Makan

Resipi Creampuff Kastard Sedap, Pastri Tak Kecut & Kembang Elok

Share

Sedapnya Creampuff. Inti kastard gebu dan berkrim menjadikan manisan ini jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang ‘takut-takut’ nak cuba kerana fikir ia susah dihasilkan. Anda pula macam mana? Teringin nak cuba buat sendiri? Resipi perkongsian saudari Tuan Adriana Arissa ni antara yang terbaik. Jom lihat cara-cara penghasilannya.

CARA BUAT CREAMPUFF INTI KASTARD YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM KASTARD:
1 ¼ cawan / 313ml susu full cream beli online disini
2 biji kuning telur /1 biji telur
1/4 cawan / 55gm gula
1 sudu besar / 8gm tepung gandum/tepung kastard beli online disini

3 sudu besar/24gm tepung jagung beli online disini
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila beli online disini
2 sudu besar / 28gm unsalted butter – marjerin pun boleh
1 cawan/240gm non-dairy whipping cream / fresh cream
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kastard (kecuali whipping cream) ke dalam periuk. Masak dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat.
2. Bila sudah pekat, tutup bahagian atas krim dengan plastic dan sejukkan di dalam chiller.
3. Putar whipping cream sehingga kental dan masukkan kastard tadi. Adun sebati dan ketepikan.
BAHAN-BAHAN UNTUK CHOUX PASTRY:
1 cawan / 250gm air
¼ cawan / 56gm mentega /marjerin
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar / 12gm gula
1 cawan / 125gm tepung gandum
3-4 biji telur saiz B
NOTA: Boleh gandakan resipi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air, marjerin/mentega dan gula sampai menggelegak. Pastikan mentega semua dah cair elok. Kemudian masukkan tepung gandum.
2. Kacau laju-laju sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ni bancuhan tadi akan jadi macam doh. Tutup api.
3. Biarkan adunan sampai sejuk atau suam-suam kuku.
4. Masuk telur satu persatu, adun sebati.
5. Masukkan adunan dalam piping bag dan paipkan atas tray.
6. Bakar pada suhu 200-220c selama 30 minit. Masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
7. Nak tahu creampuff jadi ke tidak, pastikan puff berongga dekat dalam dan bila masak, ia tidak kecut semula. Kena ‘try & error’ oven masing-masing.

8. Sejukkan, gunting dan paipkan filling tadi. Nak cantik boleh tabur snow powder tapi bukan gula aising.
9. Creampuff sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Tuan Adriana Arissa

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN