Banyak resipi creampuff yang dikongsikan, tapi tak semua menepati citarasa orang yang sukakan rasa kurang manis.
Resipi creampuff creamy custard yang dikongsikan Chinta Arabella ini, rasanya seperti makan aiskrim vanilla dan yang penting, rasanya kurang manis.
CREAMPUFF CREAMY CUSTARD
BAHAN A:
250g air
100g mentega – beli online di sini
1 sudu besar gula – beli online di sini
Sedikit creamy vanilla
TONTON Wantan Goreng Mudah dan Ringkas
TONTON Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live
BAHAN B:
125g tepung gandum – beli online di sini
BAHAN C:
3 biji telur gred A
CARA-CARA:
1. Didihkan bahan A sampai menggelegak sehingga mentega betul-betul cair.
2. Masukkan bahan B. Kacau laju-laju ye takut tepung tu tak rata. Masak sampai seakan menjadi doh.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan dalam mangkuk, masukkan bahan C satu persatu. Putar sebati.
4. Paipkan atas tray, jarakkan sedikit puff. Jangan terlalu rapat. Spray dengan air untuk membantu puff naik.
5. Bakar suhu 200-220C dalam 30 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing. Sejukkan dan paipkan filling.
FILLING CREAMY CUSTARD
BAHAN A:
300g susu full krim
40g gula – beli online di sini
30g tepung kastard – beli online di sini
Creamy vanilla
BAHAN B:
300g non dairy whipping cream (saya guna vivo)
CARA-CARA:
1. Masak bahan A sampai pekat likat. Sentiasa kacau ye kalau tak, berketul nant. Susah pula nak pipe. Sejukkan sampai betul-betul sejuk. Saya masukkan dalam chiller.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
2. Dalam mangkuk lain, putar bahan B sampai kental (macam nak lepa kek tu).
3. Masukkan bahan A tadi. Putar sehingga sebati. Bolehlah pipekan ke dalam creampuff.
Kredit resipi: Chinta Arabella
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: