Nak makan spaghetti tapi nak sesuatu yang berbeza? Haa boleh buat Creamy Tomyam Spaghetti ni. Sangat lazat dan berkrim. Ada rasa pedas-pedas tomyam juga. Makan panas-panas memang layan. Nak hidangan bertambah enak, tambahkan Anchor Unsalted Butter dan Perfect Italiano Mozzarella untuk efek tarik yang sempurna. sebagai pelengkap, nikmati bersama Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+.

Resipi Creamy Tomyam Spaghetti, Sangat Lazat & Berkrim

Resipi Creamy Tomyam Spaghetti, Sangat Lazat & Berkrim

Resipi Creamy Tomyam Spaghetti, Sangat Lazat & Berkrim

Ads

 

CREAMY TOMYAM SPAGHETTI

Resipi Creamy Tomyam Spaghetti, Sangat Lazat & Berkrim

Bahan-bahan:

  • 180gm spaghetti | sudah direbus
  • 2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 2 helai daun limau
  • 6 ekor udang
  • 3 biji cili padi
  • 2  biji tomato | dipotong 4
  • 1 cawan Fernleaf Susu UHT
  • 3 ulas bawang putih | kisar kering
  • 1 biji bawang merah | dihiris
  • 80gm Perfect Italiano Mozzarella
  • Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+

 

Cara Memasak:

  1. Cairkan Anchor Unsalted Butter, tumis bawang putih dan bawang merah hingga perang. Masukkan daun limau untuk menaikkan bau.
  2.  Masukkan pes tomyam, Fernleaf Susu UHT, udang, cili padi dan tomato. Tunggu sehingga udang masak.
  3. Tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk menambah rasa masakan.
  4. Masukkan spaghetti, gaul rata serta perasakan.
  5. Siap untuk dihidang. Enak dinikmati bersama Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Roti Telur Cheese Yang Mudah, Cepat & Mengenyangkan

Ads

Resipi Nasi Goreng Kampung, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!

Resipi Nasi Goreng Butter Prawn, Wangi & Penuh Aroma

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

Ads

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI