari Chesu Riani, beliau kongsikan cara-cara menghasilkan cream cheese secara homemade hanya dengan menggunakan empat bahan. Jom lihat cara-caranya.

CARA MEMBUAT CREAM CHEESE HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
1 cawan susu tepung full cream + bancuh dengan 3 cawan air beli online disini
(atau boleh guna 1 liter susu segar /fresh milk)
4 sudu cuka makan/ jus lemon beli online disini
Sedikit garam

 

Dapatkan SUGAR BUBBLE DISH WASHING LIQUID dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:
1. Panaskan susu dalam periuk guna api sederhana kecil.
2. Uji kepanasan susu dengan celupkan jari di tengah-tengah susu. Matikan api jika jari tahan kepanasan dalam 4 saat. Maknanya susu sudah cukup panas. Jangan sampai mendidih.
3. Tabur rata cuka atau jus lemon ke seluruh susu dan kacau manja.
4. Biarkan susu selama 5-10 minit. Ketulan susu atau cheese akan mula terbentuk.


5. Kalau ada bahagian susu yang masih cair, boleh tambah sedikit lagi cuka pada bahagian tersebut dupaya ia jadi mengental.
6. Tapis ketulan keju. Cecair yang tinggal jangan dibuang. Namanya Whey dan boleh digunakan dalam adunan tepung @ masakan dan ia sangat berkhasiat. (empunya resipi guna untuk masak kari)


7. Lalukan keju ini di bawah air sekejap untuk kurangkan rasa masam cuka.
(Nota: Masa lalukan bawah air, pastikan keju masih dalam penapis. Pastikan air betul-betul kering dari keju.)
8. Bila keju sudah kering airnya, kisar keju bersama sedikit garam. Jika terlalu pekat, campurkan dengan sedikit Whey. Kisar sampai halus dan berkrim.


9. Cream Cheese siap disediakan. Boleh disimpan dalam peti sejuk dan digunakan dalam pelbagai resipi.

NOTA: Jika mahu banyak, gandakan sahaja sukatan resipinya.

 

SECARA AMNYA ADA BEBERAPA KEBAIKAN PROTEIN WHEY SEPERTI:


• Membantu dalam menurunkan berat badan
• Meningkatkan imuniti
• Membantu meningkatkan peratusan otot
• Membantu dalam rawatan kanser
• Meningkatkan paras glutathione. Glutathione adalah antioksida
• Membantu mengurangkan triglicerida
• Membantu mengurangkan kolesterol disamping meningkatkan HDL

 

Kredit resipi & foto: Chesu Riani

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur